


TH: Tahniah buat kerajaan Negeri Melaka atas Pembukaan SUKMA yang gilang gemilang, semoga melaka dapat menjadi juara SUKMA kali ini....
Yang berkopiah putih tulah jiran sebelah rumah aku Pok Noh (Muhammad Nor) bersama isterinya...katanya Allah ada beri lebih rezeki sikit bulan ni...tu yang belanja jiran-jiran makan.
Inilah jiran-jiran aku...semuanya baik-baik belaka...Pok Noh menjemput kesemua jiran-jirannya...hehe...semua jiran-jiran???...ala...kat area rumah aku ni cuma ada 4 keluarga melayu jee termasuk keluarga Pok Poh nii...yang lain semuanya keluarga dari keturunan tionghua...
Yang berbaju coklat tu keluarga Abang Adnan bersama isteri Kak Liza. Disebelah kanan pula keluarga Abang Zul dan isterinya juga sama namanya, Kak Liza.
Emm...sambil makan sambil bersembang-sembang...merapatkan lagi kemesraan dan perhubungan silatulrahim sesama jiran...

~Joget dari pelbagai kaum~
~Persembahan tarian tradisional kaum India~
~Persembahan Dikir Barat dari Persatuan Dikir Barat Kg. Paman~Pengguna Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak akan menikmati laluan tol percuma dari 12 tengah malam hingga pukul 5 pagi pada 18 dan 24 September ini.
‘Hadiah hari raya’ itu meliputi semua kelas sama ada kereta, bas mahupun lori.
Ini bermakna, kenderaan kelas pertama seperti kereta bakal menikmati pengecualian maksimum iaitu RM29 sehala yang melibatkan perjalanan dari Plaza Tol Gombak hingga ke Plaza Tol Jabor di Kemaman, Terengganu atau laluan sebaliknya.
-utusan malaysia 15/09/09
Emm...alangkah baiknya jika LPT Fasa 2 dapat disiapkan segera.....Anak perantau Terengganu dan Kelantan tentu lebih gembira.......bila agaknya hadiah hari raya tol percuma dari Plaza Tol Gombak ke Kuala Terengganu dapat di rasai pula......
psst.....PLUS highway tak ada ura-ura ke nak beri hadiah hari raya yang sama.....