Tuesday, August 9, 2011

Jom ke Masjid Kampung Keling....




~Masjid Kampung Keling dilihat dari Jalan Tukang Emas~



~Menara Masjid Kampung Keling~


Baru-baru ini TH telah ke Melaka atas urusan kerja...so TH berkesempatanlah bersiar-siar di sepanjang laluan yang terdapat deretan bangunan-bangunan lama (rumah kedai) sehinggalah ke Jalan Tukang Emas. Kebetulan ketika itu kedengaran azan berkumandang menandakan masuknya waktu zuhur...so TH singgah dululah untuk solat di Masjid tersebut. Masjid ini terletak di tengah-tengah kawasan China Town. Agak unik juga kedudukan masjid tersebut. Lebih-lebih lagi apabila kedudukannya yang berada berhampiran dengan Kuil Sri Poyatha Moorti dan Tokong Cheng Hoon Teng. Kedudukan ketiga-tiga rumah ibadat yang berada di laluan yang sama ini sebenarnya ada hubungkait dengan faktor sejarah masa lalu. Masjid yang TH maksudkan ini ialah sebuah masjid lama iaitu Masjid Kampung Keling.

Masjid Kampung Kling ini di bina pada tahun 1748. Rekabentuk Masjid ini diambil daripada rekabentuk Masjid-Masjid di Sumatera yang bercirikan pengaruh hindu. Ciri-ciri pengaruh Hindu dapat dilihat dengan jelas pada bentuk menara masjid ini yang berbentuk seakan pagoda.

Apa yang menarik pada Masjid ini ialah rekabentuk dan bahan yang digunapakai telah diambil dari pelbagai pengaruh dari negara luar. Jubin yang digunakan oleh masjid ini berasal dari Inggeris dan Portugis. Tiang dan lengkung diruang sembanyang utamanya adalah dari senibina Corinthian, Lampu gantung dari zaman Ratu Victoria, Mimbar kayu dari pengaruh ukiran Hindu dan Cina manakala tiang lampu di tempat mengambil wuduk adalah daripada pengaruh Arab.



~Ruang sembahyang utama di mana terdapat tiang dari pengaruh rekabentuk Corinthian~



~Ukiran Mimbar Masjid dari pengaruh India dan cina~



~Tiang lampu di tempat wuduk dari pengaruh Arab~



~Fasad masjid penuh dengan motif kesenian~


~Masjid Kampung Keling berhampiran dengan Jonker Walk~


Apa yang diharapkan adalah semoga Masjid ini akan kekal seperti hari ini menjadi warisan Islam yang akan diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi dan menjadi salah satu bukti bahawa Islam telah bertapak lama di bumi Melaka yang bertuah ini.