Sunday, December 20, 2009

Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia - Sekalung Penghargaan


Sekalung Penghargaan buat penyambung warisan Silat Seni Gayong Malaysia, Mohamed Amin @ Mohd Amin Hamzah, Gurulatih Kanan PSSGM. Tahniah buat Cikgu Amin atas usaha perjuangan penyambung pusaka bangsa. Semoga usaha murnimu ini menjadi pemangkin kepada kesinambungan warisan silat anak bangsa masa hadapan.


Sumber dari petikan Majalah Mastika Keluaran Januari 2010.


~1~

~2~
~3~
~4~

~5~

Gambar Kenangan Bersama Cikgu Amin dan Penuntut Fakulti Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia, Tronoh, Perak selepas upacara khatam keris di Pantai Teluk Batik.
~6~

Demo Tempur Tanpa Senjata (KOMBAT) PSSGM dibawah pimpinan Cikgu Amin.
~7~



Berkata:- Demi perjuangan yang belum selesai........................
dari Amanah Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman...........

"Dalam Silat Ada Melayu Dalam Melayu Ada Silat "



Monday, December 14, 2009

Sejarah Ayat Kursi

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasulullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bin Sabit menulis serta segera menyebarkannya.
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.


Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:


"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;


"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."



Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipeliharaAllah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan
Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan-perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. ,

Rasullullah s. a. w. bersabda,

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

Friday, December 11, 2009

Apa nama burung yang cantik ini ???

~1~
~2~
~3~
~4~
~5~
~6~
~7~
~8~
~9~



p/s: Siapa tahu apa nama burung ini?

Inspirasi Taman Indah dari Jepun

~1~

~2~

~3~

~4~

~5~

~6~

Saturday, December 5, 2009

Ibadat Korban...

Raya korban baru-baru ni, sekali lagi aku dapat menyaksikan ibadat korban dijalankan. Hampir setiap tahun aku telah berpeluang menyertai majlis korban sebegini, tetapi kali ini aku nak berkongsi pengalaman bersama-sama dengan korang pulak.

Majlis korban ini di adakan di Surau An-Nur, Taman Seri Krubong, Krubong, Melaka. Sebanyak 4 ekor lembu telah dikorbankan. So apa lagi...jomlah kita saksikan upacara korban ini dijalankan.


Amaran 18sx:- Sesiapa yang lemah semangat dinasihatkan jangan ikut artikel ini.



............................................................


Lembu terakhir yang akan dikorbankan. Lembu ni sedang mengamuk, habis dilanggar dan diterajangnya dinding lori. Macam tahu-tahu je nak disembelih.

Selepas diturunkan dari lori , lembu tersebut direbahkan ke atas tanah dan diikat kakinya kemas-kemas supaya tidak terungkai semasa disembelih nanti. Kemudian lembu tersebut ditarik ke lubang yang telah digali untuk disembelih. Sebelum lembu tersebut disembelih, kelihatan Imam menjirus air terlebih dahulu ke badan lembu. Air apa, aku tak pasti...mungkin air yang telah didoakan untuk lembu menjadi tenang kot...hehe..

~Dengan lafaz bismillah...dan disertai dengan takbir beramai-ramai lembu ini di sembelih~


~Allahuakbar 3x...lailahailallah huwallahuakbar...~

~Allahuakbar 3x...lailahailallah huwallahuakbar...~

~Allahuakbar 3x...lailahailallah huwallahuakbar...~

~Alhamdulillah...~

~Lubang yang digali untuk menadah darah lembu dan kemudiannya dikambus semula~

~Lembu dibawa ke tempat yang bersih untuk dilapah~

~Begini cara untuk memulakan proses melapah daging lembu~

~Keadaan lembu yang sedang dilapah~

~Nampak tak perut lembu tu...cuba klik kat gambar...berapa banyak huruf tulisan arab yang korang jumpa...hehe...kebetulan jee..~

