Monday, May 24, 2010

Biar Mati Anak Jangan Mati Adat...



Aku rasa korang tentu biasa mendengar peribahasa "Biar mati anak jangan mati adat". Begitu sekali orang melayu kita dulu-dulu mempertahankan adat. Korang bagaimana???...Sanggup ke mempertahankan adat resam melayu sehingga kematian anak.

Tepuk dada tanya selera...itu hanya perumpamaan peribahasa, yang membawa maksud betapa pentingnya adat resam budaya melayu yang mesti dipertahankan dari lenyap ditelan zaman.

Pada pandapat akulah, dalam adat resam ini ada tercatat sejarah bangsa melayu. Dalam sejarah bangsa melayu tercatat siapa melayu. Siapa melayu jika tidak mengenal erti maruah. Dalam maruah bangsanya ada tercatat nilai setitis darah. Darah perjuangan untuk kesinambungan warisnya hingga ke akhir zaman.

Dari adat resam inilah bangsa lain mengenal melayu dan dengan adat resam ini jugalah yang membezakan antara kita dan mereka.

Mungkin kerana perkara-perkara inilah orang melayu dulu-dulu menciptakan peribahasa tersebut untuk tatapan anak cucunya kini.

Jika dilihat akan perlakuan didalam adat resam orang melayu ianya banyak dipengaruhi oleh budaya Hindu yang telah disesuaikan dengan unsur-unsur keislaman.

Adat resam ini merupakan warna dan ciri kehidupan orang melayu. Ia merangkupi keseluruhan perjalanan hidup seseorang melayu. Bermula dari awal kelahiran sehinggalah ke akhir hayatnya.

Bertitik tolak dari itulah maka adat resam orang melayu ini dapat dikategorikan kepada 3 peringkat iaitu:-

1) Adat resam Kelahiran
2) Adat resam Perkahwinan
3) Adat resam Kematian


TH: Dalam adat resam ini ada tercatat sejarah bangsa melayu. Dalam sejarah bangsa melayu tercatat siapa melayu. Siapa melayu jika tidak mengenal erti maruah. Dalam maruah bangsanya ada tercatat nilai setitis darah. Darah perjuangan untuk kesinambungan warisnya hingga ke akhir zaman.

No comments:

Post a Comment

Protected by Copyscape Plagiarism Software