Wednesday, January 19, 2011

Seni Ikat Tengkolok...






TH tertarik dengan artikel yang disiarkan dalam Harian Metro pada selasa, 11 Januari 2011 yang memaparkan tentang Seni Ikat Tengkolok yang jarang dibicarakan oleh masyarakat melayu kini.


Justeru itu, sekalung penghargaan dan tahniah di ucapkan kepada Raja Azmatul Azfa Raja Mohamed Iskandar 64, dan bapa saudaranya, Raja Azizulkhir Raja Harun Al-Rasyid,71 kerana masih mempertahankan kemahiran warisan mengikat tengkolok ini.


Bagaimanapula dengan generasi muda kita...adakah paparan sebegini hanya tinggal sebagai paparan sahaja...harap dengan paparan yang disiarkan oleh Metro ini dapat menarik minat generasi muda untuk mempelajari kesenian persalinan melayu yang indah dan jarang dapat dipelajari kini...


Setiap lekuk dan lentuknya ikatan tengkolok akan memberi seribu makna kepada si pemakai...lambang kegagahan, lambang kehebatan, lambang kebangsawanan dan lambang kesegakan si pemakai memang tidak dapat dinafikan...itulah lambang kehebatan orang melayu yang telah ditonjolkan oleh nenek moyang kita sejak zaman dahulu lagi yang perlu dipertahankan jatidirinya...


Kini, kalau bukan untuk tujuan melangkapkan sut pakaian pengantin...ia boleh dijadikan sebagai satu sumber pendapatan sampingan dengan menjadikan ia sebagai barangan kraf sekurang-kurangnya kesenian pembuatan tengkolok yang berbagai rupa dari cara pengikatannya ini dapat dikekalkan terus untuk tatapan generasi akan datang...



TH: Tengkolok cantik berwarna-warni bagaimana pula dengan tengkolok hitam...

Congkak...


Dah lama tak buat artikal permainan tradisi...so...hari ini kita bercerita berkenaan permainan CONGKAK...

Masa kecil-kecil dulu TH memang suka main congkak...korang macam mana...tapi dulu kitaorang main congkak mudah je...peralatan congkak kitaorang dulu tak boleh beralih-alih tempat seperti sekarang...maklumlah congkak dibuat daripada tanah sahaja...senang aje nak buatnya...bila teragak nak main...korek je lubang bulat-bulat kat atas tanah, lepas tu carik biji getah ke atau batu sungai yang bulat-bulat...simpel jekan...ala masa tu masih budak-budak lagi...umur baru 8 ke 11 tahun...mandi sungai pun bogel lagi...kahkahkah




~dulu masa kecil-kecil pakai biji getah jee untuk main congkak nie~

~sekarang guna guli...beli jelah kat kedai...tak payah nak terbongkok-bongkok lagi untuk kutip biji getahkan...hehe~

********


Nak tahu tentang congkak...



Emm...Congkak ini merupakan sebuah permainan yang melibatkan dua pemain. Peralatan yang digunakan ialah papan yang mempunyai sekampung (sederetan) lima, tujuh, lapan atau sembilan rumah anak (lubang) yang disusun didalam dua deretan bersebelahan rumah ibu dikiri dan kanan papan.



Bagaimana cara nak bermain...


Caranya mudah sahaja iaitu dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak. Bermula dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu didalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan seterusnya ke kampung lawan.


Teruskan gerakan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan didalam kampung yang kosong di kawasan sendiri atau lawan. Pemain hendaklah berhenti bermain sekiranya buah itu jatuh atau habis di kampung sendiri dan pemain boleh mengambil buah-buah di kampung sebelah lawan yang bersetentangan dengannya sebagai balasan.


Kemenangan dikira apabila buah di kampungnya masih berbaki berbanding buah di kampung lawan atau turut dihitung buah yang berada di rumahnya (lubang pengumpul buah)



Peraturan Permainan (Tatacara) dalam Pertandingan Congkak



1.0 Tata


1.1 Dua orang orang peserta berhadapan.

1.2 Setiap rumah anak diisi dengan 7 butir cakak (guli).

1.3 Kedua-dua peserta jalan/menapak serentak untuk papan pertama.


1.4 Apabila tiba di rumah ibu sendiri hendaklah dimasukkan juga 1 butir cakak tetapi tidak di rumah ibu lawan.

1.5 Cakak yang terakhir masuk ke rumah isi mestilah dilepaskan genggam dahulu sebelum mengambil cakak dan kembali menapak.

