Showing posts with label Penawar Kesepian. Show all posts
Showing posts with label Penawar Kesepian. Show all posts

Tuesday, March 23, 2010

Sama tapi tak serupa...

~1~
Hai, kawan-kawan... saya upin...yang ini adik saya, Ipin...


~2~
Inikah Upin dan Ipin sebenar...???

Sudah tentu tidak....ini pasangan kembar yang comel... peminat setia watak kartun Upin & Ipin

mereka seakan sama tapi tidak serupa


Sumber dari: Email forwarder...

Dalam hati siapalah yang tahu....


" Alahai...lumrah orang bercintalah katakan...kalau bab nak jaga hati pasangan masing-masing bukan main lagi...sanggup tersiksa hati dan perasaan tak apa...tapi agak-agaknya, kau rasalahkan apa yang ada dalam hati dia orang tu lah semasa nak menjaga hati pasangan masing-masing... yelah dalam hati siapalah yang tahukan..." gomel seorang mamat jual buger kepada seorang customernya.

"Apa-apa hal pun...keikhlasan dalam perhubungan adalah kunci utama kebahagiaan". balas customer itu perlahan sambil tersenyum dan berlalu setelah burgernya siap dibungkus.

Dalam hati siapalah yang tahu...

~1~

~2~

~3~

~4~

~5~

~6~

~7~

~8~
p/s: ahak..ahak..ahak

Friday, March 19, 2010

What To Do?????


When I Take a long time to finish,
I am slow,
When my boss takes a long time,
he is thorough


When I don't do it,
I am lazy,
When my boss does not do it,
he is busy,


When I do something without being told,
I am trying to be smart,
When my boss does the same,
he takes the initiative,


When I please my boss,
I am apple polishing,
When my boss pleases his boss,
He is cooperating,


When I make a mistake,
I' am an idiot.
When my boss makes a mistake,
He's only human.


When I am out of the office,
I am wondering around.
When my boss is out of the office,
He's on business.


When I am on a day off sick,
I am always sick.
When my boss is a day off sick,
He must be very ill.


When I apply for leave,
I must be going for an interview .
When my boss applies for leave,
it's because he's overworked


When I do good,
my boss never remembers,
When I do wrong,
He never forgets


what to do?????????????

Thursday, March 18, 2010

Jangan Takut Naik Roller Coaster....

Dengan Rekod ketinggian 420 kaki dan dengan kelajuan 120 mph maka pastinya menjanjikan satu kenangan tidak dapat dilupakan sepanjang hayat...Jom lihat pengalaman awek ini naik Roller Coaster....

~1~

~2~

~3~

~4~

.
.
.
.
.
.
.
.
.


~Tak perlulah diceritakan bagaimana perasaan awek inikan...lihat sajalah keadaannya selepas naik roller coaster ini...~


Wednesday, January 6, 2010

Bila Sakit Bertambah Sakit...

Adnan mengidap sakit perut. Dia terus menuju ke klinik berdekatan. Setelah doktor membuat pemeriksaan, doktor mencadangkan supaya perutnya dibedah kerana dipercayai ada ketumbuhan didalamnya.

"Ya Allah... teruk ke doktor?"kata Adnan.

"Kalau dibedah berapa belanjanya doktor?"

"Oh, tak banyak... cuma lebih kurang RM8000 sahaja"

"RM8000??? Mana saya ada duit sebanyak itu," kata Adnan lagi.

"Kalau tak ada sebanyak itu, saya injet sahaja. Awak ada RM25?" tanya doktor itu.

"RM25 adalah. Tapi tak bedah tak apa ke doktor?" tanya Adnan

"Tak ada duit tak apa. Tapi kalau ada duit mesti bedah," kata doktor lagi.





Friday, November 13, 2009

Mat Rempit kena tahan Polis..


Suatu malam seorang Mat Rempit telah ditahan pihak Polis di sebuah persimpangan kerana melanggar lampu isyarat.

"Alamak!"kata Mat Rempit itu.

