Tuesday, May 25, 2010

Unsur-Unsur Haiwan dalam Perubatan Melayu...

Entri sebelum ini telah mencoretkan unsur-unsur ghaib dalam perubatan melayu. So...kali ini aku ingin mencoretkan unsur-unsur haiwan dalam perubatan melayu pula.

Orang melayu juga mempunyai kaedah rawatan yang sama uniknya dengan bangsa lain iaitu dengan mengunakan haiwan sebagai ramuan ubat-ubatan.

Antara organ haiwan yang digunakan dalam perubatan tradisi orang melayu seperti yang tertulis didalam manuskrip Ilmu Tabib Melayu ialah hempedu harimau, hempedu sawa, gading gajah, tahi gajah, gigi dan sumbu badak, tanduk rusa, kerbau dan lembu, duri dan lemak landak, mempedal dan hempedu ayam, hempedu kambing, tulang sotong, katak puru, lintah, ikan linang, belut, serangga, cacing dan banyak lagi yang tak dapat aku tuliskan semuanya disini.

Kaedah pengunaannya adalah pelbagai antaranya ialah dengan cara merebus, dimakan terus, dipilis, disapu pada tempat yang sakit dan ada juga bahan-bahan dari haiwan tersebut di jadikan tangkal.

Aku pernah melihat kuda laut dijadikan sebagai tangkal yang diletakkan dibawah bantal bayi. Orang melayu dulu percaya dengan meletakkan kuda laut kering dibawah bantal bayi boleh mengelakkan bayi tersebut diganggu makluk halus semasa tidur. Sejauhmana kebenaran dan kemujarabannya tidaklah diketahui tetapi terdapat juga orang melayu kini yang masih mengamalkannya.

Haa...ada satu lagi, ada diantara bahan-bahan dari dari haiwan ini yang boleh dijadikan sebagai ramuan untuk ilmu pengasih, ilmu tenaga kelakian dan ilmu keseronokan asmara untuk suami dan isteri. Pada kebiasaannya ramuan dari organ haiwan ini akan diadunkan bersama jampi dan serampah bagi menambahkan lagi keberkesanan dan kemujaraban ramuan tersebut.

Key lah...rasanya untuk entri kali ini aku stop sampai disini dulu. Di lain entri akan aku coretkan tentang kaedah pengunaan bahan-bahan dari haiwan-haiwan tersebut pula.

Monday, May 24, 2010

Biar Mati Anak Jangan Mati Adat...



Aku rasa korang tentu biasa mendengar peribahasa "Biar mati anak jangan mati adat". Begitu sekali orang melayu kita dulu-dulu mempertahankan adat. Korang bagaimana???...Sanggup ke mempertahankan adat resam melayu sehingga kematian anak.

Tepuk dada tanya selera...itu hanya perumpamaan peribahasa, yang membawa maksud betapa pentingnya adat resam budaya melayu yang mesti dipertahankan dari lenyap ditelan zaman.

Pada pandapat akulah, dalam adat resam ini ada tercatat sejarah bangsa melayu. Dalam sejarah bangsa melayu tercatat siapa melayu. Siapa melayu jika tidak mengenal erti maruah. Dalam maruah bangsanya ada tercatat nilai setitis darah. Darah perjuangan untuk kesinambungan warisnya hingga ke akhir zaman.

Dari adat resam inilah bangsa lain mengenal melayu dan dengan adat resam ini jugalah yang membezakan antara kita dan mereka.

Mungkin kerana perkara-perkara inilah orang melayu dulu-dulu menciptakan peribahasa tersebut untuk tatapan anak cucunya kini.

Jika dilihat akan perlakuan didalam adat resam orang melayu ianya banyak dipengaruhi oleh budaya Hindu yang telah disesuaikan dengan unsur-unsur keislaman.

Adat resam ini merupakan warna dan ciri kehidupan orang melayu. Ia merangkupi keseluruhan perjalanan hidup seseorang melayu. Bermula dari awal kelahiran sehinggalah ke akhir hayatnya.

