Monday, September 28, 2009

CERITA SERAM DAN MISTERI.......

Tetiba je aku rasa nak berkongsi cerita-cerita seram dan misteri dari pengalaman aku sendiri atau dari pengalaman saudara mara dan teman-teman rapat.....aku rasa kita perlu menerima hakikat tentang kewujudan makluk halus yang sering kali menghantui diri kita.....aku sering kali terfikir kenapa kita patut rasa seram dengan kewujudan makluk-makluk halus ini....yang kita kenali sebagai hantu, syaitan, jin , bunian dan sebagainya...sedangkan sepatutnya makluk halus ini yang perlu takut akan kehadiran kita...mungkin kerana kita sejak dari kecil lagi telah ditanamkan dengan sifat takut dari cerita cerita hantu dan tahyul dari orang-orang terdahulu bagi tujuan mengelakan perkara yang nakal semasa kanak-kanak atau mungkin juga dari pengaruh media...kerana kebanyakan dari kita sendiri sebenarnya hanya mendengar dari cerita orang dan bukan dari pengalaman berjumpa sendiri dengan makluk halus ini...jadi atas alasan apa kita patut ada perasaan takut ikepada makluk halus ini..hanya mereka yang bertuah dan bernasib baik sahaja yang mungkin pernah dapat bertemu dengan mereka...itulah takdir dari Allah dan dengan pengalaman inilah mereka menyampaikan kepada kita...bukankah ini sebenarnya yang Allah ingin menunjukan kekuasaan NYA...kepada siapa yang perlu kita takut...kepada Allah yang mencipta sekian makhluk atau kepada makluk halus yang lemah ini...kita fikirlah sendiri...kita adalah makhluk yang sempurna dan sebaik-baik kejadian dan dibekalkan dengan bekalan yang secukupnya untuk hidup di muka bumi ini...sebagai Khalifah...dan Iblis tidak sesekali akan berhenti menyesatkan Khalifah-Khalifah ini kepada Syirik dengan Penciptanya....

Sebagai khalifah kita diberi bekalan untuk menjadi seorang khalifah sejati di muka bumi ini... kita diberi kitab iaitu Al Quran sebagai pedoman hidup di bumi ini...jadi gunakanlah kitab suci ini sebagai pedoman dan pendiding dari godaan iblis dan syaitan...dengan memakai ayat-ayat pendinding dalam aktiviti harian sudah cukup untuk menakutkan makluk halus ini....itu pun jika kita tahu akan rahsianya...Islam itu sempurna untuk umat manusia dengan islam kita dapat memahami dunia ini dan alam ghaibnya....semuanya telah dibekalkan dalam Al Quran...sebagai contohnya ayat Al Fatihah, ayat 4 kul, ayat qursi dan lain-lain lagi.....kita hanya perlu membaca dan mengamalkannya sahaja. dan berserah diri kepada Allah S.W.T dengan kaedah yang tertentu...didalamnya ada ayat-ayat pendinding diri...juga diberitahu apa itu alam ghaib dan makluk halus...semuanya makluk Allah...Sepatutnya kepada yang beragama islam ini akan lebih memahami perkara ghaib seperti ini...kerana kita tahu akan asal usul makhluk-makhluk ghaib tersebut...Dengan adanya makluk halus ini kita lebih mengenal siapa diri kita sebenarnya....akan kejadian manusia itu sendiri dan sentiasa memohon perlindungan dan mendekatkan diri dari NYA....

Ada juga segelintir manusia yang hidup dengan makluk-makluk halus...bersahabat dengan mereka...mengamalkan ilmu hitam dan sihir...tak takut pulak tu...aku rasa mungkin sebab diorang telah biasa dengan makluk-makluk halus ini agaknya...kalau macam itu...rasanyalah kalau makluk halus ini menjadi makluk kasar macam kita dan boleh dilihat serta lakukan aktiviti seharian seperti kita...apa nak ditakutkan lagi agaknyakan...yelah celik mata sahaja selepas dilahirkan dah pandang wajah-wajah yang dikatakan hodoh dari makluk ini dan berurusan dengan mereka....dah biasakan apa nak di takutkan....betul tak...

Walaubagaimanapun, seram tetap seram....aku pun seram gak kalau berhadapan dengan makluk-makluk ni...pakai pendinding pun kalau dah nampak tersengeh depan mata boleh pitam gak hehehe...Apa-apa pun rasanya belum ada lagi orang mati kena cekek dengan hantu....mati tercekek tulang lembu ada le....hehe...so selamat berkongsi dan membaca cerita-cerita seram atau misteri dari peti memori aku ni dari masa ke semasa...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.....

SEMPENA hari baik bulan baik ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN RIBUAAN KEMAAFAN KIRANYA ADA SILAP DAN SALAH SERTA TUTUR DAN BAHASA YANG KURANG MENYENANGKAN kepada semua PEMBACA BLOG INI....