~Selepas lembu dilapah, dagingnya dibawa ke surau untuk dipotong kecil-kecil~

~Gotong-royong memotong daging~

~Potong jangan tak potong~

~Berkat~

~Timbang dulu sebelum diagih-agih kepada penduduk islam setempat~




Info dari:


Ibadat k
orban telah disyariatkan pada tahun kedua hijrah. Ia dilakukan selepas Sembahyang Sunat Aidiladha pada 10 haribulan hingga 13 haribulan Zulhijjah yang juga dinamakan sebagai hari-hari Tasyrik. Menurut ilmu feqah, ibadat korban terbahagi kepada dua iaitu:-

Pertama : Korban wajib seperti korban nazar dan korban wasiat.
Kedua : Korban sunat.


Perlu diketahui bahawa ibadat korban banyak mempunyai hikmat, di antaranya kita dapat memperingati sejarah atau peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim Alaihissalam yang telah diperintahkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala untuk menyembelih anak baginda Nabi Ismail Alaihissalam, dan ia merupakan suatu pengorbanan yang benar-benar menguji keimanan dan kesabaran mereka. Perintah yang amat berat ini telah dilaksanakan di atas dasar iman dan taqwa dengan mengenapikan perasaan cinta dan dilakukan tanpa ragu-ragu atau was-was yang cuba dipengaruhi oleh iblis laknatullah. Atas dasar ketaatan dan ketulusan kedua anak beranak tersebut, Allah Subhanahu Wata'ala telah memerintahkan agar Nabi Ismail Alaihissalam digantikan dengan seekor kibas yang dibawa Malaikat Jibril Alaihissalam dari syurga.

Sesungguhnya ibadat korban merupakan di antara ibadat yang amat disukai oleh Allah Subhanahu Wata'ala dan bagi setiap orang yang berkorban itu dijanjikan dengan ganjaran yang banyak, di antaranya akan dapat menambah amal kebajikan orang yang berkorban, sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya :

"Berkata Abu Isa : Dan diriwayatkan dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Orang yang berkorban itu akan dikurniakan bagi setiap bulu binatang korbannya dengan satu kebajikan". (Hadis riwayat Al-Imam At-Tarmidzi).

Generasi Terakhir Penyungkur Geragau Pantai Puteri, Melaka ???

Lepak kat Pantai Puteri, Tanjong Kling, Melaka memang best, lebih-lebih lagi kalau sambil memancing. Bila balik kampung aku rajin gak memancing sambil berkhemah kat pantai ni.

Pantai ni mula jadi popular semenjak Pantai Klebang mula ditambak kerana pembangunan. Selain daripada itu banyak gak aktiviti riadah dan promosi perlancongan yang telah dianjurkan oleh kerajaan negeri melaka untuk pantai ini dan masyarakat setempat, secara tidak langsung telah menambahkan lagi populariti pantai ini.

Satu lagi yang best tentang pantai ini ialah ikan segarnya yang ditangkap oleh nelayan kampung. kalau nak beli dan rasa ikan segar yang baru ditangkap, cari sahajalah kat sini, tang harga tak perlu risau murah-murah punya.

Semenjak Pantai Klebang mula ditambak, tiada lagi la port nak melepak, Pantai Klebang yang popular di Melaka pada suatu ketika dulu kini hanya tinggal nama... samalah juga dengan nasib Pantai Limbongan. Kedua-dua pantai ini satu ketika dahulu merupakan perkampungan nelayan dan juga merupakan lokasi penangkapan udang geragau. Korang bolehlah carik sekarang ni kalau ada terjumpa kedua-dua pantai ini kat mana-mana peta negeri Melaka. Boleh jumpa nama pantai-pantai tersebut jee...tetapi pantainya dah tak ada...yang tinggal hanyalah sisa-sisa tinggalan pondok-pondok usang milik para peniaga dan nelayan serta kayu pancang penambat bot nelayan yang semakin ditelan masa menanti tibanya kehadiran sejarah baru , generasi baru bagi Melaka Baru.

