Friday, March 19, 2010

What To Do?????


When I Take a long time to finish,
I am slow,
When my boss takes a long time,
he is thorough


When I don't do it,
I am lazy,
When my boss does not do it,
he is busy,


When I do something without being told,
I am trying to be smart,
When my boss does the same,
he takes the initiative,


When I please my boss,
I am apple polishing,
When my boss pleases his boss,
He is cooperating,


When I make a mistake,
I' am an idiot.
When my boss makes a mistake,
He's only human.


When I am out of the office,
I am wondering around.
When my boss is out of the office,
He's on business.


When I am on a day off sick,
I am always sick.
When my boss is a day off sick,
He must be very ill.


When I apply for leave,
I must be going for an interview .
When my boss applies for leave,
it's because he's overworked


When I do good,
my boss never remembers,
When I do wrong,
He never forgets


what to do?????????????

Thursday, March 18, 2010

Jangan Takut Naik Roller Coaster....

Dengan Rekod ketinggian 420 kaki dan dengan kelajuan 120 mph maka pastinya menjanjikan satu kenangan tidak dapat dilupakan sepanjang hayat...Jom lihat pengalaman awek ini naik Roller Coaster....

~1~

~2~

~3~

~4~

.
.
.
.
.
.
.
.
.


~Tak perlulah diceritakan bagaimana perasaan awek inikan...lihat sajalah keadaannya selepas naik roller coaster ini...~


Sunday, March 14, 2010

Dapat Award...


Banyak-banyak terima kasih buat Yatie Pian diatas pemberian Award ini. Yatie Pian @ Ita adalah penulis blog Teman, Info dan Resepi. Sebuah blog yang menarik untuk dikunjungi. Jemputlah ke laman blog Teman, Info dan Resepi (Sila klik).

Mentera Semerah Padi...


Hei! kersani mengalirlah dikau
Menjadi raksa
Mengisi belikat punggungku
Agar aku bisa berdiri
Tegap dan segak
Bagaikan laksamana Melayu

Hei! sepuluh helai daun sirih
Ku gentas bersama
Bunga cengkih jadilah dikau
Darah merah pekat
Mengisi uratku
Agar bisa aku berlangkah
Gagah dan tampan
Bagaikan sijantan yang berkokok

Di mana bumi ku pijak
Di situ langit ku junjung
Alang-alang menyeluk pekasam
Biar sampai ke pangkal lengan

Aku seru mentera pusakaku
Mentera semerah padi

~M.Nasir~

P/S: Aku suka dengan lirik yang puitis
penuh maksud tersurat dan tersirat
...

Monday, March 8, 2010

Martabatkan Filem Silat Melayu Di Mata Dunia....

Ya, inilah filem Silat yang aku nanti-nantikan selama ini dan aku yakin ramai yang bersependapat sama dengan aku. Bukan nak mempromosi filem ini, tetapi sengaja nak mewar-warkan kepada semua terutamanya kepada peminat filem aksi pertarungan beladiri. Aku nak beritahu semua, dah ada filem silat setanding filem Ong Bak & Tom Yam Gong dan dah ada pelakon filem silat setanding Tony Jaa dari rumpun bangsa kita. Kalau korang nak tahu cerita dari filem Merantau Warrior ni, bolehlah menonton sendiri dan lihat kehebatan hero filem silat ini beraksi di layar perak.

Pelakon silat yang aku maksudkan ialah Iko Uwais dari filem MERANTAU WARRIOR. Apa yang aku harapkan, akan lahir pesilat-pesilat Malayu Malaysia untuk berlakon filem aksi pertarungan seperti ini kerana aku yakin kita juga mempunyai ramai pesilat-pesilat yang hebat-hebat dan berbakat untuk berlakon filem aksi seperti ini. Cuma kita tidak diberi peluang dan mencari peluang dari kehebatan silat ini.

Semoga filem ini dapat menjadi sumber inspirasi karyawan perfileman dan orang silat kita untuk berkarya seperti mereka dan secara tidak langsung dapat mempromosikan perguruan-perguruan silat melayu kita serta meningkatkan martabat silat melayu ini dimata dunia. Filem Merantau Warrior ini berjaya menaikkan nama Perguruan Pencak Silat Harimau Minangkabau Indonesia Silet Tuo.

Satu lagi yang menarik tentang filem ini ialah pengarah dan penulisnya adalah bukan daripada kalangan rumpun kita. Beliau ialah Gereth Evans, orang barat pembikin filem dokumentari tentang perguruan-perguruan seni beladiri yang ada di dunia ini. Beliau tertarik dengan beberapa perguruan Pencak Silat di beberapa daerah di Indonesia dan berhasrat untuk memperkenalkannya dimata dunia melalui filem arahannya.

.....................................

