Tuesday, November 24, 2009

Karangan budak sekolah

Karangan budak sekolah - Pastikan anak-anak anda tidak tulis karangan sebegini...
::sila klik untuk lebih jelas::


Berkata: Emm..nak komen apa yee...renung-renungkanlah
Sumber daripada Email...
mazuki mustaffa


Hati-hati bila memilih barang...



Saja nak berkongsi pengalaman terbeli brush rambut BOAR/BABI HUTAN, masa I and my family busy shopping raya di SUBANG PARADE tiba-tiba tergerak hati nak ke SHIN. SHIN ni beauty shop and I pun beli brush rambut for my daughter tanpa remark or comment from the salesgirl KECUALI SENYUMAN.

I pun seperti biasa percaya yang produk-produk yang dijual di SHIN maupun di SUBANG PARADE adalah halal kecuali kalau ada tanda TIDAK/NON HALAL. However and to our surprise brush yang kami beli tu diperbuat dari BOAR/ BABI HUTAN itupun selepas my daughter ternampak tulisan 100% BOAR di brush.

Kami pergi balik ke SHIN jangan kata minta maaf the salesgirl/manager BUAT BODOH OR SEMEMANG NYER BODOH siap claimed BRUSH INI DIPERBUAT DARI BRISTLE INSTEAD OF BOAR/BABI HUTAN (?????), secondly KALAU TAK SUKA BOLEH EXCHANGE WITH OTHER PRODUCT and THRIDLY WANG ANDA TIDAK BOLEH DIKEMBALIKAN.

******
Saya berkunjung ke kedai sama cawangan Giant Kota Damansara minggu lalu. Benar, brush sama dijual bercampur dengan brush jenis lain.

Jam 6 petang tadi saya menghubungi pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi, KPNKK, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Menurut beliau KPDNKK tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mengambil tindakan berhubung kes ini.

“Cuma dahulu kita ada persetujuan dengan peniaga, kalau dalam kes ini, dia orang kena tulis besar-besar, barangan itu diperbuat daripada bulu babi”



Berkata: Catatan diatas diambil daripada petikan blog Mazidul Akmal Sidik... So...aku harap korang tolong sampai-sampaikanlah ye kepada sahabat-sahabat kita yang lain..


Sumber daripada:
http://mazidulakmal.blogspot.com/2009/10/brush-bulu-babi.html

Monday, November 23, 2009

Banjir Oh Banjir Part 2..(22/11/2009)


Hujan masih lagi turun di Daerah Kemaman ni. Masih belum ada tanda-tanda akan berhenti, sekejap lebat sekejap renyai. Jabatan Meteorology pun dah beritahu hujan kat pantai timur sekarang ni dah masuk amaran peringkat merah.

Destinasi aku hari ini adalah ke Kuala Terengganu atas urusan kerja....sepanjang perjalanan sempat juga aku snap beberapa keping gambar untuk dikongsi bersama. Sorrylah kalau gambar-gambar yang aku snap ni tak berapa jelas dan profesional sebab diambil oleh jurukamera yang tak amatur ...dengan mengunakan handset jee...


Air naik merentasi jalan di Paman

Air naik merentasi jalan di Bukit Besi

Tanah runtuh di Kg Bukit Diman, Ajil


Banjir di Bukit Payong

Banjir di Bukit Payong

Saturday, November 21, 2009

Banjir Oh Banjir ...(21/11/2009)

Dah 3 hari hujan turun tak berhenti-henti kat Daerah Kemaman ni...sekejap lebat sekejap renyai...dah 3 hari suasana disini mendung sahaja dan dah 3 hari jugalah tak nampak matahari. Baju kat jemuran pun dah bau semacam je..

Hujan di musim tengkujuh kat area pantai timur ni lain sikit. Walaupun hujannya lebat tapi jarang disertai ribut atau angin kuat, cuma rasa macam air dipancut mencurah-curah turun dari langit.

Semalam kat depan rumah aku paras air dah naik hampir sekaki. Nasib baik hujan lebat bertukar menjadi renyai so air surut kembali. Dalam hujan semalam sempat juga aku, orang rumah dan jiran sebelah rumah, Zul telah pergi ronda-ronda lihat kawasan sekitar sehingga ke kawasan projek LPT2 di Pasir Gajah, Kemaman. Paras air masih belum naik lagi dari kawasan Binjai hingga ke Pasir Gajah. Lega rasa hati buat sementara waktu...tak perlu buat report banjir untuk Bos lagi. Tapi untuk hari ini sahaja, esok belum tentu lagi.