1.6 Peserta mati giliran jalan/menapak ialah apabila cakak akhir masuk ke mana-mana rumah kosong. Peserta lawan pula akan mendapat giliran untuk menapak.


1.7 Tikam hanya apabila telah melalui pusingan di kampung lawan.


1.8 Setiap sentuhan cakak mestilah jalan. Hanya 5 saat sahaja masa yang diberikan.



2.0 Cara



2.1 Mulakan permainan dengan mengambil semua cakak dari mana-mana rumah anak di kampung sendiri.

2.2 Menapak dari kampung sendiri.


2.3 Masukkan cakak satu demi satu butir kedalam tiap rumah dengan mengelilingi kampung rumah papan congkak dalam keadaan tangan gengam tergadah ke atas.


2.4 Ikut giliran jalan/menapak.




3.0 Pertegahan dan Kesalahan

3.1 Tidak masukkan cakak ke dalam rumah ibu atau rumah anak.

3.2 Sentuhan cakak yang tidak berjalan/menapak.


3.3 Dikira berfikir selama 5 saat.


3.4 Cakak akhir digenggam tidak dilepaskan sebelum mengambil bawa cakak yang baru.


3.5 Masukkan cakak dimana-mana rumah anak dan ibu lebih dari 1 butir.




4.0 Penentuan Kemenangan


4.1 Pemenang dapat ditentukan apabila salah seorang pemain dapat mengumpulkan cakak terbanyak.





O.k...dah fahamkan...emm...dulu masa zaman kanak-kanak TH selalu menang permainan ini, sebabnya...hehe...kalau kita kerap bermain dengan permainan ini maka kita akan berjumpa dengan triknya...nak tahu apa triknya...hehe...kenalah lawan congkak dengan TH dulu...hehe...see TH at the next post...bye



TH: Hidupkan permainan tradisi kita...

Tuesday, January 18, 2011

Definasi Warisan...


Apakata kali ini kita semak kembali apa makna warisan yang sering TH sebut-sebut selama ini...


Berasal daripada perkataan Waris iaitu kata asas atau kata pokok.


Warisi atau mewarisi ialah kata kerja


Warisan ialah kata nama



********


Waris bermaksud pihak yang berhak, diberi kepercayaan, diberi tangungjawab ke atas pusaka atau peninggalan...


Warisi bermaksud ambil berat, menjaga, mengekal, meneruskan keberadaban, melaksanakan amanah peninggalan atau pusaka...


Warisan bermaksud objek atau bahan peninggalan yang tertentu & dikenalpasti terdapat nilai seperti sejarah, seni, budaya, adat resam dan lain-lain...




Wednesday, January 12, 2011

Jambatan Gantung Sultan Ismail, Kuala Krai, Kelantan

Jejak sejarah...
Inilah Jambatan Sultan Ismail di Kuala Krai Kelantan atau lebih dikenali sebagai Gertak Gantung Sungai Nal.
Nama Inggerisnya pula...Sultan Ismail Suspension Bridge...
Suatu ketika dulu, Jambatan Sultan Ismail ini amat penting bagi perhubungan jalan raya yang menghubungkan antara Kota Bharu dengan Kuala Krai dengan panjang 70 kaki manakala lebarnya pula ialah 30 kaki.
Menurut Sejarah, Jambatan ini dibuka pada 19 April 1932 oleh KDYMM Sultan Ismail Ibni Sultan Muhamad IV.



Sekarang kelihatan uzur dan sepi...Jasanya kepada rakyat tempatan dan luar harus dikenang...apakah cerita tentang jambatan ini di babak akhirnya kelak...





Fasad gerbang jambatan ini telah ditumbuhi tumbuh-tumbuhan yang bakal merosakkan kulit struktur ditubuh lusuhnya...pasti di penghujung ceritanya nanti ia bakal menyembah bumi...
Suatu ketika dulu ia gah dengan rekabentuknya yang menyamai jambatan-jambatan di Eropah. Gah dengan Struktur binaannya yang menggunakan besi keluli yang begitu teguh dan kuat...


Juga menggunakan struktur besi untuk binaan penghadang jambatan...


Saiz skru sebagai pengikat kabel dalam konkrit jambatan bagi tujuan pengukuhan kekuatan struktur jambatan.



Kabel besi yang menggantungkan jambatan ini berukuran 12 inci lilitan. Kabel ini dipintal pada bahagian luar dengan dawai besi lebih kecil dan kelihatan seperti tali yang berpintal.



inilah kabel jambatan yang dapat dilihat dari ruang penyelenggaraan...