"Awak tak nampak ke lampu isyarat merah tadi?"kata polis itu dengan nada yang marah.

"Saya nampak lampu isyarat merah tadi encik, tapi malangnya saya tak nampak encik. Kalau saya nampak encik tadi, saya berhenti juga,"katanya seperti bersenda.

"Oh..macam itu.."

Mat Rempit itu merungut-rungut sendirian.

"Lain kali berdirilah di tempat terang sikit encik, baru orang boleh nampak..."

Polis itu terus berkata " Mari ikut saya ke balai!"





>>::Kubur Mat Rempit:>>

Pertama kali makan Pizza...??

Seorang pemuda pertama kali masuk ke Restauran Pizza Hut..dan memesan sekeping pizza.

Setelah siap, seorang pelayan telah bertanya kepada beliau. "Encik hendak potong 6 atau 12 keping?".

"Enam cukup...saya memang tak boleh habis kalau 12, nanti membazir pula" jawap pemuda itu dengan pantas.

Kelas 5 Bistari...


Seorang Guru sedang bertanyakan kepada murid-murid tahun 5 Bistari mengenai cita-cita...


Cikgu Siti: Selamat pagi murid-murid, hari ini Cikgu hendak bertanya kepada murid-murid semua tentang apa cita-cita kamu apabila dewasa kelak?. Baiklah kita mulakan dengan Samad dahulu. O.K samad boleh beritahu Cikgu dan rakan-rakan apa cita-cita kamu.

Samad:Nak jadi Doktor Cikgu.

Cikgu Siti: Bagus, kenapa nak jadi Doktor Samad?.
Samad: Sebab boleh ubatkan orang sakit Cikgu.

Cikgu Siti: Bagus, awak pula Faizal?.

Faizal: Angkasawan Cikgu. Jawab Faizal dengan muka bangganya.

Cikgu Siti: Bagus Faizal, boleh Cikgu tahu kenapa nak jadi Angkasawan?.

Faizal: Sebab boleh bekerja sambil melancong ke angkasa lepas Cikgu.

Cikgu Siti: Bagus Faizal. O.K cita-cita awak apa pula Aini?.

Aini: Guru, Cikgu...macam Cikgu Siti. Boleh ajar orang jadik pandai...

Cikgu Siti: Em..bagus..bagus..balas Cikgu Siti dengan riaksi penuh bangga. Kamu pula Khalid?.
Khalid: Saya hendak jadi ahli perniagaan Cikgu. nak kumpul duit banyak-banyak..

Cikgu Siti: Oh..ye..ke..nak jadi macam ayah awak juga ye?. Balas Cikgu Siti kepada anak murid yang juga anak kepada seorang usahawan berjaya.

Cikgu Siti: Milah...apa cita-cita awak..nak jadi orang kaya juga ke... . Gurau Cikgu Siti kepada anak muridnya.

Milah: Ya.. Cikgu, saya nak jadi orang kaya juga Cikgu. Cita-cita saya nak kerja goyang kaki dapat duit Cikgu. Jawab Milah dengan penuh keyakinan tapi teragak-agak.

Cikgu Siti: Mana ada orang kerja goyang kaki dapat duit Milah. Jawab Cikgu siti dengan perasaan pelik.

Milah: Ada Cikgu, macam ibu saya...hari-hari goyang kaki dapat duit. Pantas sahaja jawab Milah dengan rasa bangga.

Cikgu Siti: Boleh ke macam tu Milah, Ibu awak kerja apa?. Berkerut dahi Cikgu Siti kerana cuba meneka pekerjaan Ibu Milah.

Milah: Tukang jahit Cikgu, saya hendak jadi tukang jahit pakaian bila besar nanti Cikgu.

Cikgu Siti: Milah..Milah..kecil-kecil dah pandai loyar buruk..dengan cikgu ye.. . Gomel Cikgu Siti dalam hati sambil tersenyum manis lantas menganggukkan kepala tanda setuju dengan cita-cita Milah.
Protected by Copyscape Plagiarism Software