Lepas hantar jiran aku, aku terus menuju ke bandar Kemaman untuk beli barang keperluan dapur. Dalam perjalanan kelihatan banyak kereta parking di tepi-tepi jalan. Ingatkan ada kemalangan tetapi ramalan aku meleset rupanya ramai orang sedang turun dari kereta untuk membeli ubi kayu yang dijual digerai-gerai kecil tepi jalan. Ubi kayu kat kawasan ni memang popular terutama di musim tengkujuh. Robus pun sodap...kena lak dengan kopi O panas..pehh..

Masuk sahaja ke kawasan Bukit Mentok dah kelihatan air kat merata-rata tempat. Rupa-rupanya air naik di kawasan ini pula. Banyak rumah di kawasan tersebut telah dinaiki air. Kebanyakan kereta-kereta dari kawasan dalam kampung dah parking di kawasan-kawasan tinggi dan di tepi-tepi jalan. Rasanya kawasan ini cepat dinaiki air kerana kebanyakan rumah berada di kawasan rendah dan sistem perparitan yang kurang berfungsi. Kawasan tersebut juga berhampiran dengan Sungai Kemaman, jika air laut pasang, air Sungai Kemaman tidak dapat mundik ke hilir dan berpatah balik ke hulu. Kesannya air daripada parit dan longkang-longkang terhalang dan tak dapat mengalir terus ke sungai.

Hujan masih turun hingga ke malam. Belum ada tanda-tanda ingin berhenti. Baru pukul 6 lebih petang suasana sekitar dah gelap. Seperkara lagi yang aku risaukan selain dari banjir ialah
....Astro tak dapat bila hujan lebat turun...hehe, tak dapat la nak nonton TV.. bak kata orang "Bila hujan, astro pun... macam- macam x de"..


Apabila Hujan Ais Turun di Padang Pasir...

::Klik Gambar::

Sunday, November 15, 2009

Kemana Destinasi Akhir Silat Kita?


Aku baru jee abis menonton DVD cerita Queens of Langkasuka, filem Thailand arahan Zonzee Nimibutr. Filem ini mengisahkan kerajaan Langkasuka diambang peperangan dan perebutan kuasa.

Apa yang menarik didalam filem ini ialah ia memaparkan budaya melayu seperti pakaian, adab tingkah laku dan seni mempertahankan diri iaitu silat.

Bagi aku yang meminati filem-filem action martial art, filem ini bolehlah dikatakan menarik juga. Banyak gak babak-babak pertarungan. Aku tengok cerita ini sampai habis....tapi bukan ceritanya yang aku nak coretkan kat blog ini, tapi siapa yang buat filem ini. Terdetik gak dalam hati orang Thailand buat filem yang ada kaitan dengan sejarah melayu.

Bukankah Langkasuka merupakan salah sebuah Kerajaan Melayu Tua yang wujud pada kurun yang ke-2 masihi dan dipercayai Langkawi juga mendapat nama daripada perkataan Langkasuka. Hebatkan orang Thailand buat filem, hinggakan sejarah kita juga mereka berjaya olahkan menjadi satu cerita yang menarik. Heronya berpakaian melayu siap bersampin dan bertengkolok lagi...tak guna Tomoi pun...pertarungan gunakan silat . Masa tengok cerita ni...rasa bangga gak...yelah budaya dan sejarah melayu dalam filem antarabangsa.

Terfikir gak aku kenapa budaya dan sejarah kita orang lain pula yang tolong promotekan..mana pergi karyawan-karyawan filem kita yang hebat-hebat dan gah-gah. Kenapa keryawan-karyawan filem kita sibuk dan gairah nak buat cerita bercorakkan cinta atau komedi sahaja.