*********

Jambatan Sultan Ismail ini tidak lagi digunakan semenjak jambatan baru berhampiran siap dibina pada tahun 1986. Mulai dari saat itulah jambatan warisan sejarah ini tinggal sepi hanya menggamit nostalgia lalu, saat manisnya semasa dirasmikan oleh KDYMM Sultan Ismail Ibni Sultan Muhamad IV pada 19 April 1932.
Persoalannya disini adalah...adakah kita perlu mengekalkan atau terus melupuskan warisan sejarah ini dari tatapan generasi akan datang....

Monday, December 6, 2010

Jom ke Bukit Tengkorak, Samporna, Sabah


Salam semua...kali ini TH berpeluang pula untuk ke Samporna, Sabah...tempatnya jauh di sebelah Timur Malaysia. Cuba lihat kat atas peta Negeri Sabah tu...hujung anak panah itulah letaknya Samporna...ok kalau nak jelas lagi sila lihat peta Samporna di bawah....


~sila klik peta untuk nampak lebih jelas lagi~




Dah lihat gambar di atas...inilah yang menariknya Samporna ini...pemandangan pantai, laut dan pulaunya sangat cantik...sekiranya korang ingin menikmati aktiviti scuba diving, korang bolehlah datang ke sini untuk mengalami dunia bawah laut yang menakjubkan. Terdapat beberapa buah pulau yang menarik untuk dikunjungi di sini seperti Pulau Sipadan, Pulau Mabul dan Pulau Kapalai.



Bila dah sampai di Samporna, rugi rasanya kalau tidak melawat Bukit Tengkorak untuk melihat Khazanah Warisan Arkeologi kitakan...lokasinya tidak jauh daripada Bandar Samporna iaitu kira-kira setengah jam perjalanan dengan kenderaan sahaja.
So...bila dah sampai di Samporna ni TH pun terus ke Tapak Warisan Arkeologi Bukit Tengkorak laa...jangan tunggu-tunggu lagi...Gambar diatas tu ialah pemandangan dari atas Tapak Warisan Arkeologi Bukit Tengkorak (TWABT)


**************


Disini TH nak menceritakan serba sedikit tentang apa yang menariknya di Bukit Tengkorak ini. TH akan terangkan berdasarkan point sahaja, agar mudah untuk difahami.


Ini cerita tentang Bukit Tengkorak....

1) Bukit Tengkorak terletak kira-kira 500 kaki di atas paras laut dipersisiran pantai Semporna, Timur Sabah.


2) Merupakan tapak pelindung gua batuan volkanik dan sebahagian dari bibir gunung berapi yang berdiameter sekitar 2 kilometer persegi.


3)Penyelidikan arkeologi saintifik dan bersistematik telah dijalankan di Bukit Tengkorak dan kawasan sekitar daerah Semporna oleh kumpulan penyelidik dari Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Muzium Sabah semenjak tahun 1994 dan kini bersama dengan Jabatan Warisan Negara.


4) Merupakan sebuah tapak arkeologi yang terpenting di Malaysia dan Asia Tenggara hasil dari peyelidikan arkeologi yang menunjukkan Bukit Tengkorak adalah salah satu tapak pembuatan tembikar tanah yang terbesar sekali di Asia Tenggara pada zaman Neolitik.


5) Berpuluh ribu serpihan tembikar tanah yang berusia 3000 tahun dahulu dan dihiasi dengan pelbagai corak telah ditemui di Bukit Tengkorak. Sumber tanah liat bagi pembuatan tembikar tersebut juga turut ditemui. Kajian etnoarkeologi menunjukkan bahawa teknologi pembuatan tembikar masih lagi diamalkan sehingga hari ini oleh masyarakat Bajau di Semporna.


6) Ekskavasi arkeologi di Bukit Tengkorak telah menemui pelbagai artifak arkeologi seperti alat batu mikrolit, satu penemuan luar biasa dan jarang sekali ditemui di kepulauan Asia Tenggara, alat batu pemukul kulit kayu, beliung batu, sisa-sisa tulang haiwan, kulit-kulit cengkerang dan alat-alat tulang dari ikan laut.


7) Kajian perbandingan jumpaan artifak seperti tembikar dan alat batu yang ditemui di Bukit Tengkorak menunjukkan banyak persamaan dengan artifak yang ditemui di tapak-tapak sezaman yang lain di Asia Tenggara dan di Lautan Pasifik.


8) Kajian sumber batuan dan artifak obsidian yang ditemui turut mencadangkan kewujudan rangkaian perdagangan dan pergerakan manusia secara jarak jauh melalui lautan diantara Kepulauan Asia Tenggara dan Pasifik seawal 3000 tahun dahulu.