Bertitik tolak dari itulah maka adat resam orang melayu ini dapat dikategorikan kepada 3 peringkat iaitu:-

1) Adat resam Kelahiran
2) Adat resam Perkahwinan
3) Adat resam Kematian


TH: Dalam adat resam ini ada tercatat sejarah bangsa melayu. Dalam sejarah bangsa melayu tercatat siapa melayu. Siapa melayu jika tidak mengenal erti maruah. Dalam maruah bangsanya ada tercatat nilai setitis darah. Darah perjuangan untuk kesinambungan warisnya hingga ke akhir zaman.

Sunday, May 23, 2010

Unsur-unsur Ghaib dalam Perubatan Melayu...

Entri aku sebelum ini ada membicarakan kepercayaan masyarakat melayu dulu-dulu. Masyarakat melayu tidak boleh dipisahkan dengan unsur-unsur ghaib. Sebelum kedatangan agama islam lagi mereka telah mempercayai kewujudan unsur-unsur ghaib ini.

Mereka amat menghormati dan takut dengan semangat-semangat ghaib. Aku masih ingat lagi masa kecil-kecil dulu, orang tua-tua selalu ingatkan, kalau hendak buang air kecil mesti kena minta izin kat tok nenek kalau tak nanti besar le anunya. Dialognya begini..." Tabik tok nenek anak cucu tumpang kencing"...gitu le kalau tak silap dialongnya.

Masa kecil dulu aku tak tahu pula siapalah tok nenek tu. Yang aku faham kata orang tok nenek tu penjaga kawasan yang kita tidak boleh lihat atau dengan lain kata ialah makhluk halus. Keizinan perlu diminta agar kawasan jagaannya tidak diperlakukan sesuka hati oleh sesiapa. Amalan ini dan lain-lain amalan ada yang masih kekal diamalkan oleh sesetengah orang melayu sekarang.

Amat sukar untuk mengikis kepercayaan ini kerana sesetengahnya telah menjadi amalan turun temurun tanpa disedari semenjak dari abad ke 15 lagi. Mereka menganggap semangat, penunggu dan puaka dapat memberikan kesan terhadap seseorang.

Mereka amat mempercayai wujudnya hantu, jembalang, pelesit, toyol, polong dan sebagainya. Kewujudan makhluk-makhluk halus ini dapat dibuktikan oleh mereka ketika itu kerana ada segelintir daripada mereka dikatakan telah melihat dan membelanya. Itulah permainan iblis dan syaitan untuk memesongkan akidah manusia terhadap Allah.

Untuk pengetahuan korang jampi dan serampah bermula apabila orang-orang melayu mula mengunakannya untuk perlindungan dan mengubati sesuatu penyakit yang berkaitan dengan unsur-unsur ghaib. Pengunaan jampi dan serampah adalah pengaruh daripada anutan agama hindu yang pada asalnya bercorakkan amalan animisme. Unsur-unsur dewa, bentara guru dan lain -lain adalah antara yang terdapat skrip jampi dan serampah tersebut.

Maha suci Allah, dengan kedatangan Agama Islam berlakulah satu perubahan besar terhadap kepercayaan unsur-unsur ghaib ini. Penerimaan ajaran islam telah merubah corak jampi dan serampah. Jampi dan serampah orang melayu mula bertukar kepada pengunaan ayat-ayat lazim dari Al Quran dan amalan zikirullah. Kaedah pengubatannya telah berteraskan kepada Al Quran dan Hadis. Orang-orang melayu mula bertawakal terhadap sesuatu perkara dan sentiasa berdoa kepada Allah untuk memohon perlindungan dan penyembuhan daripada pada sebarang penyakit.

TH: Thank you Allah...

Saturday, May 22, 2010

Kepercayaan Perubatan Masyarakat Melayu...


