Muhammad Adam Darwish semasa umur 3 Bulan
Acara memilih dan membeli kambing AQiQah
Kita timbang dulu...
timbang seekor lagi
ye...
Buai Adam ...
simple jee...
Adam sedang nyenyak tidur..
zzzzZZ
Antara tetamu yang hadir...terima kasih kerana sudi hadir
ye...
Acara cukur jambul
Adam tidur lagi....
tak sedar rambut kena gunting
tu...
Gunting
sorang sikit
ye mak cik- mak cik...
Jangan sampai terkerat jari
lak...hihi
TH, Isteri dan Adam
posing lepas selesai cukur jambul...
Bacaan doa...mudahan Adam berjaya di Dunia dan di Akhirat dan
menjadi anak yang soleh...Aminnn
Amin...Amin Ya Rabbal Alamin.....
Selepas bacaan doa berakhir...acara seterusnya...acara makanlah apa lagi...
Jemput makan...
Adam baru bangun dari tidur...ada satu acara lagilah Adam...acara apa tuuu...
Hahaha...acara botakkan rambut Adam...
hihihi
Comey tak saya...lepas dibotakkan...
Pengertian Aqiqah
Segi bahasa
Aqiqah
menurut bahasa ertinya “rambut yang tumbuh di atas kepala bayi yang
dibawanya waktu lahir.” Demikian pendapat ‘Ubaid, Ashmu’i dan
Zamakhsyari.
Antara definisi lain
Aqiqah
menurut bahasa ertinya `memotong’ . Pada asalnya ialah rambut yang
terdapat pada kepala bayi ketika bayi tersebut keluar dari rahim
ibunya, rambut itu dinamakan dengan aqiqah kerana ianya harus dipotong (dicukur).
Menurut
Istilah pula aqiqah ialah Haiwan yang disembelih kerana bayi atau
untuk bayi yang dilahirkan. Dinamakan sembelihan itu dengan aqiqah
adalah kerana haiwan tersebut disembelih pada hari mencukur rambut
kepala bayi itu.
Menurut istilah hukum syara’, aqiqah ialah “penyembelihan
haiwan tertentu untuk kepentingan anak, disamping mencukur atau memotong
rambutnya dan diberi nama untuk anak itu.”
Aqiqah
dalam pengertian syara` ialah binatang ternakan yang berkaki empat
(bahimatul an`am) yang disembelih ketika hendak mencukur rambut kepala
anak yang baru dilahirkan, sama ada disembelih pada hari ketujuh atau
selepasnya.
Dalam
bahasa Arab, kata bahimatul an’aam (binatang ternakan) adalah termasuk
unta, lembu, kerbau,biri-biri,kibas dan kambing, bukan yang lain. [Al
Jabari, 1994]
Hukum Aqiqah
Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib. Anak
lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan
perempuan memadai dengan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah,
bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih
aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk
anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi). Daripada Ibnu Abbas
r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah
untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu
Dawud)
Waktu Aqiqah
Aqiqah
itu sunat dilakukan sebaik sahaja anak dilahirkan dan berterusan
sehinggalah anak itu baligh. Ini adalah pendapat yang paling rajih.
Apabila anak itu sudah baligh, gugurlah hukum sunat itu daripada walinya
dan ketika itu hukum sunat berpindah ke atas anak itu sendiri dalam
melakukan aqiqah untuk dirinya sendiri.
Walaupun
waktu yang disunatkan untuk beraqiqah itu panjang, tetapi yang afdhal
hendaklah dilakukan pada hari ketujuh daripada hari kelahirannya.
Sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya
maksudnya :
“Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam mengaqiqahkan Hasan dan Husain pada hari
ketujuh, memberikan kedua-duanya nama dan Baginda menyuruh supaya
menghilangkan daripada keduanya kesakitan kepala (mencukur rambut
kepala).”
(Hadis riwayat al-Hakim)
Syarat sah aqiqah ialah:
- Berniat aqiqah ketika menyembelih.
- Binatang ternakan berkaki empat iaitu kambing, biri-biri, kibas, lembu, kerbau dan unta.
- Memenuhi syarat-syarat sembelihan.
- Tidak terdapat kecacatan pada binatang tersebut
- Disembelih pada waktunya iaitu hari ketujuh selepas kelahiran @ bila-bila masa sebelum anak tersebut baligh
- Binatang yang hendak disembelih sudah cukup umur.
Binatang yang sudah cukup umur untuk dijadikan Qurban adalah seperti berikut:
- Biri-biri ; 1 tahun atau lebih
- Kambing ; 2 tahun atau lebih
- Lembu/kerbau ; 2 tahun atau lebih
- Unta ; 5 tahun atau lebih
Sunat-sunat Aqiqah ialah:
- Dilakukan pada hari ke tujuh kelahiran
-
- Menyembelih ketika matahari sedang naik (pagi)
- Mencukur rambut bayi selepas penyembelihan
- Memberi nama yang baik kepada bayi
- Berdoa ketika hendak menyembelih
- Daging dimasak manis.
- Tidak mematahkan sendi tulang binatang tersebut ketika dimasak.
Hikmah Aqiqah
- Tanda kesyukuran diberikan kekuatan oleh Allah s.w.t. untuk menjalankan syariat Islam dan dianugerahkan anak
- Menggalakkan amalan sedekah.
- melepaskan penghalang pada bayi dalam memberi syafaat kepada orang tua mereka
- Sebagai mengikuti sunnah Rasulullah.
- Mengukuhkan semangat persaudaraan dalam masyarakat.
- Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak dalam diri.
- Memulakan kehidupan seorang bayi dengan amalan yang baik
- membiasakan berkorban bagi orang tua