Friday, December 27, 2013

Rumah Tradisional Melayu Makin Pupus....


Suatu hari TH telah ke Selandar Melaka untuk menghadiri satu Majlis kenduri. Biasalah kendurikan, makan-makan, minum-minum, sembang-sembang dan macam-macam lagilah...tapi bukan pasal majlis kenduri yang TH nak coretkan disini...apa yang menarik perhatian TH ketika itu ialah tentang sebuah rumah tradisional usang yang terletak bersebelahan dengan rumah yang mengadakan majlis kenduri ini.

Rasanya rumah tradisional ini telah lama ditinggalkan oleh pemiliknya...kerana dari segi fizikalnya ia telah kelihatan terlalu uzur. Menanti masa untuk menyembah ke bumi.


Terfikir pula TH ketika itu, bilakah kali terakhir generasi kita akan datang dapat melihat rumah-rumah tradisional seperti ini lagi...kerana kini tiada lagi rumah tradisional dilihat untuk didirikan dan ia tidak popular seperti dahulu lagi.

Mungkinkah faktor kos pembinaan atau rekabentuk rumah yang telah dianggap ketinggalan zaman telah menjadi satu kekangan bagi generasi kini untuk terus menghidupkan rumah-rumah tradisional...atau orang kita telah kehilangan hak milik tanah pusakanya untuk diharmonikan dengan rekabentuk rumah dengan persekitaran....dan terpaksa pula menghuni rumah-rumah moden yang serba ringkas padat...tiada lagi halaman yang dihiasi dengan lanskap yang penuh dengan deretan pokok bunga-bungaan yang beraneka warna, kerimbunan pokok buah-buahan, deretan pohon-pohon nyiornya, lingkaran aliran anak-anak sungai, keriuhan ungas-ungas meliar, kokokan ayam dan sebagainya...atau adakah peredaran arus kemodenan telah menjadi faktor penyebab.


Apa-apa pun sekurang-kurangnya masih ada lagi rumah-rumah tradisional ini yang akan terus berdiri kukuh untuk selamanya selagi tiada usaha untuk dilupuskan...walaupun bilangannya agak kecil. Kenapa...tak percaya...betul lah tuu...TH berkata begitu kerana mana-mana rumah tradisional yang telah diwartakan sebagai bangunan warisan atau warisan kebangsaan telah dilindungi oleh Akta Warisan. Oleh itu, rumah-rumah ini akan terus dipelihara dan dibaikpulih oleh kerajaan untuk memastikan generasi seterusnya dapat melihat keindahan dan kesenian yang penuh dengan falsafah kehidupan disebalik rekabentuknya agar terus dapat dihayati dan difahami.


Apa maknanya ini semua...maknanya kita semua harus faham bahawa hakikat sebenar ialah rumah tradisional melayu ini pasti akan pupus juga pada suatu hari nanti......tapi bilakah masanya...emm...ia bergantung kepada perasaan sayangnya kita kepada warisan-warisan yang telah ditinggalkan oleh generasi terdahulu...dan dengan sebab itulah juga Akta Warisan ini diwujudkan...dan ia juga boleh dijadikan pemangkin kesinambungan untuk memberitahu generasi akan datang akan asal usul bangsa mereka yang unik ini...

Untuk pengetahuan korang...Rumah tradisional Melaka terdiri daripada 5 bahagian iaitu:-


1) Serambi

2) Serambi Dalam

3) Bilik

4) Selang

5) Kelek Anak

6) Dapur




~Ini bahagian Serambi, cuba lihat papan cantik dan cucur atap yang seni berukir~




~Ini bahagian Serambi Dalam juga terdapat 1 Bilik dibahagian ini~



~Pandangan keseluruhan menunjukan (dari kanan foto) bahagian serambi, bahagian serambi dalam dan bilik, bahagian pelantar dan kelek anak~



~Bahagian serambi yang telah uzur, yang dahulunya berfungsi menjadi satu ruang tamu yang penting, juga dijadikan ruang tempat tidur tambahan kepada tetamu...serambi merupakan ruang dominan lelaki dalam majlis-majlis rasmi manakala tetamu wanita dilayan diruang serambi dalam atau dibahagian kelek anak~



~Tangga Batu yang dihiasi jubin berwarna yang dahulunya menjadi satu daya tarikan kepada rumah ini dan juga kelihatan Anjung depan yang telah uzur~


~Rekabentuk bumbungnya yang panjang dan curam 50 hingga 60 darjah juga terdapat layaran...cukup hebat sistem pengudaraan rumah lama ini~



~Sistem penyambungan pembinaan serambi yang yang bertanggam terdiri daripada tiang, pelancar, gelegar lantai dan rasuk yang tidak mengunakan paku, hanya mengunakan pasakan baji kayu itulah uniknya rumah lama ini...bukan apa sistem penyambungan ini nanti memudahkan tuan empunya rumah untuk pindah atau ubahsuai rumah~





~Pandangan biasa dari mana-mana rumah tradisional melaka iaitu hiasan ayat-ayat suci Al-Quran pada sudut pintu hadapan rumah~


TH: Psss...saja TH jadikan rumah tradisional yang uzur sebagai contoh....ada makna..tuuuu...hehe

1 comment:

Protected by Copyscape Plagiarism Software