Selepas buat entri tentang pokok senduduk, tiba-tiba datang lak idea nak buat entri-entri berdasarkan kepercayaan masyarakat orang melayu dulu-dulu. Best gak aku rasa bila menulis bab-bab macam ini. Aku rasa o.k kot sebab kepercayaan orang melayu juga boleh dikategorikan sebagai warisan. Warisan peninggalan nenek moyang kita.

Aku pun tak lah berapa arif pasal bab-bab ini tapi dalam simpanan adalah sikit-sikit untuk kegunaan sendiri. Emm...satu lagi rasanya kalau tak tahu elok kita bertanya kepada mereka yang lebih tahukan. Terutama kepada orang tua-tua. Rasa rugi juga kalau ilmu dan pengetahuan yang mereka miliki tidak dikongsikan bersama terutamanya kepada generasi-generasi baru.

Kalau tidak dibukukan ilmu dan pengetahuan yang berharga ini maka akan tertanamlah bersama-sama dengan jasad mereka nanti. Itulah hakikatnya, yang hidup pasti akan mati tetapi ilmu dan pengetahuan semestinya tidak akan dibiarkan mati bersama. Yang untung dan ruginya siapa?? kita juga kan...

Sepertimana yang korang semua sedia maklum, masyarakat melayu dulu-dulu percaya bahawa setiap penyakit adalah berpunca daripada perbuatan jahat yang dilakukan oleh syaitan dan makhluk halus. Mereka percaya makhluk-makhluk ini boleh meresapi tubuh badan manusia dan boleh mendatangkan kemudaratan terhadap tubuh badan seseorang.

Justeru itu bagi mengatasi masalah ini maka mereka sering mengunakan khidmat bomoh, pawang atau dukun. Bomoh atau dukun merupakan orang yang mempunyai satu kuasa luar biasa yang boleh mengusir makhluk halus tersebut dari mengganggu manusia.

Bomoh atau dukun ini menggunakan pelbagai kaedah dan rawatan bagi mengubati pesakit. Mereka menggunakan jampi, serampah dan mantera semasa merawat. jampi, serampah dan mantera ini dijadikan sebagai alat perhubungan antara manusia dengan makhluk halus.

Untuk pengetahuan korang juga dalam masyarakat dulu-dulu bidang perbomohan perubatan tradisional banyak dipengaruhi oleh beberapa unsur seperti animisme, Hindu dan Islam. Ini ada kaitannya dengan sejarah anutan agama masyarakat melayu.

Dalam membicarakan berkenaan perubatan Melayu ini kita tidak dapat menidakkan beberapa unsur atau elemennya seperti unsur-unsur ghaib, haiwan dan juga tumbuh-tumbuhan. Aku akan berkongsi lagi berkenaan 3 unsur ini untuk entri yang lain.

Disampuk Hantu Tengkorak Lembu...

Ini kisah seram dan misteri yang berlaku kepada ayah aku. Kejadian ini berlaku ketika aku tinggal di kampung, Melaka. Ketika itu aku baru berumur dalam lingkungan 8 tahun.

Apa yang aku ingat pada suatu petang semasa aku balik dari bermain dengan kawan-kawan, aku lihat beberapa orang sedang berkumpul di ruang tamu rumah. Kelihatan dari jauh ialah beberapa orang saudara terdekat yang aku kenali. Ada yang sedang berdiri dan ada yang sedang duduk.

Semakin dekat aku dengan rumah semakin kuat terhidu bau asap kemiyan. Dari dalam pula kelihatan berkepul-kepul asap putih kemiyan memenuhi ruang tamu.

Setelah sampai diruang tamu, aku terkejut melihat keadaan ayah yang sedang terbaring sambil matanya terbeliak melihat kiri dan kanan. Badannya pula tidak henti-henti mengeliat. Disebelah ayah ada seorang t0k bomoh yang sedang berusaha untuk merawatnya.

