Wednesday, January 26, 2011

Definasi Arkeologi

~Rangka Orang Perak @ Perak man~

Hari ini TH nak berkongsi ilmulah dengan pembaca iaitu berkenaan dengan Arkeologi...kerana di artikal akan datang, TH akan bercerita sedikit berkenaan dengan tapak-tapak Arkeologi yang sempat TH lawati...so sebelum kita berbicara berkenaan dengan tapak-tapak Arkeologi, elok rasanya kita tahu definasi Arkeologi terlebih dahulu...



Apakah yang dimaksudkan dengan Arkeologi...



~Tapak Arkeologi Gua Niah~


Arkeologi adalah sebuah ilmu yang mempelajari kehidupan kebudayaan manusia dengan cara mempelajari penemuan bahan-bahan yang berasal dari zaman lampau seperti kebudayaan, binaan bangunan, peralatan masa lalu ataupun hasil kesenian lainnya.

Arkeologi, berasal dari perkataan Yunani, arkhailogia yang bermaksud discourse about ancient things iaitu perbincangan tentang benda purba atau silam .


~suasana semasa kerja-kerja ekskavasi di jalankan~


Umumnya, arkeologi merupakan satu bidang ilmiah yang mengkaji kebudayaan dan persekitaran masa lampau manusia berasaskan tinggalan budaya benda (material culture) dan eko-fak.

Selain itu, arkeologi juga berkait rapat dengan sejarah kebudayaan meterial. Arkeologi adalah ilmu yang mempelajari kebudayaan (manusia) masa lampau melalui kajian sistematis atas data bahan yang ditinggalkan.

Kajian sistematis meliputi penemuan, dokumentasi, analisis, dan interpretasi data artifak seperti seperti kapak batu dan bangunan candi dan ekofak iaitu benda lingkungan seperti batuan, rupa muka bumi, dan fosil ataupun fitur iaitu artefaktual yang tidak dapat dilepaskan dari tempatnya (situs arkeologi).

Teknik penelitian yang khas seperti teknik penggalian (ekskavasi) arkeologis ataupun survei memainkan peranan yang besar dalam bidang ini.

Sebelum melakukan penggalian, ahli arkeologi mestilah mendapatkan maklumat dan kajian awalan dari pelbagai sumber seperti perpustakaan, muzium dan sebagainya. Selepas perkara tersebut selesai barulah kerja-kerja ekskavasi boleh dijalankan di lokasi yang telah dikenalpasti.
Pada kebiasaannya kerja-kerja ekskavasi ini berjalan dalam tempoh yang agak lama.


~Tapak Pra-Sejarah Kota Tampan~


~Tapak ekskavasi Gua Niah~



Seorang ahli arkeologi perlu sentiasa bekerja dalam keadaan cermat, teliti dan sabar. Perkara ini penting bagi memelihara artifak yang baru dijumpai agar tidak rosak dan memudahkan sebarang bentuk kajian dan analisis dapat dilaksanakan kemudian.

Kajian arkeologi bukan sahaja ke atas tapak daratan untuk zaman prasejarah tetapi juga kepada kajian arkeologi bawah air iaitu yang lebih bersifat akuatik.

~Kerja-kerja ekskavasi di Tapak Arkeologi Bukit Tengkorak, Samporna, Sabah~


~Hasil kerja ekskavasi yang diperolehi di Tapak Arkeologi Bukit Tengkorak, Samporna , Sabah~


TH: Perkukuhkan jatidiri bangsa...

Tuesday, January 25, 2011

Jom kita ke Kuching, Sarawak...

~ Peta lokasi bandar Kuching, Sarawak~


Untuk artikal kali ini, kita ke Kuching, Sarawak. TH berkesempatan ke sana atas urusan kerja dan sempat jugalah snap gambar pemandangan suasana Bandaraya Kuching. Bandaraya Kuching tidaklah terlalu sibuk seperti dibandar-bandar besar yang lain walaupun ia adalah bandar yang ke4 terbesar di Malaysia. Kalau tak percaya cuba tengok gambar-gambar dibawah. Tenang sahajakan...




~1~

~2~
~3~
~4~
~5~

~Sungai Sarawak~
~kalau nak jelajah Sungai Sarawak bolehlah naik bot ini~
~Masjid Kuching, Sarawak...dibahagian kaki bukit itu terletaknya tanah perkuburan~

~Jalan Bazaar Utama~



~Bersebelahan Jalan Bazaar Utama terdapat banyak kedai-kedai kraftangan dan cenderamata...boleh rambang biji mata nak pilih barangan kraf kat sini...kalau nak beli kek lapis, dibahagian kaki lima bangunan banyak peniaga-peniaga kecil yang menjual kek lapis Sarawak yang sedap-sedap...murah je...sebuku kek harganya baru RM10 sahaja~



~Pameran lukisan wajah-wajah Sarawak oleh pelukis Darek Siu yang dipamerkan di Hotel Merdeka, Kuching~