Sekarang sudah tahun 2010. Masih belum lahir lagi Tony Jaa versi Malaysia. Tony Ja versi Indonesia sudah lahir. Sampai bila kita perlu tunggu dan terus menunggu. Kita selalu menyatakan silat kita hebat didalam majalah-majalah dan sebagainya. Kita selalu berdabik dada menyatakan perguruan silat kita hebat...tapi siapa yang dengar tepukan dada kita?. Kita selalu menyatakan silat kita tersohor dan terkenal tapi sejauh manakah sayup gemanya berhenti?.

Kita bangga melahirkan ramai pesilat tetapi berapa ramai yang tahu kemana destinasinya?. Kita selalu melahirkan juara-juara silat tetapi dimanakah tempat kita rantai dan berlenggu mereka?.

Sudah sampai rasanya Orang Silat mencari jalan untuk mempromosikan Silat dalam Filem. Sebagaimana bangsa lain menunjukkan kehebatan mereka melalui filem tempatan dan antarabangsa. Silat sudah dikenali dimata dunia. Rasanya tidak sukar untuk memperdagangkan filem sebegini. Asalkan jalan ceritanya menarik dan pelakonnya-pelakonnya hebat. Apa yang penting silat dapat dimartabatkan dimata dunia dan segera sampai ke destinasinya.

Adakah kita masih memegang tradisi diam-diam ubi berisi?. Salahkah kalau sekali-sekala kita tunjukkan isi ubi kita pada orang-orang luar tentang betapa enak dan lemaknya rasa ubi kita. Biar orang luar tahu yang ubi kita tidak kelat. Biar orang luar tahu yang ubi kita bukan sebarangan ubi. Biar orang luar tahu dari penanam ubi, pokok ubi, isi ubi, tanah untuk menanam ubi hinggalah ke tukang makan ubi semuanya hebat-hebat belaka. Biar orang luar tahu dan hormat kepada silat kita. Martabatkanlah Silat Melayu kita.

Percayalah suatu ketika dahulu kita hebat kerana Silat. Sejarah telah membuktikannya. Tapi kita harus bergerak melangkah dan bukannya selangkah demi selangkah dan dari dulu sampai sekarang belum sampai-sampai. Sama-samalah kita fikirkan cara untuk melangkah dizaman millenium ini agar setiap langkah kita bergaya, hebat, segak, dihormati dan digeruni.



"Nampak melayu nampaklah silat. Hebat silat hebatlah melayu. Dalam Silat Ada Melayu, Dalam Melayu Ada Silat.", Tengkolok Hitam...




Apa-apa hal pun sekalung tahniah buat semua yang terlibat dalam pembikinan filem MERANTAU WARRIOR ini dan diharap ada lagi filem-filem silat seperti ini pada masa hadapan.

Kalau korang nak menonton sedutan daripada filem MERANTAU WARRIOR sila klik gambar dibawah:-




~Sila klik gambar untuk melihat sedutan filem Merantau Warrior di YouTube~


~Disebalik Tabir pembikinan Merantau Warrior di YouTube~

Saturday, March 6, 2010

Pesta Pari Pantai Puteri, Melaka


Kali ni sekali lagi Saiful mencuba nasib untuk memancing Pantai bersama rakan-rakan seperjuangan. Kali ni hasil tangkapan geng ni lumayan sikit. Ni mesti nak balas dendam dengan trip mancing sebelum ni..haha..

Trip kali ni, geng tanpa nama ni memancing di sekitar Pantai Puteri sahaja tapi kalau dah rezeki tu... mancing kat sekitar kampung sendiri pun leh dapat hasil lumayan... betul tak...oh ya...lupa lak..umpan yang dipakai oleh mereka ialah ikan selayang dan cabuk...


~Antara senjata memancing Saiful untuk memburu sang ikan~


~Gaya seorang pemancing hehe...ready nak gi mancing le ni...orang rumah dah beri tahu ke nie hehe...~


~ni nak mancing ke nak jadi model tokey ikan~

~Tangkapan sulong dari Mat Shah dengan Semilangnya~


~Lumayan, Man dengan rekod parinya 8 kg~

~Dapat posing dengan Pari yang dipancing oleh Man pun jadik laa~

~Tangkapan kedua...Man berjaya menaikkan Kurau pula~


~ 2 ekor malong yang berjaya dipancing, hati-hati tajam giginya tu... ~

~Man dengan Pari keduanya~

~Pari bendera, telah berjaya dinaikkan oleh Wan pada sebelah malamnya. Menurut Saiful beratnya dalam 17kg ~

Saturday, February 20, 2010

Misteri Sungai dalam Lautan...








~2~


~3~


~4~

Nota: Sumber artikel dari email seorang sahabat...wallahualam...

Talapia Kolam Tinggal...

Kali ini aku nak kongsi pengalaman adik ipar aku, Cepol Uda dan rakan-rakannya memancing ikan talapia ( Oreochromis mossambicus ) di sebuah kolam terbiar di Melaka.



