Suatu petang aku dan adikku Saiful bercadang untuk mengisi masa cuti kami dengan aktiviti memancing. Memancing memang kegemaran kami berdua. Pantang nampak lubuk, sungai mahupun laut, mesti nak try punya.
Saiful ada mencadangkan satu lubuk yang selalu kaki pancing pergi, kawan dia kata kat situ ramai kaki pancing kerap memancing udang galah. Aku pun ikut ajelah cadangan itu kerana memandangkan kami pun masih baru di Kuantan.
Selepas membuat persiapan pancing dan umpan, kitaorang pergi ke lubuk tersebut. Isteri aku pun tak ketinggalan turut serta sama. Laluan ke situ memang agak terpencil sedikit. Ada dua tiga bangunan macam kilang dan rumah pam air milik Jabatan Air Pahang yang sepertinya kosong dan di tinggal lama. Untuk ke lubuk itu perlu melalui denai yang kecil. Dari pandangan mata memang menyeramkan maklumlah bangunan lama yang kelihatan gelap, lusuh dan penuh dengan dedaun dan rimbunan pohon yang menjalar menutupi sekitar bangunan.
Kedatangan kami waktu itu lebih kurang jam 4ptg. Sampai je kat situ aku terus cari port nak pancangkan batang pancing aku ni.Tempat memang nampak strategik. Gerenti banyak udang kat sini. Cuaca petang tu pun nampak mendung je. Layan memancing ni pun satu feeling gak. Sementara nak tunggu udang rentap mata kail aku ni, leh gak layan pemandangan air sungai, hutan yang menghijau, sambil berfantasi, kena pulak dengan cuaca yang redup dan angin yang sepoi-sepoi bahasa.Terasa nyaman sekali. Sesekali joran aku merentap-rentap, bila dinaikkan, udang tak dapat, tapi umpan yang habis. Menguji kesabaran betul...
Lepas sekor udang pun tak berjaya dinaikkan, kitaorang pun cadang tukar port yang lain pulak. Kali ni lebih kedalam sedikit dan tersembunyi di balik pohon-pohon hutan yang besar. Harap-harap dapatlah udang, sekor dua pun jadilah. Kat situ pancing Saiful lah yang banyak direntap udang. Lepas 3 jam kat situ cuaca pun semakin gelap, disertakan pula dengan hujan renyai-renyai. Tapi kita orang masih meneruskan dengan aktiviti memancing walaupun hari dah semakin gelap. Risaukan keselamatan isteri, aku menyuruh dia berteduh didalam kereta yang berada jauh dari pandangan aku. Isteri aku enggan kerana takut . Walaupun dalam suasana yang hampir gelap, isteri aku memberanikan diri untuk mengambil payung. Selepas mengambil payung dari kereta, dia kembali semula ditempat kami. Secara tiba-tiba aku, isteri dan Saiful terhidu bau colok india/cina yang amat kuat di sekeliling kami dan kemudian bau tersebut berubah kepada bau harum semerbak yang teramat sangat. Kami semua berpandangan sesama sendiri tanpa berkata apa-apa. Masing-masing sudah meremang bulu roma. Mana pulak datangnya bau colok india/cina dan bau harum dalam hutan kat tepi sungai ni?. Apatah lagi waktu remang-remang maghrib seperti ini.
Tanpa buang masa, kitaorang pun bergegas mengemaskan barang, biarpun time tu secara tiba-tiba pancing kita orang tengah ligat umpan dimakan udang. Tak peduli apa pun masa tu, terus naik kereta dan terus memecut meninggalkan lubuk itu. Dalam kereta barulah masing-masing bersuara bertanyakan bau apa yang datang secara tiba-tiba. Memang menakutkan. Adakah 'sesuatu' telah datang menyinggah menyertai kami sebentar tadi?. Peeh...memang ligat otak memikirkannya...
Beberapa hari lepas tu, aku menceritakan peristiwa itu pada seorang teman yang memang berasal dari situ. Teman aku terkejut sebab apa yang diberitahukan kepada aku, jarang kaki pancing yang berani duduk memancing di situ sampai malam. Katanya lagi lubuk yang aku pergi tu memang 'keras' tempatnya. Ramai kaki pancing telah mengalami kejadian pelik dan sering terkena 'gangguan' apabila memancing sampai lewat malam. Patutlah aku juga mengalami kejadian yang sama. Nasib baiklah kita orang terus sahaja pulang, kalau tunggu lagi kat situ tak tahulah apa yang akan terjadi. Peristiwa ini memang menjadi pengajaran buat aku sebab kalau hendak pergi ke sesuatu tempat yang baru, kenalah bertanya dahulu kepada orang2 tempatan yang lebih arif mengenai sesuatu kawasan tersebut dan bukannya main terjah je macam aku. Lubuk Udang Sungai Kuantan, telah menjadi memori mistik yang tak boleh aku lupakan...
:: Gambar kenangan di Lubuk Udang Sungai Kuantan ::
dia kasi wangi nak suh ko duk lama lg..ko p balik lak ugi..ugi..mcm best je lubuk udang ni.
ReplyDeleteye tak ye gak...tak terfikir lak aku...kot2 dia nak promosi minyak wangi keluaran terbaru tak.. hehe..
ReplyDelete