Bilalah orang kita nak tengok filem epik sejarah melayu dalam bahasa melayu dan bukannya dalam bahasa Thailand. Bukan apa tak faham sepatah haram pun, mujurlah ada senikata disediakan. Ceritanya bercampur dengan fantasi tapi berdasarkan epik sejarah. Nampak mengarut sikit tapi menarik sebab perjalanan cerita, filem effect dan lebih-lebih lagi ada silat melayu. Harap-harap selepas ini ada karyawan yang berjaya buat filem bercorak sejarah dan pertempuran dan boleh berjaya diperingkat antarabangsa macam filem-filem aksi pertarungan Thailand yang mempromosikan Tomoi manakala kung fu pula oleh karyawan-karyawan perfileman dar negara China.

psst: Terfikir gak, kita ada ke hero-hero berbakat untuk berlakon dalam filem-filem aksi pertarungan..seperti Jet Li atau Tony Jaa (Hero filem Ong Bak dan Tom Yam Goong) ??

......................................................................
......................................................................


Pada pendapat aku, setiap orang melayu perlu tahu apa itu silat, tak belajar tak mengapa tapi perlu ada pengetahuan tentang seni warisan ini. Macam orang Thai, sebut sahaja Tomoi, hampir semua masyarakatnya tahu dan belajar kemahiran tomoi, sekurang-kurangnya peringkat asas.

Bagaimana pula dengan silat, berapa kerat orang kita pernah belajar silat. Kenapa ada di kalangan orang kita yang memperlekehkan kehebatan silat melayu?. Bukankah sejarah telah membuktikan dengan silat, nenek moyang kita dapat mempertahankan tanah air dari anasir luar.

Kenapa kita sendiri kurang merasa bangga dengan silat?.
Kenapa kita kurang mempromosikan silat?.
Kenapa kita masih menganggap silat budaya kuno dan bersifat kekampungan?.

............................................................................
............................................................................

Lepas menonton DVD cerita Queen of Langkasuka...rasa boring...layan internet pulak...aku buka laman web silat dah lama gak tak buka laman web silat-silat melayu...masa student dulu rajin laa layan... saja nak tau perkembangan silat kat Malaysia sekarang. Hairan gak aku...mana taknya makin banyak lak terpapar keluar di skrin ni muka-muka asing berhidung mancung, bertubuh tinggi, bertubuh sasa dan bukan berkulit sawo matang sedang bersilat. Macam-macam skill buah pukul, kuncian, bunga silat, siap dengan permainan senjata lagi yang mereka demokan..bila dilihat dari liuk tubuh....memang aku pasti gaya persembahan yang ditunjukkan adalah dari aliran Seni Silat Melayu. Perasaan aku ketika itu bercampur-campur...macam nasi campur hehe...rasa bangga ada rasa malu pun ada. Bangga sebab silat dah berkembang sampai ke dunia Eropah dan Amarika Syarikat. Malu sebab bangsa asing mungkin dah lebih maju dari pesilat kita. Terfikir juga aku apakah penghujungnya perjalanan silat kepada orang kita?.




DUNIA TANPA SEMPADAN...

Aku tak pasti wajarkah kita mengembang dan mewariskan ilmu persilatan ini kepada spesis bangsa penjajah?.

Aku juga tak pasti, setujukan nenek moyang kita dengan tindakan ini sekiranya mereka diberi peluang untuk melihat perjalanan ilmu persilatan kini?. Adakah mereka sanggup melihat anak cucu mereka dibuli dan diolok-olokkan oleh anak cucu bangsa penjajah ini didalam dan diluar gelanggang dengan ketinggian ilmu persilatan mereka. Apa lagi yang kita ada...semuanya sudah menjadi MILIK ORANG...benarkah begitu wahai orang-orang silat?.

Tak salah kalau belajar ilmu senibeladiri bangsa asing kerana ilmu senibeladiri bangsa asing juga hebat tetapi terfikirkah kita mengapa ilmu senibeladiri mereka lahir dikalangan mereka....dan silat pula lahir dikalangan orang kita...tentu ada sebabnyakan? Tuan hamba semua fikirlah sendiri...

Warisan kita jangan dilupakan...mesti diwarisi dan diwariskan...untuk jati diri dan bekalan generasi akan datang...mungkin itu sahaja yang kita ada setelah semua adat resam mungkin ditelan dek zaman...

DALAM SILAT ADA MELAYU...DALAM MELAYU ADA SILAT...

...................................................................................
...................................................................................

