Monday, June 20, 2011

Berbudi dan Berbahasa dalam Adat Melayu jangan dilupakan...




Kesempurnaan hidup seseorang insan di muka bumi ini ialah budaya budi bahasanya. Tidak dinafikan bahawa orang Melayulah antara satu bangsa yang amat kaya dengan budi bahasanya di dunia ini. Masyarakat Antarabangsa mengenali bangsa Melayu dengan melalui ketinggian budi bahasanya.

Sebelum kita pergi lebih jauh, TH nak terangkan dahulu makna BUDI BAHASA ini.

Budi dikatakan berasal dari bahasa Sanskrit iaitu Buddhi yang bermaksud bijak, pekerti baik dan mulia. Dari segi bahasa (Kamus Dewan) pula, budi boleh membawa maksud akal. kebijaksanaan, perangai, pekerti, akhlak, tingkah laku, sifat baik, kelakuan, watak, kebajikan, sifat baik, perbuatan baik, bicara dan daya upaya. Secara amnya budi adalah sifat yang menggambarkan keperibadian insan ke arah kebaikan.

Budi Bahasa menggambarkan keperibadian dan indentiti seseorang samada bermaruah dan bernilainya disisi masyarakat. Setinggi mana pun darjat seseorang, Budi Bahasa jugalah yang menjadi sandaran kepada penilaian seseorang didalam masyarakat. Walaupun seseorang itu tidak berharta tetapi sekiranya Budi Bahasanya tinggi maka masyarakat menilai harga dirinya juga setinggi Budi Bahasa tersebut dan dihormati masyarakat. Bagi yang tiada budi bahasa akan dipandang hina dan kurang harga diri di mata masyarakat .

Bahasa pula adalah merupakan sistem lambang-lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam satu kelompok manusia dan percakapan baik. Bahsa juga merupakan suatu media untuk manusia berkomunikasi bagi menyatakan buah fikiran dan perasaan. Bahasa terbahagi kepada dua kategori iaitu Bahasa Pertuturan dan Bahasa Isyarat.

Oleh itu sekiranya digabungkan untuk dijadikan satu frasa bahasa ia menjadi Budi Bahasa yang lebih memberi maksud kepada tutur kata, kelakuan , tingkah laku, sikap, perangai, akhlak, sopan santun, tertib dan cara hidup manusia seharian baik dalam kontek individu, keluarga maupun masyarakat.

Budi bahasa merupakan identiti kepada masyarakat melayu. Budi bahasa dalam masyarakat melayu adalah berdasarkan kehidupan yang diterima umum. Masyarakat melayu meletakan Budi Bahasa di tempat yang paling tinggi dan mulia dan ia menjadi matlamat kepada satu kehidupan yang baik dari segi moral dan budaya.

Dalam Islam, Budi bahasa lebih menjurus sebagai akhlak yang bermaksud tingkah laku yang mulia dan terpuji untuk dihayati, dilaksanakan dan diamalkan oleh manusia sehingga menjadi adat kebiasaan. Akhlak yang terpuji adalah akhlak Nabi Muhammad S.A.W. Berbudi dan Berbahasa dalam Islam adalah merupakan satu sedekah. Dalam Islam mana-mana orang yang mempunyai sifat bakhil dan tidak mahu berbudi ini di kutuk oleh Allah S.W.T sepertimana di dalam Surah Al-Imran Ayat 180.
"Sebenarnya kebakhilan itu buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di Hari Kiamat" (Surah Al-Imra: Ayat 180)



Terdapat beberapa perkara yang terkandung di dalam Adat Budi Bahasa orang Melayu iaitu:

                                                          1) Didalam Pertuturan



- Ragam Bahasa


- Bahasa Teguran
- Bahasa Sindiran
- Bahasa merajuk
- Bahasa Panggilan untuk Gelaran Keluarga
- Bahasa Panggilan untuk Gelaran Masyarakat
- Bahasa Sapaan


                                                           2) Perlakuan



                                                          3) Budi Pekerti


                                                         4) Budi Bicara

Untuk Artikel kali ini TH hanya mencoretkan perkara pokok tentang BUDI BAHASA ini, insyaAllah Th akan perincikan artikal agar dapat sama-sama kita fahami apakah sebenarnya amalan BUDI BAHASA yang telah menjadikan orang melayu nampak hebat di mata dunia.


Tuesday, June 14, 2011

7 WASIAT




~Klik gambar untuk besarkan 7 WASIAT~

Permainan Tradisional...



Orang Melayu dahulu juga tidak kurang hebatnya...kalau tidak masakan pelbagai jenis permainan yang telah kita warisi hingga kini...cuma kini banyak permainan tradisional yang telah kita lupakan...lebih-lebih lagi setelah munculnya permainan-permainan moden seperti Video Games, Play Station dan lain-lain lagi...Permainan-permainan moden ini lebih menambat hati generasi muda kini kerana ia lebih mudah dan tidak perlu mengunakan banyak tenaga, tidak seperti permainan tradisional.

Terfikir juga TH mengapa kita tidak popular dan komersialkan permainan tradisional ini dengan memodenkannya mengikut tren dan citarasa generasi kini tanpa mengubah identiti dan falsafah asal yang terdapat di dalam permainan tradisional tersebut.

Pemainan tradisional ini dicipta bagi tujuan hiburan pada masa dahulu dan pada masa yang sama juga ia merupakan suatu aktiviti sukan dan riadah serta dapat meningkatkan daya pemikiran untuk generasi pada ketika itu.