Ketika itu aku tidak tahu apa yang sedang berlaku. Aku hanya berdiri di tangga rumah sambil memerhati apa yang sedang berlaku. Seram gak bila melihat keadaan ayah aku dalam keadaan begitu. Aku lihat mulut tok bomoh terkumat kamit membacakan sesuatu yang aku tak jelas akan bunyinya. Kemudian dia memicit ibu jadi kaki ayah aku sambil mengarahkannya keluar. Hairan gak aku kenapa tok bomoh tu suruh ayah aku keluar....tiba-tiba kata-kata dari bisikan hati aku terputus apabila salah seorang pakcik sedara memberitahu aku bahawa ayah aku telah terkena sampuk dan tok bomoh sedang cuba merawatnya. Beliau menyuruh aku pergi berjumpa nenek yang ketika itu berada di luar rumah. Selepas itu aku tak tau apa lagi yang berlaku di dalam rumah.

Setelah beberapa minit berlalu kelihatan saudara-mara yang berkumpul di dalam rumah tadi mula bersurai pulang ke rumah masing-masing. Aku berlari semula ke dalam rumah untuk melihat keadaan ayah. Aku gembira apabila melihat ayah dah pulih seperti biasa dan dapat duduk sambil berlunjur. Setelah berbicara seketika dengan nenek dan emak, tok bomoh tersebut melangkah keluar rumah sambil tersenyum memandang aku.

Aku sempat bertanyakan kepada emak tentang apa yang telah berlaku kepada ayah. Kata emak...

...Kata emak ayah telah dirasuk oleh hantu yang tak tahu apa jenisnya. Kata emak lagi ayah disampuk semasa hendak ke tandas untuk buang air besar. Untuk pengetahuan korang masa kejadian itu berlaku, rumah nenek masih belum di ubahsuai seperti sekarang. Tandasnya berada jauh di belakang rumah. Berada kira-kira 20 hingga 30 meter jauhnya.

Kata emak lagi, semasa ayah hendak ke tandas tiba-tiba kelihatan seketul tengkorak lembu yang besar berwarna putih berada betul-betul di dalam tandas yang ketika itu pintunya terbuka luas. Besar tengkorak lembu itu ialah sama dengan saiz ruang dalam tandas. Selepas melihat tengkorak putih tersebut tiba-tiba ayah aku tak ingat apa-apa lagi. Black out lah tu...Yelah benda dah masuk meresap masuk ke dalam badan...mana nak ingat lagikan. Sedar-sedar sahaja orang dah ramai berada dalam rumah, siap dengan tok bomoh lagi ada kat sebelah.

Selepas mendengar cerita itu aku punyalah cuak nak melepas kat tandas tu...manalah tahu kena kat aku pulak ke...naya ooo...Oh ya...kat mana aku melepas selepas itu hehe...korang tak payahlah tanya...faham-faham sajalah yee...tak pe masa tu masih budak-budak lagi...kira oklah tu..hehe

Friday, May 21, 2010

Pokok Senduduk


Dari entry sebelum ini aku ada menceritakan tentang pot mancing kat area belakang rumah mak ayah aku di kampung. Masa balik dari mancing sempat gak aku snap gambar pokok senduduk. Saja je aku snap gambar pokok ni...just nak kongsi pengalaman berkenaan pokok ini.

Pokok senduduk ini banyak khasiatnya. Pokok ini dikategorikan dalam tumbuhan rumpai. Pokok ini banyak terdapat di kawasan-kawasan tanah terbiar dan belukar. Biasanya pokok ini akan ditebang begitu sahaja oleh pekebun-pekebun kerana apabila ia membesar kebun-kebun cepat menjadi semak dan belukar.

Pokok senduduk ini ada dua jenis iaitu senduduk putih dan senduduk unggu. Jenis senduduk bergantung kepada warna bunganya. Kat kawasan sekitar kampung aku banyak terdapat jenis senduduk unggu. Senduduk unggu adalah sejenis senduduk yang hidup terbiar dan meliar.