Ilmu persilatan ini tidak boleh lari daripada perkara-perkara ghaib dan mistik. Didalam ilmu persilatan melayu ini terdapatnya cabang-cabang ilmu-ilmu ghaib, ilmu-ilmu kebatinan, ilmu tenaga dalam dan bermacam-macam ilmu yang menunjukan kehebatan luar biasa pengamalnya, antaranya ilmu kebal, ilmu terawangan, ilmu ringan badan atau apungan, ilmu halimunan, ilmu perubatan tradisional, ilmu tangan panas/berapi, ilmu getaran, parang terbang, ilmu pukulan jarak jauh dan banyak lagilah cabang-cabang ilmu dalam persilatan. Macam tak logik je kan bunyinya...betul ke ada ilmu-ilmu macam ini?...kira macam itulah kehebatan ilmu persilatan melayu yang aku difahamkan...dan satu lagi persoalan, ada lagi ke ilmu-ilmu macam ini kepada pengamal-pengamal ilmu persilatan sekarang?...kalau ada, boleh tak demo kat aku?.

....................................................................................
....................................................................................

Ilmu persilatan diajar bermula dari latihan fizikal iaitu penuntut diajar beladiri tangan kosong atau tempur tanpa senjata serta mengunakan senjata secara fizikal. Walaubagaimanapun untuk menjadi seorang pendekar, tingkat tertinggi sesuatu ilmu persilatan itu perlu melalui peringkat kebatinan. Semakin tinggi ilmu kebatinan yang dimiliki dan dikuasai seseorang pendekar itu maka semakin tinggi darjat kependekarannya. Terdapat dua aliran ilmu kebatinan dalam silat melayu iaitu ilmu putih dan ilmu hitam.

Apa dia ilmu putih dan ilmu hitam?, nantilah aku ceritakan kemudian sebab hari ini aku hanya hendak berkongsi tentang asal usul dan apa itu silat sahaja.

Apa itu silat?

Silat adalah satu cabang seni mempertahankan diri milik orang-orang melayu nusantara yang telah diamal semenjak dari zaman dahulu lagi.



Dari mana asal usul silat ini?

Haa...yang ini masalahnya sebab nenek moyang orang melayu dahulu tidak pernah mencatatkan, membuat catatan atau merekodkannya. Jadi tiada rekod yang boleh mengesahkan dari mana asal usul silat ini. walaubagaimanapun silat telah tersebar sejak abad ke 7 Masehi dan telah diwarisi turun temurun dari satu generasi ke satu generasi. Silat bukan sekadar seni pertarungan tetapi dan dijadikan sebagai latihan kerohanian.

Siapa yang mengajar silat?.

Pelatih silat diajar oleh jurulatih-jurulatih silat yang ditauliahkan oleh Guru Utama. Guru utama pula ialah seseorang yang mewarisi aliran sesuatu perguruan. Kebanyakan guru-guru silat menolak gelaran Mahaguru kerana perkataan Maha adalah Hak Allah dan satu lagi ialah kebanyakan guru-guru silat ini suka menyembunyikan kemahiran mereka dan sangat merendah diri, low profile kata orang putih hehe..tang ni yang aku respect kat guru-guru silat Melayu. ..diam-diam ubi berisi... . Guru Tua pula ialah gelaran yang diberi kepada pengamal ilmu persilatan senior. Guru tua ini adalah merupakan pesilat senior yang telah mengamalkan dan mengajar silat dari beberapa warisan silat yang telah hilang. Beliau juga mempunyai kemahiran yang tinggi hasil daripada latihan-latihan silat sepanjang hidupnya.

Senjata-senjata yang terdapat dalam silat?

Banyak...antaranya....

Keris,badik,kerambit,parang,pedang,lading,tumbuk lada,tekpi,tongkat,sundang
tembong, tombak dll.


Apakah keunikan silat?.

Silat ini unik, banyak dipengaruhi oleh budaya orang melayu yang penuh adab sopan, kelembutan dan kesenian. Setiap aliran silat mempunyai falsafah perguruannya yang tersendiri.

Silat nampak seperti tarian dalam lenggok dan keleknya sebab itulah ia boleh digunakan dalam majlis-majlis keramaian masyarakat melayu.

Setiap aliran silat mempunyai bunga sembah. Bunga sembah melambangkan perguruan.

Kalau nak tahu, silat mempunyai bunga dan buah. Bukan bunga dan buah daripada pokok yee...tapi bunga silat dan buah pukulan. Bunga silat ini penuh dengan tipu muslihat pengamalnya. Seni tarinya boleh membuatkan lawannya keliru.