~Tangkapan talapia pertama dari Cepol Uda, boleh tahan gak saiznya...~


~Senyum lebar member Cepol Uda nie bila dapat talapia besar macam ni...kalau bela kat aquarium pun o.k gak ni..~


~Aikk...ko tak pergi belajau silat ke ari ni Thaqib???...terror gak ko mancing ye..~


~Alhamdulillah...lumayan gak hasil tangkapan talapia kali ni...~

Lokasi: Kolam Terbiar
Masa: Petang
Umpan: Cacing




~Haa..inilah hasilnya kalau rajin memancing si Oreochromis Mossambicus nie...Sodappp~




Nota:-

Ikan talapia ini merupakan ikan dari spesis chiclid. Ikan ini merupakan haiwan maserba yang cenderung kepada tumbuhan rumpair yang lembut dan detritus.

Sunday, February 7, 2010

Persembahan Kebudayaan Pemasyhuran Majlis Perbandaran Kemaman


Malam minggu yang lalu, aku berpeluang melihat persembahan kebudayaan di Padang Astaka, Kemaman. Persembahan kebudayaan ini adalah dari persatuan-persatuan kebudayaan Daerah Kemaman yang datang dari kampung-kampung di seluruh daerah ini. Persembahan tersebut adalah sempena hari ulang tahun ke 8 Pemasyhuran Majlis Perbandaraan Kemaman.

Selain Persembahan kebudayaan, pengunjung juga boleh membeli belah di gerai-gerai yang telah disediakan. Pelbagai barangan menarik boleh didapati disini iaitu dari barangan perhiasan rumah hinggalah ke gerai-gerai makanan. Apa yang menarik perhatian aku bukanlah jualan di gerai-gerai dari khemah-khemah yang disediakan tetapi tertarik kepada seorang peniaga yang menjual sejenis makanan tradisional Terengganu yang sukar aku lihat di tempat lain.

............................

Sepertimana yang kita ketahui Terengganu mempunyai banyak makanan tradisionalnya yang popular seperti keropok lekor, satar dan otak-otak ikan Terengganu yang kebanyakan makanan tersebut berasaskan ikan. Ada satu lagi makanan yang popular disini yang ingin aku kongsi bersama ialah Sate Ikan. Di kemaman ini, aku berpeluang untuk merasai keenakan sate ikan. Sate ikan ini biasanya akan di jual di sebelah malam di bandar Chukai dan pasar-pasar malam. Kalau korang nak rasa keenakan sate ikan carilah di kawasan sekitar Centre Point. Tidak ramai yang peniaga sate ikan di bandar ini. Mungkin dalam 2 hingga 3 peniaga sahaja.

Cara masakannya sama seperti sate biasa dimana sate diletakkan diatas dapur yang terdapat bara dan dikipas. Sate ini diperbuat dari bebola ikan, bukan bobola ikan seperti yang biasa dijual di pasaraya tetapi bebola yang diadun sendiri. Sate ini bentuknya bulat dan leper sahaja. Kalau tak silap aku sebatang sate di jual dengan harga 20 sen sahaja. Oh, ya..lupa pulak, kuah sate ikan ini sama seperti kuah keropok lekor cuma kita diberi pilihan samaada mahu yang padas atau yang manis. Haa..tepuk dada tanya selera.

Ok, kalau nak tengok bagaimana rupanya sate ikan ini...cuba lihat gambar dibawah...saja nak promosi makanan tradisional...hehe tak salahkan...tapi cubalah...memang sedap untuk dijadikan sebagai makanan ringan sambil menonton tv atau sebagainya.


~Inilah penjual Sate Ikan yang aku maksudkan, contoh usahawan muda mamat ni...~


~Cara sate ikan dimasak, sama seperti sate daging, dapur masaknya berada di belakang motor~


~Tak sampai pun 1 minit, dah pun masak Sate Ikan ni, apa lagi jemput lee makan...~



~Haa..beginilah rupa sate ikan tuu...sebelum makan cicah dengan sosnya dulu...sedapp...cubalah~


.........................

Oh, ya...lupa pula nak cerita tentang persembahan kebudayaan yang telah diadakan pada malam itu. Menarik, tahniah di ucapkan kepada Majlis Perbandaran Kemaman kerana memberi sokongan dan kepada persatuan, badan, kelab kebudayaan di sekitar daerahnya. Dengan adanya sokongan dan promosi daripada MPK ini maka persatuan-persatuan kebudayaan dapat terus hidup untuk menyambung warisan budaya ke generasi baru.

Oleh itu, dengan semangat ingin meneruskan warisan budaya bangsa ini maka dapatlah penduduk disekitar daerah Kemaman melihat pelbagai kebudayaan seni dari pelbagai bangsa di Malaysia selaras dengan Kempen Satu Malaysia seperti pertunjukan silat, persembahan tarian Melayu, tarian India dan tarian Cina juga tidak ketinggalan persembahan dikir barat.

~Persembahan Silat~

~Persembahan Silat~

~Persembahan tarian tradisional Melayu~


~Joget dari pelbagai kaum~

~Persembahan tarian tradisional kaum India~


~Persembahan Dikir Barat dari Persatuan Dikir Barat Kg. Paman~


Protected by Copyscape Plagiarism Software