Saturday, December 5, 2009

Generasi Terakhir Penyungkur Geragau Pantai Puteri, Melaka ???

Lepak kat Pantai Puteri, Tanjong Kling, Melaka memang best, lebih-lebih lagi kalau sambil memancing. Bila balik kampung aku rajin gak memancing sambil berkhemah kat pantai ni.

Pantai ni mula jadi popular semenjak Pantai Klebang mula ditambak kerana pembangunan. Selain daripada itu banyak gak aktiviti riadah dan promosi perlancongan yang telah dianjurkan oleh kerajaan negeri melaka untuk pantai ini dan masyarakat setempat, secara tidak langsung telah menambahkan lagi populariti pantai ini.

Satu lagi yang best tentang pantai ini ialah ikan segarnya yang ditangkap oleh nelayan kampung. kalau nak beli dan rasa ikan segar yang baru ditangkap, cari sahajalah kat sini, tang harga tak perlu risau murah-murah punya.

Semenjak Pantai Klebang mula ditambak, tiada lagi la port nak melepak, Pantai Klebang yang popular di Melaka pada suatu ketika dulu kini hanya tinggal nama... samalah juga dengan nasib Pantai Limbongan. Kedua-dua pantai ini satu ketika dahulu merupakan perkampungan nelayan dan juga merupakan lokasi penangkapan udang geragau. Korang bolehlah carik sekarang ni kalau ada terjumpa kedua-dua pantai ini kat mana-mana peta negeri Melaka. Boleh jumpa nama pantai-pantai tersebut jee...tetapi pantainya dah tak ada...yang tinggal hanyalah sisa-sisa tinggalan pondok-pondok usang milik para peniaga dan nelayan serta kayu pancang penambat bot nelayan yang semakin ditelan masa menanti tibanya kehadiran sejarah baru , generasi baru bagi Melaka Baru.

Pembangunan....kadangkala menggugat sosio-ekonomi, environmental setempat dan sebagainya....maka berhati-hatilah sekiranya kita terlibat dengan perancangan pembangunan bandar atau negeri....bukan gagau je yang akan berpindah lokasi....manusia juga akan turut berpindah-randah akibat pembangunan.


.....................................


Yang paling aku risaukan ialah rezeki orang kampung untuk mencari udang geragau atau lebih dikenali sebagai gagau oleh masyarakat setempat bagi membuat belacan dan cencalok telah mula kekurangan, dalam erti kata lain, macam mula nak pupus dah...

~Gerai Cencaluk & Belacan~

Sekarang ni udang geragau mula diambil dari negeri lain seperti Johor dan dibawa ke Melaka... maklumat ni aku dapat dari para peniaga belacan dan cencaluk Klebang...bonda aku yang dulu cukup aktif membuat belacan dan cencaluk untuk kegunaan sendiri dan tempahan kini turut menerima tempiasnya...udang geragau susah untuk didapati sekarang...

Baru-baru ni aku balik kampung, nasib aku baik kerana kebetulan musim geragau tiba, dapat gak aku tengok orang menyungkur geragau, aku rasa generasi sekarang ni tentu dah tak berminat nak ambik tahu tentang hal-hal macamni...

Rasa-rasanyalah, lepas giliran pakcik tua yang menyungkor geragau seperti gambar dibawah, agak-agaknya giliran siapalah pula yang akan menggantikan kerja menyungkur ini...rasa-rasanyalah ada lagi tak alat menyungkur ni dalam tempoh 10 atau 20 tahun akan datang?.

Jangan risau tentang perkara ini, sebabnya kalau korang ke Muzium Melaka, korang boleh jumpalah peralatan menyungkor ni kat dalam muzium...jangan risau dah ready untuk tontonan generasi akan datang...


~Alat yang digunakan untuk menyungkur udang geragau~

~Alat yang digunakan untuk menyungkur udang geragau~



~Penyungkur terakhir udang geragau Pantai Puteri???~

~1~

~2~

~3~

~4~

~5~


~Peniaga menjual udang geragau yang baru disungkur~

~Udang geragau yang dibeli seberat 1kg~

~Begini rupa udang geragau~
sekarang 1kg = RM4

~Belacan baru diproses~

~Belacan yang dijual digerai~



P/S :

Di Melaka, udang kecil ini dipanggil udang geragau. Udang geragau ini amat mudah didapati di Pantai Klebang, Pantai Limbongan, Pantai Tanjung Keling dan kawasan sekitarnya. Udang geragau digunakan untuk membuat cencaluk dan belacan. Cencaluk dan belacan adalah sejenis makanan tradisi masyarakat Melayu Melaka.

Proses untuk membuat cencaluk memerlukan penyediaan yang sempurna untuk menghasilkan tekstur yang baik dan berkualiti tinggi. Udang geragau digaulkan bersama dengan garam dan nasi dengan kadar yang mencukupi. Apabila bahan itu sudah sebati, ia diperam di dalam bekas tertutup seperti mangkuk atau tempayan. Ia diperam selama 3 hari dan menjadi seperti tapai.

Cencaluk berwarna merah jambu dan sedap dimakan bersama nasi putih. Ia menjadi bertambah enak apabila cencaluk tersebut digaul bersama bawang besar yang dihiris, cili padi dan sedikit perahan limau nipis.

~Cencaluk siap dihidang~

Proses bagi membuat belacan pula ialah dimana udang geragau dijemur terlebih dahulu sehingga kering, kemudian digaul bersama garam. Selepas itu udang geragau tadi ditumbuk lumat dan dibentuk dalam acuan bulat. kemudian belacan tadi dijemur semula dan di pek.

Perbuatan menangkap udang geragau dipanggil sebagai menyungkur.

Perbuatan menangkap udang biasa dipanggil sebagai melanggai.

Kepada yang ada resdong tu...haa...kurang-kurangkan makan belacan ey...

Ada sesiapa yang hantu cencaluk kat sini??

7 comments:

  1. ooo..tu rupanya penyungkur dan geragau dimaksudkan..
    kalau ko x n3 haram aku x tau..cincaluk, belacan aku tau..udang halus tu aku x tau nama dia udang geragau..

    ReplyDelete
  2. hehe...org melaka panggil gagau...ko dah penah makan cencaluk tak...kalau tak penah kena cuba..hehe

    ReplyDelete
  3. dzul...gagau ni kalau buat cokodok pun sodappp...

    ReplyDelete
  4. cencaluk aku gemar weh..kalau jumpa mmg aku beli..x tau lak sedap wat cekodok..maksud ko campur ngan tepung cekodok la..? ish, mana nak carik weh..

    ReplyDelete
  5. gagau wat cekodok sedap weh...nanti kalo ada rezeki dapat gagau aku buat cekodok...boleh le ko rase nanti...

    ReplyDelete
  6. sy ske cekodok udg geragau
    btl la
    skrg ni sush nk cri udg gragau huhu

    ReplyDelete
  7. klu msk t wt lbh2
    jgn lpe antr kt sy ckt ek
    hehe

    ReplyDelete

Protected by Copyscape Plagiarism Software