Dalam lembut ada kerasnya... itulah silat. Bunga tari silat juga digunakan untuk menyembunyikan buah, mengacah dan juga mengumpan lawan. Selain bunga tari dan buah pukulan, silat juga terkenal dengan teknik kuncian. Terdapat 2 jenis kuncian yang biasa digunakan iaitu kuncian urat saraf dan kuncian anggota badan. Pernah tak dengar istilah kunci mati...kunci mati ini ialah kuncian pada anggota tubuh yang tidak boleh dilepaskan kecuali dengan teknik-teknik tertentu sahaja.

Sebelum stop pasal silat ni, aku nak ingatkan yang silat adalah warisan kita semua di nusantara. Kita semua berkongsi warisan ini. Tidak perlulah kita berebut tentang silat ini hak milik kepada siapa macam kes tarian pendet. Tidak kiralah samaada Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei, sama-sama mengunakan silat untuk membebaskan negara daripada ancaman penjajah. Silat telah banyak melahirkan ramai pemimpin perjuangan yang mempertaruhkan nyawa dan darah demi keamanan negara. Banyak pejuang negara mengunakan silat sebagai medium untuk menghalau penjajah dan musuh negara sebagai contohnya Mat Kilau, Datok Bahaman, Tok Gajah, Tok Janggut, Kiyai Salleh dan ramai lagi pejuang-pejuang bangsa yang berani dan terbilang yang harus kita hargai , dicontohi dan dikenang jasa mereka bukan sekadar kenangan didalam teks-teks sejarah tanah air.




: DALAM SILAT ADA MELAYU.....DALAM MELAYU ADA SILAT

Friday, November 13, 2009

Ini dia Ular Anaconda...


Lokasi tangkapan: India

Mat Rempit kena tahan Polis..


Suatu malam seorang Mat Rempit telah ditahan pihak Polis di sebuah persimpangan kerana melanggar lampu isyarat.

"Alamak!"kata Mat Rempit itu.

"Awak tak nampak ke lampu isyarat merah tadi?"kata polis itu dengan nada yang marah.

"Saya nampak lampu isyarat merah tadi encik, tapi malangnya saya tak nampak encik. Kalau saya nampak encik tadi, saya berhenti juga,"katanya seperti bersenda.

"Oh..macam itu.."

Mat Rempit itu merungut-rungut sendirian.

"Lain kali berdirilah di tempat terang sikit encik, baru orang boleh nampak..."

Polis itu terus berkata " Mari ikut saya ke balai!"





>>::Kubur Mat Rempit:>>

Pertama kali makan Pizza...??

Seorang pemuda pertama kali masuk ke Restauran Pizza Hut..dan memesan sekeping pizza.

Setelah siap, seorang pelayan telah bertanya kepada beliau. "Encik hendak potong 6 atau 12 keping?".

"Enam cukup...saya memang tak boleh habis kalau 12, nanti membazir pula" jawap pemuda itu dengan pantas.

Kelas 5 Bistari...


Seorang Guru sedang bertanyakan kepada murid-murid tahun 5 Bistari mengenai cita-cita...


Cikgu Siti: Selamat pagi murid-murid, hari ini Cikgu hendak bertanya kepada murid-murid semua tentang apa cita-cita kamu apabila dewasa kelak?. Baiklah kita mulakan dengan Samad dahulu. O.K samad boleh beritahu Cikgu dan rakan-rakan apa cita-cita kamu.

Samad:Nak jadi Doktor Cikgu.

Cikgu Siti: Bagus, kenapa nak jadi Doktor Samad?.
Samad: Sebab boleh ubatkan orang sakit Cikgu.

Cikgu Siti: Bagus, awak pula Faizal?.

Faizal: Angkasawan Cikgu. Jawab Faizal dengan muka bangganya.

Cikgu Siti: Bagus Faizal, boleh Cikgu tahu kenapa nak jadi Angkasawan?.

Faizal: Sebab boleh bekerja sambil melancong ke angkasa lepas Cikgu.

Cikgu Siti: Bagus Faizal. O.K cita-cita awak apa pula Aini?.

Aini: Guru, Cikgu...macam Cikgu Siti. Boleh ajar orang jadik pandai...

Cikgu Siti: Em..bagus..bagus..balas Cikgu Siti dengan riaksi penuh bangga. Kamu pula Khalid?.
Khalid: Saya hendak jadi ahli perniagaan Cikgu. nak kumpul duit banyak-banyak..