Masa aku kecil-kecil dulu, aku selalu gunakan daun senduduk ni untuk penawar menahan darah ketika terluka. Maklumlah masa kecil-kecil dulu nakal, so setakat luka-luka kat tangan dan kaki tu biasalah. Apa nak dirisaukan daun sendudukkan ada. Caranya senang aje. Ambil beberapa helai daun senduduk lepas tu aku hancurkan dengan cara menumbuk lubat daun tu. Bila dah lumat tepekkan kat tempat luka dan balut dengan kain. Untuk luka yang kecil biasanya darah yang keluar akan cepat kering.

Terdapat lagi beberapa khasiat daun senduduk yang aku tahu antaranya:-

1) Sekiranya korang sakit gigi, cuba rebuskan daun, batang dan akar senduduk. Apabila airnya telah suam gunakan untuk berkumur. Insyallah sakit gigi korang akan reda.

2) Sekiranya korang mengalami lenguh-lenguh tulang, urat dan sendi. Cubalah rebuskan akar senduduk. Manakala batang dan daunnya dibuat mandian. Lepas mandi badan korang akan terasa lebih segar. Lenguh pada sendi tulang dan angin dalam badan akan segera hilang.

3) Bagi yang ada buasir pula cuba rebuskan akar daun dan batang senduduk dan minum airnya. Untuk makluman korang senduduk boleh dijadikan penawar buasir.

4) Pucuk senduduk pula boleh dijadikan penawar kepada cirit birit. Caranya ambil pucuknya yang masih muda dan makan seperti ulam.

5) Jika terdapat masalah keputihan bagi wanita bolehlah cuba ambil daun senduduk. Keringkan dan kemudian direbus bersama halia, sedikit gula dan bonglai. Setelah air rebusan suam barulah diminum.

6) Sekiranya terkena cacar pula, parut-parut yang tinggal boleh dihilangkan dengan senduduk. Caranya dengan mengambil akar senduduk dan giling bersama daun. Setelah hancur ditampalkan kepada parut cacar. InsyaAllah parutnya akan beransur-ansur hilang.

Semua apa yang dituliskan diatas adalah petua peninggalan orang dulu-dulu yang boleh dijadikan sebagai alternatif penawar kepada pelbagai penyakit. Mungkin sesetengah daripada kita tidak perasan dimana sekeliling kita terdapat banyak penawar kepada pelbagai jenis penyakit. Alangkah beruntungnya sekiranya kita mengetahui keistimewaan penawar-penawar tersebut lebih-lebih lagi ketika disaat-saat kecemasan.


~1~

~2~

~3~

~4~

Mancing di kampung lagi...

Emm...hari ni lepak kat rumah je, rasa malas lak nak kemana-mana. Orang gumah aku lak hari ni tengah pulun nak siapkan baju-baju dan langsir tempahan untuk raya dari customer...maklum le raya nak dekat...pose pun belum lagi yee dah cerita pasal nak raya...hehehe...So aku layan internet je...lepas puas layan Facebook aku buka blog...laa...dah lama juga tak ada entry baru...akhir-akhir ni sibuk sikit, tu yang tak sempat nak berblog ni...tapi komitmen sebagai blogger kenalah jagakan.

Aku cukup suka melawat blog rakan2 blogger lain...semuanya menarik...kata astro, macam-macam ada...puas melawat blog rakan2 blogger aku buka folder tengok gambar2 lama tahun lepas. Jumpa lak gambar mancing kat area berhampiran belakang rumah mak ayah aku. Em...kat belakang rumah mak ayah aku ni ada ladang tebu milik salah seorang penduduk kampung.

So...kat parit-parit ladang tu banyaklah ikan-ikan yang boleh dibuat lauk antaranya ikan puyu atau ikan betuk panggilan orang melaka, ikan haruan dan keli. Banyak gak ikan kat parit2 tu...kebetulan adik aku hairul dan anak2 buah aku pun ada balik kampung, so apa lagi aku ajak diaorang layan mancing laa...haa kat bawah ni gambar-gambar pot mancing yang aku maksudkan...