***********

Dah tahukan tentang Bukit Tengkorak...sekarang TH nak cerita sedikit tentang pengalaman mendaki Bukit Tengkorak untuk ke tapak ekskavasinya....

~Ini gerbang masuk ke tapak arkeologi, untuk mulakan pendakian, terdapat 5 check point semuanya dan setiap check point disediakan tempat rehat untuk melepaskan penat lelah mendaki sambil menghirup udara segar dan melihat pemandangan alam sekitar yang cantik dan menarik~

~Ini merupakan Bangunan Pameran dan Makmal Penyelidikan yang terletak di pintu masuk Tapak Warisan Arkeologi Bukit Tengkorak~



~TH di hadapan gerbang masuk ke Tapak Warisan Arkeologi Bukit Tengkorak...dah tak sabar-sabar nak mulakan pendakian~


~Inilah barisan anak tangga yang bakal mengeluarkan peluh jantan bagi sesiapa yang berhasrat untuk sampai ke puncak Bukit Tengkorak~



~Pemandangan dari check point 1...kat bawah tu pintu masuk dan bangunan pameran serta makmal penyelidikan~



~Selepas gerbang ini korang akan sampai ke check point 2, tu dia dah nampak wakaf untuk berehat kat atas tu...cuba baca dan fikirkan apa yang tertulis di pintu gerbang tu...~

"KEPERIHATINAN TERHADAP WARISAN AKAN MEMPERTEGUH JATI DIRI BANGSA...."




~Di check point 2 anda akan dihidangkan dengan papan maklumat untuk santapan minda yang sentiasa laparkan ilmu pengetahuan...~



~Terdapat dua buat papan maklumat yang memberi informasi tentang Tapak Warisan Bukit Tengkorak ini~


~Juga papan mini informasi tentang kawasan sekitar TWBT ini~


~Semasa mendaki korang akan dapat melihat batuan gunung berapi di sepanjang laluan~


~Sebahagian laluan yang akan dilalui untuk ke destinasi~


~Inilah tapak ekskavasi~



~Di sinilah artifak dijumpai~



~Akhirnya TH telah berjaya sampai ke puncak yang setinggi 500 kaki dari paras laut setelah basah kuyup baju bermandikan peluh~



~Ini check point terakhir dan merupakan check point tertinggi...hati-hati sebab anak tangganya kecil sahaja...tapak kaki kita lagi panjang~



~Panorama 1 dari atas TWABT~


~Panorama 2 dari atas TWABT~

~Panorama 3 dari atas TWABT...kawasan yang berwarna hitam tu adalah bekas kawah gunung berapi...~


~Panorama 4 dari atas TWABT...kat sebelah kanan tu adalah batu gunung berapi~


~Panorama 5 dari atas TWABT~

~Haa..itulah Bukit Tengkorak...menurut penduduk tempatan suatu ketika dulu terdapat tengkorak manusia dan kini dikatakan tengkorak tersebut di simpan di sebuah sekolah di Samporna~


~Posing dulu...kenalah abadikan diri bersama dengan Puncak Bukit Tengkorak...tengok tu...kuyupnya TH baju dengan peluh...hehe~


~Tapak ekskavasi~




~Nampak tak kulit cengkerang dan tulang-tulang kecil tu...~


~Lokasi artifak~




~Lokasi artifak~



~Bekas tapak ekskavasi~




~Artifak berada di celah-celah batuan gunung berapi~




~Di kaki tangga pun kita boleh lihat kulit cengkerang dan tulang-tulang kecil~


~Inilah dia artifak yang dijumpai di tapak exkavasi iaitu alat batu mikrolit (kecil), batu pemukul kulit kayu, beliung, sisa-sisa tulang haiwan, kulit cengkerang dan tulang-tulang ikan laut~


~Penemuan artifak ini di pamerkan di bangunan pameran TWABT~


Hasil dari kajian arkeologi ini telah membuktikan bahawa Bukit Tengkorak ini merupakan sebuah tapak pembuatan tembikar prasejarah yang terbesar di Asia Tenggara kerana ribuan serpihan tembikar prasejarah dan tanah liat yang digunakan untuk pembuatan tembikar dijumpai disini.


~TH sedang meneliti artifak yang di pamerkan...ada gaya macam ahli arkeologi tak...sempat tukar baju yang dah lecun dek peluh...hehehe~
Inilah bukti-bukti bahawa industri pembuatan alat batu mikrolit yang diperbuat daripada batuan akik, cert dan obsidian yang jarang ditemui di kepulauan Asia Tenggara.



