Thursday, October 6, 2016

ASSALAMUALAIKUM PADA SEMUA PEMBACA BLOG TH....KEMBALI BERTEMU LAGI DI TAHUN 2016....

Rasanya dah lama sangat tak berblog nie...hihi...busy busy ... last keluar post bulan 6 tahun lepas... lama ooo...hihi

Untuk makluman semua...TH baru je bertugas ke tempat baru...emm...rasa macam nak aktif berblog semula...dah hampir 8 tahun usia Blog TH nie...Alhamdulillah blog ini masih ada walaupun sekejap aktif sekejap tak...hihi...
Sepanjang lima tahun kebelakangan ini...banyak peristiwa pahit manis yang telah TH lalui...tapi Alhamdulillah sehingga kini TH masih lagi dapat meneruskan perjalanan hidup bersama keluarga dan kerjaya...semoga dipermudahkan Allah untuk perjalanan TH seterusnya...Alhamdulillah...terima kasih Allah kerana memudahkan perjalanan hidup TH sebelum ini...

Rasanya ramai pembaca yang tertanya tanya siapa TH sebenarnya ye...TH sebenarnya berasal dari negeri Hang Tuah...negeri Melaka Bandaraya Bersejarah...berlatar belakangkan disiplin Kejuruteraan Awam...pernah berkhidmat dengan sektor swasta (Kontraktor dan Perunding) dan sekarang berkhidmat sebagai penjawat awam di Jabatan Kerja Raya Malaysia sebagai Jurutera Awam (Profesional)...amat meminati dalam hal-hal yang berkaitan dengan kebudayaan, kesenian dan warisan bangsa melayu...sebab itulah kalau pembaca mengikuti post-post dari TH ianya lebih ke arah perkara-perkara tersebut...

Harapan TH ialah semoga TH diberi kelapangan menulis blog dan blog ini juga sentiasa aktif dengan post-post terkini yang bermanfaat kepada pembaca...

Selamat maju jaya kepada semua ye...
Protected by Copyscape Plagiarism Software