Cikgu Siti: Oh..ye..ke..nak jadi macam ayah awak juga ye?. Balas Cikgu Siti kepada anak murid yang juga anak kepada seorang usahawan berjaya.

Cikgu Siti: Milah...apa cita-cita awak..nak jadi orang kaya juga ke... . Gurau Cikgu Siti kepada anak muridnya.

Milah: Ya.. Cikgu, saya nak jadi orang kaya juga Cikgu. Cita-cita saya nak kerja goyang kaki dapat duit Cikgu. Jawab Milah dengan penuh keyakinan tapi teragak-agak.

Cikgu Siti: Mana ada orang kerja goyang kaki dapat duit Milah. Jawab Cikgu siti dengan perasaan pelik.

Milah: Ada Cikgu, macam ibu saya...hari-hari goyang kaki dapat duit. Pantas sahaja jawab Milah dengan rasa bangga.

Cikgu Siti: Boleh ke macam tu Milah, Ibu awak kerja apa?. Berkerut dahi Cikgu Siti kerana cuba meneka pekerjaan Ibu Milah.

Milah: Tukang jahit Cikgu, saya hendak jadi tukang jahit pakaian bila besar nanti Cikgu.

Cikgu Siti: Milah..Milah..kecil-kecil dah pandai loyar buruk..dengan cikgu ye.. . Gomel Cikgu Siti dalam hati sambil tersenyum manis lantas menganggukkan kepala tanda setuju dengan cita-cita Milah.

Nak Buat Rumah Macam Ni???

::Foto 1::
::Foto 2::
::Foto 3::
::Foto 4::
::Foto 5::

Friday, November 6, 2009

Amaran Banjir Kepada Penduduk Pantai Timur

Jabatan Meteorologi, memberi amaran kepada penduduk-penduduk pantai timur terutama Kelantan, Terengganu dan Pahang akan kemungkinan berlakunya banjir. Ini berikutan hujan yang dijangka berterusan sehingga 8 Nov 2009.

Amaran Gelombang Kedua H1N1


PUTRAJAYA: Pasukan pemantau Influenza A (H1N1) diwujudkan di setiap negeri bagi mencegah gelombang kedua wabak itu, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata pasukan berkenaan yang diterajui Bahagian Kawalan Penyakit akan memantau situasi setiap hari bagi mengesan jangkitan penyakit itu.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Hari Inovasi kementerian di sini semalam, Liow berkata jumlah kes H1N1 berkurangan dengan ketara daripada 400 hingga 500 kes sehari kepada 20 hingga 30 kes.

“Pada hari biasa kami juga akan menggerakkan sistem pemantauan ini. Maka dengan ini kita akan tahu jumlah kes selesema dan batuk yang perlu diberi perhatian serius. Kita mempunyai banyak jenis selesema. Semua ini memerlukan pemantauan, data, pengawasan. Jadi kami akan memantau perkara ini dengan teliti,” katanya. - Bernama 06Nov2009

:: Sila pastikan anda mengunakan topeng apabila berada di tempat awam ::

Tuesday, November 3, 2009

Mohd Aliff Nufail...

:: Mohd Aliff Nufail bersama Ibu di hari pertama kelahiran ::

:: Cutenyeer dia ::


Alhamdulillah bertambah seorang lagi ahli keluarga Tok Leman. Adik perempuan aku yang ke 6, Zuraidah Binti Sulaiman selamat melahirkan baby yang pertama. Tahniah juga kepada bapa Nufail, Pak Uda Saiful - Emm...dah ada patner mancing nih...Semoga dengan kehadiran orang baru akan menambahkan lagi keceriaan kamu sekeluarga~Happy Family~...Amin

Sunday, November 1, 2009

Misteri Lubuk Udang Sungai Kuantan...


Suatu petang
aku dan adikku Saiful bercadang untuk mengisi masa cuti kami dengan aktiviti memancing. Memancing memang kegemaran kami berdua. Pantang nampak lubuk, sungai mahupun laut, mesti nak
try punya.

Saiful ada mencadangkan satu lubuk yang selalu kaki pancing pergi, kawan dia kata kat situ ramai kaki pancing kerap memancing udang galah. Aku pun ikut ajelah cadangan itu kerana memandangkan kami pun masih baru di Kuantan.