Pembangunan....kadangkala menggugat sosio-ekonomi, environmental setempat dan sebagainya....maka berhati-hatilah sekiranya kita terlibat dengan perancangan pembangunan bandar atau negeri....bukan gagau je yang akan berpindah lokasi....manusia juga akan turut berpindah-randah akibat pembangunan.


.....................................


Yang paling aku risaukan ialah rezeki orang kampung untuk mencari udang geragau atau lebih dikenali sebagai gagau oleh masyarakat setempat bagi membuat belacan dan cencalok telah mula kekurangan, dalam erti kata lain, macam mula nak pupus dah...

~Gerai Cencaluk & Belacan~

Sekarang ni udang geragau mula diambil dari negeri lain seperti Johor dan dibawa ke Melaka... maklumat ni aku dapat dari para peniaga belacan dan cencaluk Klebang...bonda aku yang dulu cukup aktif membuat belacan dan cencaluk untuk kegunaan sendiri dan tempahan kini turut menerima tempiasnya...udang geragau susah untuk didapati sekarang...

Baru-baru ni aku balik kampung, nasib aku baik kerana kebetulan musim geragau tiba, dapat gak aku tengok orang menyungkur geragau, aku rasa generasi sekarang ni tentu dah tak berminat nak ambik tahu tentang hal-hal macamni...

Rasa-rasanyalah, lepas giliran pakcik tua yang menyungkor geragau seperti gambar dibawah, agak-agaknya giliran siapalah pula yang akan menggantikan kerja menyungkur ini...rasa-rasanyalah ada lagi tak alat menyungkur ni dalam tempoh 10 atau 20 tahun akan datang?.

Jangan risau tentang perkara ini, sebabnya kalau korang ke Muzium Melaka, korang boleh jumpalah peralatan menyungkor ni kat dalam muzium...jangan risau dah ready untuk tontonan generasi akan datang...


~Alat yang digunakan untuk menyungkur udang geragau~

~Alat yang digunakan untuk menyungkur udang geragau~



~Penyungkur terakhir udang geragau Pantai Puteri???~

~1~

~2~

~3~

~4~

~5~


~Peniaga menjual udang geragau yang baru disungkur~

~Udang geragau yang dibeli seberat 1kg~

~Begini rupa udang geragau~
sekarang 1kg = RM4

~Belacan baru diproses~

~Belacan yang dijual digerai~



P/S :

Di Melaka, udang kecil ini dipanggil udang geragau. Udang geragau ini amat mudah didapati di Pantai Klebang, Pantai Limbongan, Pantai Tanjung Keling dan kawasan sekitarnya. Udang geragau digunakan untuk membuat cencaluk dan belacan. Cencaluk dan belacan adalah sejenis makanan tradisi masyarakat Melayu Melaka.

Proses untuk membuat cencaluk memerlukan penyediaan yang sempurna untuk menghasilkan tekstur yang baik dan berkualiti tinggi. Udang geragau digaulkan bersama dengan garam dan nasi dengan kadar yang mencukupi. Apabila bahan itu sudah sebati, ia diperam di dalam bekas tertutup seperti mangkuk atau tempayan. Ia diperam selama 3 hari dan menjadi seperti tapai.

Cencaluk berwarna merah jambu dan sedap dimakan bersama nasi putih. Ia menjadi bertambah enak apabila cencaluk tersebut digaul bersama bawang besar yang dihiris, cili padi dan sedikit perahan limau nipis.

~Cencaluk siap dihidang~

Proses bagi membuat belacan pula ialah dimana udang geragau dijemur terlebih dahulu sehingga kering, kemudian digaul bersama garam. Selepas itu udang geragau tadi ditumbuk lumat dan dibentuk dalam acuan bulat. kemudian belacan tadi dijemur semula dan di pek.

Perbuatan menangkap udang geragau dipanggil sebagai menyungkur.

Perbuatan menangkap udang biasa dipanggil sebagai melanggai.

Kepada yang ada resdong tu...haa...kurang-kurangkan makan belacan ey...

Ada sesiapa yang hantu cencaluk kat sini??
Protected by Copyscape Plagiarism Software