~Ini dia Ahli Arkeologi sebenar...mereka sedang melakukan kerja-kerja ekskavasi, hasil kerja mereka ini telah dapat membuktikan kewujudan aktiviti-aktiviti seperti pembuatan alat batu dan penghasilan kain kulit kayu~





~Betapa tekun dan sabarnya ahli-ahli arkeologi ini...dengan usaha mereka ini segala bukti-bukti aktiviti subsisten seperti pemburuan haiwan dan penangkapan ikan serta pengumpulan cengkerang laut dapat ditemui~


~Keadaan sebenar semasa kerja ekskavasi di lakukan di TWABT~

Bahan bukti Bukit Tengkorak adalah salah satu tapak pembuatan tembikar tanah yang terbesar sekali da Asia Tenggara pada Zaman Neolitik. Berpuluh-puluh ribu serpihan tembikar tanah dihiasi pelbagai corak yang ditemui telah berusia 3,000 tahun.








~Peta di atas telah membuktikan perdagangan laut prasejarah dan pergerakan manusia yang terpanjang di dunia pada 3,000 tahun yang lampau...~



Hasil daripada penyelidikan, penemuan dan perbandingan jumpaan artifak-artifak ini maka terbuktilah persamaan antara artifak Bukit Tengkorak dengan Asia Tenggara dan Lautan Pasifik yang sezaman ketika itu.



Daripada kajian paleoantropologi dan perbandingan rangka-rangka manusia yang di temui di Semporna dengan tapak-tapak lain di Asia Tenggara telah menyokong hipotesis migrasi dan penyebaran berleluasa populasi manusia prasejarah di Asia Tenggara di zaman Neolotik dan Logam.



Dari kajian kepada sumber batuan dan artifak obsidian yang ditemui di Bukit tengkorak turut mencadangkan kewujudan rangkaian perdagangan atau pertukaran dan pergerakan manusia secara jarak jauh melalui lautan antara kepulauan Asia Pasifik seawal 3,000 tahun dahulu.

***********


Turun sahaja dari Bukit Tengkorak terus sahaja TH ke pekan Samporna...saja jamu-jamu mata sambil beli cenderahati buat isteri tercinta...


~kat pekan samporna ini banyak kedai-kedai yang menjual cenderamata untuk di bawa pulang...jangan lupa beli perhiasan wanita yang berasaskan mutiara...rantai dan gelang mutiara yang dijual di sini cantik-cantik belaka... ~

~Pemandangan di salah satu laluan di pekan Samporna~



~Ada Giant kat sini...kira o.k laa tu untuk shoping-shoping kat sini~



~Inilah pasar Samporna...mulai sibuk pada sebelah petang~





~Pelbagai jenis hasil laut dijual di sini...jangan kuatir murah sahaja harga yang ditawarkan...kalau berminat, boleh suruh mereka bungkuskan sekali untuk dibawa pulang naik belon...~




~Tengok tu betapa ramainya orang kat pasar nie...semakin sibuk sehingga menjelang senja...~

kat sini penduduk tempatan bertutur dalam dialek Baku Sabah, Bahasa Bajau dan Bahasa Suluk...jangan pandai rendah kat penduduk tempatan disini kerana ramai yang fasih berbahasa Inggeris...yelah...kan ke kawasan ini adalah kawasan tumpuan pelancong dari luar negara...





oh..ya...satu lagi...95% penduduk disini adalah beragama Islam...






~Ini adalah pemandangan rumah atas air milik masyarakat Bajau Laut...~


~Seronoknya budak-budak ni mandi laut...kecil-kecil dah pandai berenang...maklumlah orang laut...dan pemandangan seperti ini boleh dilihat pada sebelah petang berhampiran dengan Dragon Inn...~



~Ini bot para nelayan...ketika gambar ini di ambil mereka sedang bertukus lumus menyiapkan peralatan untuk ke laut...gambar diambil pada waktu pagi~



~Kru kapal sedang menjamu selera sebelum ke laut dalam bot 3 dari kanan...muda belia lagi kru-kru kapal ini...sorry...gambar kecil sangat...dah habis zoom dah tu...hehe




~Ini gambar pemandangan ketika hari menjelang senja yang di ambil dari Hotel Seafest...kat belakang tu Bukit Tengkoraklah...


TH: Aset Warisan Penjana Ekonomi Perlancongan Negara...
Protected by Copyscape Plagiarism Software