Sekejap tadi aku dapat MMS dari adik aku Saipol, geng mancing masa aku tinggal kat Kuantan dulu (ingat tak lagi kisah Lubuk Udang Sg, Kuantan).
Ada 5 MMS semuanya. Aku dah agak dah...mesti antau gambau dia memancing. Dari MMS yang dihantar, katanya aktiviti memancing tersebut dilakukan pada hari Sabtu dan Ahad lepas. Aktiviti memancing bermula pada petang Sabtu dan berakhir pada pagi Ahad bersama-sama dengan beberapa orang kawannya.
Dengau macam best je...bikin aku rasa nak meleleh air hidung bila gian memancing dah sampai...aku tau saja jee nak perangat kat aku, bagi tak lelap tidur malam...yelah dah lama benar aku tak pergi memancing...busy... busy...
So, aku rasa nak tumpang kembang hidung bersama-sama dengan korang. Tak percaya nanti korang tengoklah dalam gambau kat bawah tu, lubang hidung siapa yang paling kembang...hehe...apa-apa pun aku ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi berkongsi pengalaman.
Aktiviti memancing ni dilakukan di Tanjong Bidara, Melaka. Walaubagaimanapun terdapat sekeping gambar yang diambil semasa memancing di Jeti Tanjong Bruas, Tg. Kling Melaka.
................................................................
Lokasi: Pantai Tanjong Bidara
Masa: Petang
Umpan: Ikan Cabuk, adik beradik ikan Parang.
Masa: Petang
Umpan: Ikan Cabuk, adik beradik ikan Parang.
Brader yang kat sebelah tu macam tak puas hati jee...releklah bro belukang jee tu...
Dapat gelama kecik pun jadilah...goreng pon sodapp...
Lokasi: Pantai Tanjong Bidara
Masa: Petang
Umpan: Umpun-umpun pasir.
Muka sedih...apalah nasib pagi ni...hari kedua sekor ikan pun tak sudi nak jamah umpan...
alaah... sebab tak mandi lagilah tu...
Lumayan tu beb...Mat Shah dapat kurau 2.5 kg
Dapat gelama kecik pun jadilah...goreng pon sodapp...
Lokasi: Pantai Tanjong Bidara
Masa: Petang
Umpan: Umpun-umpun pasir.
Muka sedih...apalah nasib pagi ni...hari kedua sekor ikan pun tak sudi nak jamah umpan...
alaah... sebab tak mandi lagilah tu...
Lumayan tu beb...Mat Shah dapat kurau 2.5 kg
Lokasi: Pantai Jeti Tg. Bruas, Tg. Kling
Masa: Petang
Umpan: Ikan Selayang
Umpan: Ikan Selayang
ps:-Hobi memancing memerlukan tahap kesabaran yang tinggi...
sesekali p layan kelah jeram perahu ulu tembeling pulak.
ReplyDeleteperghhhh... pegi mancing x ajak pun eh.. gua nak pegi tanjung leman mersing hari khamis ni bro.. layan kelong, layan tengah naik bot kelong pada malamnya.. trip 3 hari 2 malam. x nak join ke bro?
ReplyDelete