Berhati-hati di jalan raya......dan selamat bercuti.......

Wednesday, September 16, 2009

HADIAH HARI RAYA UNTUK RAKYAT

Pengguna Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak akan menikmati laluan tol percuma dari 12 tengah malam hingga pukul 5 pagi pada 18 dan 24 September ini.


‘Hadiah hari raya’ itu meliputi semua kelas sama ada kereta, bas mahupun lori.


Ini bermakna, kenderaan kelas pertama seperti kereta bakal menikmati pengecualian maksimum iaitu RM29 sehala yang melibatkan perjalanan dari Plaza Tol Gombak hingga ke Plaza Tol Jabor di Kemaman, Terengganu atau laluan sebaliknya.

-utusan malaysia 15/09/09


Emm...alangkah baiknya jika LPT Fasa 2 dapat disiapkan segera.....Anak perantau Terengganu dan Kelantan tentu lebih gembira.......bila agaknya hadiah hari raya tol percuma dari Plaza Tol Gombak ke Kuala Terengganu dapat di rasai pula......


psst.....PLUS highway tak ada ura-ura ke nak beri hadiah hari raya yang sama.....

RAYA DATANG LAGI......

Raya datang lagi, setelah sebulan berpuasa menunaikan rukun islam yang ketiga, kini tibalah masa meraikan bulan yang dianggap sebagai bulan kemenangan bagi seluruh umat islam di serata dunia.

Kesempatan ini digunakan sepenuhnya untuk saling bermaafan dan mengeratkan tali persaudaraan sesama Islam. Justeru itu, amalan berhari raya di kampung halaman masih lagi menjadi agenda utama anak perantauan.

Saya juga tidak ketinggalan untuk menjadikan tradisi pulang kekampung bagi meraikan hari lebaran sebagai sesuatu yang dimestikan.

Tugas sebagai Jurutera yang bertugas di Tapak Projek di Kemaman, Terengganu, telah menuntut saya untuk bermain dengan pengurusan waktu yang secara tidak langung membuatkannya terikat dari segi jadual kerja dan tugas. Apa boleh buat mahu atau tidak itulah pengorbanan yang harus dilakukan demi tugas yang telah dipertanggungjawabkan.

Seperti tahun-tahun sudah, tahun ini sekali lagi dapat menghabiskan cuti selama seminggu untuk meraikan 1 syawal bersama ibu, ayah, adik beradik dan sanak saudara tercinta yang berada di Melaka.

Yang menyeronokkan berhari raya di kampung ialah saat-saat dimana adik-beradik dan sanak saudara berkumpul beramai-ramai, tradisi saling menziarahi dan bermaaf-maafan. dapat dilakukan dengan penuh keharmonian. Amalan ini ternyata cukup berbeza di kampung, itulah keistimewaannya. Tambah seronok bila melihat gelagat anak-anak saudara berebut ketika menerima duit raya. Kemeriahan bukan sahaja pada 1 syawal tetapi telah dirasai pada malam raya itu lagi. Seronoknya bermula ketika beramai-ramai berkampung mengalunkan takbir raya dari masjid dan rumah ke rumah. Meriahnya suasana amat dirasai ketika itu.

Sempena hari lebaran yang bakal tiba ini, entah hari Ahad 19/9/09 atau Isnin 20/9/09 ini, saya dan keluarga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. Berhati-hatilah ketika pulang berhari raya di kampung dan amalkan sikap bertimbang rasa antara satu sama lain untuk mengelakan sebarang kejadian yang tidak diingini dan gunakanlah penutup hidung bagi mengelakkan berlakunya penularan virus H1N1 semasa berada di kawasan tumpuan orang ramai seperti shopping komplek, perhentian bas dan sebagainya.


Thursday, September 10, 2009

Kerajaan Prihatin

Alhamdulillah...Syukur....Kumpulan Profesional bila pulak agaknya yee?

Sunday, September 6, 2009

Ramadan Bulan Keberkatan

Ketibaan Ramadan bukan sahaja menjanjikan rahmat kepada umat islam, tetapi juga menghadiahkan pahala berlipat kali ganda kepada mereka yang mengerjakan amal soleh serta membuat kebajikan dan kebaikan.

Salam Pertemuan

Apakhabar semua...salam pertemuan semua....Terima kasih kerana mengunjungi Blog ini....ini merupakan blog pertama saya dan diharap ianya menjadi satu titik permulaan bagi memeriahkan lagi dunia blogger ini....didalam blog saya ini...akan dimuatkan pelbagai isu-isu dan cerita-cerita menarik agar dapat dimanfaatkan oleh kita bersama. Sekian, Terima Kasih
Protected by Copyscape Plagiarism Software