Semalam aku berkesempatan untuk bersama-sama didalam Program Pesta Kacau Bubur Asyura kg. Gong Pauh, Kemaman, Terengganu. Kunjungan aku ke pesta tersebut adalah tidak dirancang. Semasa balik daripada Pasar Chukai, aku lihat banyak kenderaan parking di tepi jalan dihadapan perkarangan Restoran Rezeki Tomyam. Hairan punya pasal, aku pun memperlahankan kenderaan untuk mengetahui apa yang berlaku. Setelah membaca kenyataan dikain pemidang barulah aku faham, rupa-rupanya terdapat pesta kacau bubur asyura, anjuran Ketua Pergerakan Wanita UMNO Cawangan Kg. Gong Pauh.
Memandangkan pesta sebegini jarang diadakan, maka tergerak pula rasa hati untuk melihat bagaimana bubur asyura dimasak secara bergotong-royong. Meriahlah juga suasana majlis ini. Ramai juga pengunjung yang hadir untuk merasai keenakan bubur asyura. Bubur free...sapa tak nak kan... kalau tak salah aku terdapat 6 ke 7 buah periuk besar untuk diagihkan kepada orang ramai...mana tak nya, tukang makan pun lagi ramai...sekejap je periuk-periuk tu dah kosong.
Alhamdulillah rezeki jangan ditolak. Bubur Asyura kg.Gong Pauh memang sedap. Terima Kasih kepada Penduduk Kampung dan UMNO Caw. Kg. Gong Pauh kerana bersusah payah menganjurkan pesta kacau bubur asyura ini untuk penduduk sekitar.

..............................................................
Membuat bubur asyura merupakan tradisi masyarakat melayu di Malaysia. Tradisi ini disambut pada setiap 10 Muharram kalendar Islam iaitu pada Hari Asyura. Bubur Asyura merupakan sejenis makanan yang diperbuat daripada pelbagai campuran ramuan. Ada yang menyatakan, campuran ramuan tersebut hendaklah terdiri daripada 10 jenis ramuan dan sekiranya ramuan tersebut kurang atau lebih maka ia bukanlah bubur asyura. Terdapat perbagai jenis bubur asyura disebabkan oleh cara pembuatannya yang berbeza. Jenis manis biasanya didapati di utara semenanjung Malaysia. Jenis berempah dan mengandungi daging biasanya didapati di bahagian pantai timur semenanjung malaysia dan jenis seperti bubur lambuk pula biasanya didapati dari Singapura dan ia mengandungi pelbagai ramuan seperti kacang hijau, pisang dan lain-lain.
....................................................................
Asal Usul Bubur Asyura
“Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih-lebih”. Maka, dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila’ iaitu kacang ful (kacang poi) dan satu genggam kacang Adas, Ba’ruz dan hinthoh dan tepung sehingga menjadi tujuh bagai biji-bijian yang dimasak. Maka berkatalah Nabi Nuh A.S : “Masaklah sekeliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang”.
Kedua: Hadis Galakan Memberi Keluasan Kepada Keluarga Mungkin sandaran lain bagi jamuan bubur Asyura ialah hadis-hadis tentang memberi galakan supaya pada hari Asyura hendaklah menghulur dan berkongsi kesenangan dengan kaum keluarga.
Pertama: Cerita Bahtera Nabi Nuh a.s.
Banyak laman web menyebut tentang kisah ini. Dinukilkan dalam kitab “Nihayatuz Zain” karangan Syeikh Nawawi Al Banteni, dan di dalam kitab “Nuzhatul Majalis” karangan Syeikh Abdur Rahman Al Ushfuri serta di dalam kitab “Jam’ul Fawaid” karangan Syeikh Daud Al Fathoni. Yang antara lainnya menceritakan bahawa, ketika mana bahtera Nabi Nuh a.s. berlabuh di Bukit Juudi pada Hari Asyura’, maka berkatalah ia pada umatnya :
“Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih-lebih”. Maka, dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila’ iaitu kacang ful (kacang poi) dan satu genggam kacang Adas, Ba’ruz dan hinthoh dan tepung sehingga menjadi tujuh bagai biji-bijian yang dimasak. Maka berkatalah Nabi Nuh A.S : “Masaklah sekeliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang”.
Penilaian:
- Cerita seperti ini perlu kepada kajian. Dari manakah sumbernya dan apakah taraf kedudukan kisah ini. Setakat ini saya tidak menemui sebarang petunjuk tentang kisah ini dalam sumber hadis dan atsar. Sesiapa yang menjumpainya, diharap dapat membantu. - Jika kisah ini sahih sekalipun, dan kita menerima kaedah ‘Syarak sebelum kita adalah syarak kita juga’, persoalannya adakah makanan yang dibuat oleh Nabi Nuh a.s. adalah satu bentuk jamuan sempena 10 Muharram, atau ia adalah makanan biasa yang berkebetulan pada tarikh 10 Muharram? - Jika benar kisah ini, dan betul istinbat orang Melayu bahawa disunatkan membuat bubur berdasarkan cerita ini, mengapa tidak ada anjuran daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam atau amalan para sahabat tentang perkara ini?.
Kedua: Hadis Galakan Memberi Keluasan Kepada Keluarga Mungkin sandaran lain bagi jamuan bubur Asyura ialah hadis-hadis tentang memberi galakan supaya pada hari Asyura hendaklah menghulur dan berkongsi kesenangan dengan kaum keluarga.
Hadis yang dimaksudkan ialah:
“Sesiapa memberi keluasan kepada keluarganya pada hari Asyura, maka Allah akan memberi keluasan kepadanya sepanjang tahun itu”.
Mungkin kerana mempercayai kelebihan dalam hadis ini, sesetengah orang Islam mahu memberi keluasan kepada kaum keluarga pada hari 10 Muharram, dengan harapan Tuhan akan mempermudahkan rezekinya sepanjang tahun tersebut. Antara bentuk memberi keluasan ialah mengadakan jamuan makanan. Cuma kedudukan hadis ini di sisi ulama hadis adalah paslu atau dhaif. Rujuk: Al-Maudhu’aat oleh Ibn Jauzi 2/572, Al-Manar al-Munif oleh Ibn Qayyim 1/111, Al-Fawaid al-Majmu’ah oleh Syaukani 1/98. Sekali lagi kita terpaksa terima bahawa jika sandaran mengadakan jamuan bubur Asyura ialah hadis ini, sebenarnya ia adalah hadis yang tidak sahih. Jangan terlalu mengharap kepada fadhilat yang belum pasti kesahihannya. Cuma, membuat bubur Asyura itu kalau setakat dijadikan adat, tanpa ada kepercayaan keagamaan, ia bukanlah satu yang salah. Kalau orang Melayu suka berbuka puasa dengan bubur Asyura, buatlah bubur Asyura. Tetapi elakkan kepercayaan yang kurang sahih, seperti mengaitkannya dengan makanan Nabi Nuh a.s. sewaktu berlabuhnya bahtera baginda. Wallahu A’lam.
No comments:
Post a Comment