Malam minggu yang lalu, aku berpeluang melihat persembahan kebudayaan di Padang Astaka, Kemaman. Persembahan kebudayaan ini adalah dari persatuan-persatuan kebudayaan Daerah Kemaman yang datang dari kampung-kampung di seluruh daerah ini. Persembahan tersebut adalah sempena hari ulang tahun ke 8 Pemasyhuran Majlis Perbandaraan Kemaman.
Selain Persembahan kebudayaan, pengunjung juga boleh membeli belah di gerai-gerai yang telah disediakan. Pelbagai barangan menarik boleh didapati disini iaitu dari barangan perhiasan rumah hinggalah ke gerai-gerai makanan. Apa yang menarik perhatian aku bukanlah jualan di gerai-gerai dari khemah-khemah yang disediakan tetapi tertarik kepada seorang peniaga yang menjual sejenis makanan tradisional Terengganu yang sukar aku lihat di tempat lain.
............................
Sepertimana yang kita ketahui Terengganu mempunyai banyak makanan tradisionalnya yang popular seperti keropok lekor, satar dan otak-otak ikan Terengganu yang kebanyakan makanan tersebut berasaskan ikan. Ada satu lagi makanan yang popular disini yang ingin aku kongsi bersama ialah Sate Ikan. Di kemaman ini, aku berpeluang untuk merasai keenakan sate ikan. Sate ikan ini biasanya akan di jual di sebelah malam di bandar Chukai dan pasar-pasar malam. Kalau korang nak rasa keenakan sate ikan carilah di kawasan sekitar Centre Point. Tidak ramai yang peniaga sate ikan di bandar ini. Mungkin dalam 2 hingga 3 peniaga sahaja.
Cara masakannya sama seperti sate biasa dimana sate diletakkan diatas dapur yang terdapat bara dan dikipas. Sate ini diperbuat dari bebola ikan, bukan bobola ikan seperti yang biasa dijual di pasaraya tetapi bebola yang diadun sendiri. Sate ini bentuknya bulat dan leper sahaja. Kalau tak silap aku sebatang sate di jual dengan harga 20 sen sahaja. Oh, ya..lupa pulak, kuah sate ikan ini sama seperti kuah keropok lekor cuma kita diberi pilihan samaada mahu yang padas atau yang manis. Haa..tepuk dada tanya selera.
Ok, kalau nak tengok bagaimana rupanya sate ikan ini...cuba lihat gambar dibawah...saja nak promosi makanan tradisional...hehe tak salahkan...tapi cubalah...memang sedap untuk dijadikan sebagai makanan ringan sambil menonton tv atau sebagainya.
~Inilah penjual Sate Ikan yang aku maksudkan, contoh usahawan muda mamat ni...~
~Cara sate ikan dimasak, sama seperti sate daging, dapur masaknya berada di belakang motor~
~Tak sampai pun 1 minit, dah pun masak Sate Ikan ni, apa lagi jemput lee makan...~
~Haa..beginilah rupa sate ikan tuu...sebelum makan cicah dengan sosnya dulu...sedapp...cubalah~
~Cara sate ikan dimasak, sama seperti sate daging, dapur masaknya berada di belakang motor~
~Tak sampai pun 1 minit, dah pun masak Sate Ikan ni, apa lagi jemput lee makan...~
~Haa..beginilah rupa sate ikan tuu...sebelum makan cicah dengan sosnya dulu...sedapp...cubalah~
.........................
Oh, ya...lupa pula nak cerita tentang persembahan kebudayaan yang telah diadakan pada malam itu. Menarik, tahniah di ucapkan kepada Majlis Perbandaran Kemaman kerana memberi sokongan dan kepada persatuan, badan, kelab kebudayaan di sekitar daerahnya. Dengan adanya sokongan dan promosi daripada MPK ini maka persatuan-persatuan kebudayaan dapat terus hidup untuk menyambung warisan budaya ke generasi baru.Oleh itu, dengan semangat ingin meneruskan warisan budaya bangsa ini maka dapatlah penduduk disekitar daerah Kemaman melihat pelbagai kebudayaan seni dari pelbagai bangsa di Malaysia selaras dengan Kempen Satu Malaysia seperti pertunjukan silat, persembahan tarian Melayu, tarian India dan tarian Cina juga tidak ketinggalan persembahan dikir barat.
~Joget dari pelbagai kaum~
~Persembahan tarian tradisional kaum India~
~Persembahan Dikir Barat dari Persatuan Dikir Barat Kg. Paman~
~Persembahan tarian tradisional kaum India~
~Persembahan Dikir Barat dari Persatuan Dikir Barat Kg. Paman~
No comments:
Post a Comment