Selepas membuat persiapan pancing dan umpan, kitaorang pergi ke lubuk tersebut. Isteri aku pun tak ketinggalan turut serta sama. Laluan ke situ memang agak terpencil sedikit. Ada dua tiga bangunan macam kilang dan rumah pam air milik Jabatan Air Pahang yang sepertinya kosong dan di tinggal lama. Untuk ke lubuk itu perlu melalui denai yang kecil. Dari pandangan mata memang menyeramkan maklumlah bangunan lama yang kelihatan gelap, lusuh dan penuh dengan dedaun dan rimbunan pohon yang menjalar menutupi sekitar bangunan.

Kedatangan kami waktu itu lebih kurang jam 4ptg. Sampai je kat situ aku terus cari port nak pancangkan batang pancing aku ni.Tempat memang nampak strategik. Gerenti banyak udang kat sini. Cuaca petang tu pun nampak mendung je. Layan memancing ni pun satu feeling gak. Sementara nak tunggu udang rentap mata kail aku ni, leh gak layan pemandangan air sungai, hutan yang menghijau, sambil berfantasi, kena pulak dengan cuaca yang redup dan angin yang sepoi-sepoi bahasa.Terasa nyaman sekali. Sesekali joran aku merentap-rentap, bila dinaikkan, udang tak dapat, tapi umpan yang habis. Menguji kesabaran betul...

Lepas sekor udang pun tak berjaya dinaikkan, kitaorang pun cadang tukar port yang lain pulak. Kali ni lebih kedalam sedikit dan tersembunyi di balik pohon-pohon hutan yang besar. Harap-harap dapatlah udang, sekor dua pun jadilah. Kat situ pancing Saiful lah yang banyak direntap udang. Lepas 3 jam kat situ cuaca pun semakin gelap, disertakan pula dengan hujan renyai-renyai. Tapi kita orang masih meneruskan dengan aktiviti memancing walaupun hari dah semakin gelap. Risaukan keselamatan isteri, aku menyuruh dia berteduh didalam kereta yang berada jauh dari pandangan aku. Isteri aku enggan kerana takut . Walaupun dalam suasana yang hampir gelap, isteri aku memberanikan diri untuk mengambil payung. Selepas mengambil payung dari kereta, dia kembali semula ditempat kami. Secara tiba-tiba aku, isteri dan Saiful terhidu bau colok india/cina yang amat kuat di sekeliling kami dan kemudian bau tersebut berubah kepada bau harum semerbak yang teramat sangat. Kami semua berpandangan sesama sendiri tanpa berkata apa-apa. Masing-masing sudah meremang bulu roma. Mana pulak datangnya bau colok india/cina dan bau harum dalam hutan kat tepi sungai ni?. Apatah lagi waktu remang-remang maghrib seperti ini.

Tanpa buang masa, kitaorang pun bergegas mengemaskan barang, biarpun time tu secara tiba-tiba pancing kita orang tengah ligat umpan dimakan udang. Tak peduli apa pun masa tu, terus naik kereta dan terus memecut meninggalkan lubuk itu. Dalam kereta barulah masing-masing bersuara bertanyakan bau apa yang datang secara tiba-tiba. Memang menakutkan. Adakah 'sesuatu' telah datang menyinggah menyertai kami sebentar tadi?. Peeh...memang ligat otak memikirkannya...

Beberapa hari lepas tu, aku menceritakan peristiwa itu pada seorang teman yang memang berasal dari situ. Teman aku terkejut sebab apa yang diberitahukan kepada aku, jarang kaki pancing yang berani duduk memancing di situ sampai malam. Katanya lagi lubuk yang aku pergi tu memang 'keras' tempatnya. Ramai kaki pancing telah mengalami kejadian pelik dan sering terkena 'gangguan' apabila memancing sampai lewat malam. Patutlah aku juga mengalami kejadian yang sama. Nasib baiklah kita orang terus sahaja pulang, kalau tunggu lagi kat situ tak tahulah apa yang akan terjadi. Peristiwa ini memang menjadi pengajaran buat aku sebab kalau hendak pergi ke sesuatu tempat yang baru, kenalah bertanya dahulu kepada orang2 tempatan yang lebih arif mengenai sesuatu kawasan tersebut dan bukannya main terjah je macam aku. Lubuk Udang Sungai Kuantan, telah menjadi memori mistik yang tak boleh aku lupakan...




:: Gambar kenangan di Lubuk Udang Sungai Kuantan ::
Protected by Copyscape Plagiarism Software