Apa yang menarik pada permainan tradisional ini ialah terdapat permainan yang diiringi lagu bagi menambahkan lagi keseronokan terhadap permainan tersebut seperti permainan enjit-enjit semut, tom-tom bak, cari cucu, datuk harimau dan banyak lagi.

Permainan tradisional juga merupakan permainan yang berperaturan yang perlu diikuti dan sekiranya terdapat pemainnya yang gagal mematuhi peraturan, pemain tersebut akan dikenakan denda atau direhatkan seketika dan mungkin akan berhadapan dengan kekalahan dari pihak lawan.

Proses pendidikan banyak dipupuk didalam permainan terdisional ini dimana penerapan terhadap nilai pematuhan peraturan, disiplin, kejujuran, persahabatan dan kerjasama berkumpulan dapat diserapkan kedalam jiwa pemain-pemain tersebut. Perkara ini yang perlu kita sedar akan kelebihan permainan tradisional berbanding permainan moden.


Antara permainan tradisonal yang perlukan nafas baru untuk kesinambungan kepada generasi baru ialah:-


1. Gasing
2. Dam Aji
3. Galah Panjang
4. Batu Seremban
5. Aci Sorok
6. Congkak
7. Baling Tin
8. Susun Selipar
9. Konda-kondi
10. Getah Atas Para
11. Jala Itik
12. Sepak Raga
13. Polis Sentri
14. Datuk Harimau
15. Enjit-Enjit Semut
16. Ketinting
17. Cari Cucu
19.Tating Lawi
20. Lompat Untai Getah
21. Galah Panjang
22. Wau Bulan
23. Tarik Upih Pinang
24. Main Sorok-Sorok
25. Helang dengan Ibu Ayam
26. Tom-Tom Bak
27. Jentik Tudung Botol
23............(akan di tambah apabila TH ingat key...)

Wednesday, June 8, 2011

Jom ke Istana Bandar Jugra...



Untuk artikel kali ini, TH nak bawa melawat ke Istana Bandar Jugra, Kuala Langat, Selangor. Apa yang menarik yang nak TH kongsikan tentang Istana Bandar ini ialah sejarah dan rekabentuknya.

~Pelan keratan rentas Istana Bandar~


Istana bandar ini siap dibina pada 1899 semasa zaman pemerintahan Almarhum Tuanku Sultan Sir Ala'eddin Suleiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Musa, Sultan Selangor V iaitu dari 1898 hingga 1938. Istana ini dibina di satu kawasan yang luas di Bandar, Jugra. Bandar, Jugra merupakan pusat pemerintahan Negeri Selangor ketika itu. Istana Bandar ini juga dikenali sebagai Istana Ala'eddin.


Istana 15 bilik ini merupakan istana bersemayam Sultan Ala'eddin bersama Permaisuri Hajjah Safiah. Baginda bersemayam selama kira-kira 35 tahun sehingga baginda mangkat pada 1938.


Istana Bandar ini telah direkabentuk sendiri oleh baginda Sultan Ala'eddin mengikut ciri-ciri Islam dari India dan Timur Tengah dan dibina dengan pembiyaan sendiri. Ciri-ciri senibina dari negara China juga dapat dilihat di Istana ini kerana semasa pembinaan Istana tersebut terdapat tukang-tukang yang berbangsa cina.




~Bahagian depan Istana Bandar atau dikenali sebagai Anjung Peribadi atau Kediaman Sultan~



~ Haa...yang ini dinamakan Pintu Kecelakaan. Pintu Kecelakaan ini merupakan laluan utama kepada pesalah yang akan dibicarakan dan menerima hukuman~




~Dari kiri ke kanan foto ialah kamar Beradu Puteri, Surau, Pejabat dan Balai Perbicaraan~



~Balairong Seri dilihat dari luar~

~Surau dan Pejabat di ruangan ini terdapat sebuah kolam, bumbung Istana Bandar juga menerapkan dan mengekalkan ragam hias dan karektor rumah tradisional Melayu yang merupakan gaya seni bina yang terkenal pada akhir kurun ke-19 dan awal abab ke-20~




~Hehe...nak posing sikit...kat belakang TH ialah Kamar Beradu Puteri~



~Rekabentuk Seni bina ciri hiasan Moorish yang menarik dan unik dimana lazimnya menghiasi istana-istana Raja di India Utara~



~Hiasan pada dinding atas pintu tingkat atas Kediaman Sultan ~




~Unik...rekebentuk pengaruh dari India~


~Seni ukiran kayu dibahagian Balairong Seri~

~Unsur keunikan dari India ~

~Inilah bahagian dapur...yang sedang posing tu bukan tukang masak ye...~




~Yang berbentuk segi empat itu bukan kolam kecil tetapi sebuah perigi...perigi ini unik sedikit sebab kegunaannya bukanlah untuk mandi, membasuh atau sebagainya seperti kebiasaan kegunaan bagi perigi tetapi untuk mengetahui pasang surut air laut dimana apabila paras air di dalam perigi rendah maka pada ketika itu air laut sedang surut...jika paras air tinggi maka ketika itu air laut sedang pasang, walaubagaimanapun perigi ini telah tidak berfungsi seperti tujuan asalnya lagi...~



~Bentuk papan cantik yang unik~

~Keunikan ukiran pada kepala tiang~



~Keunikan pada tiang istana~


~Rekabentuk tingkap yang menarik~



~Ruangan dalam Balairong Seri~


~Salah satu rekabentuk pintu Istana Bandar~



~Pintu Istana dibahagian Kediaman Sultan~
Protected by Copyscape Plagiarism Software