Posing2-posing sebelum gi mancing (Dari kiri Shafiq, Thakid dan Istaufiq)
~1~

~2~

Layan betuk guna umpan cacing
~2~

~3~

~4~
~5~

~6~

~7~

~8~

Friday, May 7, 2010

Air Pancut Berirama...Melaka

~1~
Nun kat sebelah kiri gambar ialah Sungai Melaka

~2~

~3~

~4~

~5~

~6~

~7~

Aku nak bagi tau kat korang, kat melaka sekarang dah ada air pancut berirama. Air Pancut Berirama ini terletak berdekatan Jalan Munshi Abdullah dan juga Jambatan Hang Tuah. Senang je nak carik tempat ni. Boleh tenang-tenangkan fikiran yang tengah stress tu sambil mendengar lagu-lagu melayu asli, cina dan india hinggalah ke lagu-lagu dari barat. Pancutan air akan mengikut rentak irama lagu yang dimainkan. Menarikkan. Siapa sangka ye, Jalan Munshi Abdullah dulu yang sunyi dan gelap gelita ketika malam menjelma kini dah meriah...

~Peta ke Lokasi Air Pancut Berirama (Klik gambar)~

Korang nak tahu...air pancut ni boleh naik sehingga 14.4 meter. Kalau korang rajin mengira corak air pancut ini silakan lah...em...kalau tak silap akulah terdapat lebih dari 10 corak. Oh..ya jangan lupa bawa kamera...ambil le gambar buat kenang-kenangan.

Kalau korang menaiki bot river cruise pun korang akan dapat menikmati keindahan cahaya dan pancutan airnya. Jangan lupa ambil gambar bila melalui kawasan ini.

Oh..ya kalau nak nikmati Air Pancut Berirama ni, datanglah pada sebelah malamnya. Korang akan dapat nikmati suasana yang lebih meriah dan menarik lagi. Yelah..nak tengok cahaya mestilah waktu malamkan...baru cantikkk...

Sorrylah...gambar-gambar yang aku ambil kat atas tu...tak berapa clear sikit maklumlah guna kamera digital biasa sahaja...

O.k kat sini aku beri waktu operasinya untuk kemudahan pembaca. Ni kira nak promote kampung sendirilah ni...iklan free...tak payah bayar...kira o.klah tu ye Tok Ali...

Kita tarik pelancong ramai-ramai datang Melaka...tambahkan income negeri lagi...Semoga Melaka semakin maju, meriah dan ceria.

Jadualnya...

Isnin-Jumaat : 9.00 malam - 11.00 malam
Hujung Minggu & Cuti Umum : hingga 2.00 pagi (bergantung kepada ramainya pengunjung)


TH: Tak perlu keluar negara...semuanya ada kat Malaysia...Selamat Bercuti

Misteri Rumah Atuk...4


Sambungan dari MRA 4

Cerita ni aku dengar dari ayah aku masa tengah dok sembang-sembang sambil minum petang.

Ceritanya begini...

Rumah atuk berada dalam dusun buah-buahan. Boleh dikategorikan rumah dalam dusunlah ni. Dusun atuk memang luas. Bermacam-macam jenis buah-buahan yang ditanamnya. Semuanya telah matang dan telah mengeluarkan hasil. Kalau musim buah-buahan ada sebahagian pokok buah-buahan tersebut telah dipajak oleh atuk kepada peraih-peraih cina dan sebahagiannya di jual sendiri di tepi jalan raya Ulu Langat-Cheras Bt9.

Didalam dusun juga terdapat 2 buah kolam ikan. Bermacam jenis ikan yang dibela oleh atuk. Kalau teragak hendak makan ikan darat jala je kat kolam. Nenek pasti akan buat gulai dari ikan-ikan tersebut. Pehh..teringat gulai arwah nenek...sodappp...

Apa yang misterinya kat dusun atuk aku ni ialah walaupun dusunnya luas tapi tak pernah dengar ada orang menceroboh untuk mencuri buah-buahan yang sedang masak ranum terutamanya buah durian yang telah gugur. Kolam-kolam ikan yang terletak jauh dari rumah atuk, dihujung dusun yang dipenuhi semak samun juga tak pernah ada yang sudi mencuri-curi untuk menjala atau memancing tanpa kebenaran.

Menurut kata ayah aku, sebenarnya pernah ada orang luar yang cuba menceroboh masuk untuk mencuri buah-buahan dan ikan di kolam tersebut tapi malangnya mereka tidak berjaya untuk membawa keluar hasil curian tersebut. Kerana apa...

Pada suatu pagi, ayah yang waktu itu masih bujang lagi telah pergi ke dusun bersama atuk untuk mengutip buah durian yang gugur. Ketika sampai ke hujung dusun tiba-tiba mereka melihat kelibat orang mundar-mandir disebalik semak berhampiran kolam. Mereka segera menghampiri ke arah kelibat-kelibat tersebut...Alangkah terkejutnya ayah aku bila melihat tiga orang sedang mundar-mandir berpusing-pusing di kawasan belukar berhampiran kolam ikan. Seorang membawa guni berisi durian seorang membawa jala dan seorang lagi membawa sumpit berisi ikan.

Datuk segera menegur mereka. Melihat sahaja atuk, mereka terus sahaja berlari dan memeluknya. Dengan wajah penuh kelesuan mereka memohon kemaafan diatas perbuatan mereka. Wajah penyesalan terpampang jelas diriak wajah mereka.

Menurut mereka, malam tadi mereka telah menceroboh masuk ke dusun atuk dan mengambil buah durian yang gugur dan menjala ikan dikolam. Menurut kata mereka, malam tadi bulan terang jadi keadaan dusun yang terang benderang telah memudahkan lagi kerja mereka. Namun sangkaan mereka meleset kerana ketika ingin membawa hasil curian keluar, mereka perasan tidak menemui jalan keluar. Mereka berpusing-pusing di tempat yang sama. Sehinggalah mereka keletihan dan terserempak dengan atuk.

Setelah faham apa yang berlaku lantas atuk mengambil air dari kolam sambil membaca sesuatu dan kemudiannya menyapu ke muka mereka bertiga. Selepas itu barulah mereka nampak laluan untuk keluar dari dusun semula. Menurut ayah aku, mereka bernasib baik kerana atuk cepat menjumpai mereka kalau tidak mungkin mereka berpusing-pusing di tempat yang sama entah sampai bila. Atuk telah memaafkan mereka dan menasihatkan sekira mereka ingin mengambil buah-buahan dari dusunnya perlulah meminta keizinan darinya terlebih dahulu kerana perbuatan mencuri adalah salah. Islam tidak mengajar umatnya mencuri harta benda milik orang lain. Sekali lagi mereka memohon kemaafan dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut lagi. Sebelum mereka pulang, atuk sempat memberi mereka semua buah durian dan ikan yang telah dicuri.

Menurut kata ayah aku lagi, dusun atuk ni walaupun tidak berpagar tetapi sebenarnya telah dipasang dengan pagar ghaib. Tujuannya untuk mengelakan dusun dari penceroboh yang berniat tidak baik atau binatang buas yang mungkin akan merosakan tanaman. Mungkin itu cara orang dulu-dulu menjaga dusun agaknya. Kita di zaman sekarang mungkin boleh guna teknologi moden seperti pagar eletrik bagi mengelakkan haiwan liar memasuki dusun, tak pun dengan pagar yang berduri bagi mengelakkan penceroboh. Betul tak... Wallahualam....


TH: Nasib baik tak kena minum air kaki tuan ampunya barang yang dicuri macam dalam setengah kes tu...kalau tak naya ooo...

Protected by Copyscape Plagiarism Software