~Ini bangunan Sarawak Craf Council~


~Bangunan Pejabat Pos Umum Sarawak yang dibina pada tahun 1931~


~TH mengabadikan diri di hadapan bangunan Pejabat Pos Umum Sarawak~


~Gerbang masuk ke Jalan Cina~


~Taman yang menghijau di tengah-tengah bandar Kuching...mendamaikan~


~Padang Merdeka...Padang Bersejarah~


~Pejabat Residen dan Daerah Kuching~


~Muzium Sarawak~


~TH dihadapan Muzium Sarawak~


~Fasad dibelakang bangunan Muzium~


~Ukiran batu terletak bersebelahan bangunan muzium~


~kat belakang tu Sungai Sarawak dan Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak~


~ini bangunan Square Tower yang terletak di Kuching Waterfront~


~Bangunan Kompleks Pelancongan Sarawak dahulunya adalah bangunan Mahkamah~


~Astana di seberang sungai~


.............


Alang-alang bila dah sampai Kuching ni apa kata kita ke seberang sungai...kita melawat kubu Margherita...lokasinya berada bersebelahan Astana (sebelah kanan dari foto Astana diatas)



~TH dihadapan Kubu Margherita~


~Kubu Margherita~

~Pintu masuk kubu Margherita, jelas menunjukan tarikh pembinaannya iaitu pada tahun 1880~


~DUM SPIRO SPERO...maksudnya...menurut kata orang muzium laa kan lebih kurang...Agi Idup Agi Gelaban laa...~


~Pemandangan dari atas kubu, nampak tak meriam-meriam tu...rasa-rasalahkan berapa ramai agaknya orang Sarawak ketika itu yang telah terkorban kena bedilan meriam ini...jika dilihat dari atas bangunan kubu ini...kedudukan kubunya memang strategik~


~Pemandangan ke arah hulu sungai~

~Pemandangan ke arah hilir sungai~


~TH dibahagian atas kubu~


~Menara peninjau kubu~


~Pemandangan dari atas kubu~

~2 buah Lokap/penjara~

~kedudukan meriam daripada dekat~


~Memorial persemadian Isteri J. Brooke Brooke...berada di bersebelahan kubu~


*************


Ini Kisah Kubu Margherita....



Kubu ini dibina oleh Rajah Charles Brooke. Kubu berkedudukan stategik ini diberi nama Margherita sempena nama isteri beliau iaitu Ranee Margaret. Kubu ini siap dibina pada tahun 1879.

Ia dibina berdasarkan dari kubu-kubu Inggeris di Zaman Perbaharuan. Ia dibina dengan dua fungsi iaitu sebagai kubu dan sebagai penghias bandar dengan rekabentuk binaan yang menarik.
Dibina dikedudukan yang strategik sebagai lokasi peninjau dan pertahanan kemaraan mengejut dari pihak musuh.

Pada tahun 1879, setelah keadaan aman, kubu ini tidak lagi berfungsi sebagai sebuah kubu pertahanan tetapi telah berfungsi sebagai sebuah penjara sehinggalah pembinaan penjara baru dibina bagi mengantikan kubu ini.

Semasa perang dunia ke 2, kubu ini berfungsi sebagai bangunan peninjau untuk sampaikan mesej kepada pengawal istana, pengawal jam besar kerajaan di seberang sungai dan akhirnya ke Pejabat Perbendaharaan melalui laungan para pengawal kubu.

Kubu ini telah mengibarkan 4 jenis bendera iaitu bendera kerajaan Brooke, bendera Jepun, bendera Union Jack dan Bendera Sarawak/Malaysia

Kini kubu ini telah diubah suai dan dijadikan sebuah Muzium Polis.

Wednesday, January 19, 2011

Seni Ikat Tengkolok...






TH tertarik dengan artikel yang disiarkan dalam Harian Metro pada selasa, 11 Januari 2011 yang memaparkan tentang Seni Ikat Tengkolok yang jarang dibicarakan oleh masyarakat melayu kini.


Justeru itu, sekalung penghargaan dan tahniah di ucapkan kepada Raja Azmatul Azfa Raja Mohamed Iskandar 64, dan bapa saudaranya, Raja Azizulkhir Raja Harun Al-Rasyid,71 kerana masih mempertahankan kemahiran warisan mengikat tengkolok ini.


Bagaimanapula dengan generasi muda kita...adakah paparan sebegini hanya tinggal sebagai paparan sahaja...harap dengan paparan yang disiarkan oleh Metro ini dapat menarik minat generasi muda untuk mempelajari kesenian persalinan melayu yang indah dan jarang dapat dipelajari kini...


Setiap lekuk dan lentuknya ikatan tengkolok akan memberi seribu makna kepada si pemakai...lambang kegagahan, lambang kehebatan, lambang kebangsawanan dan lambang kesegakan si pemakai memang tidak dapat dinafikan...itulah lambang kehebatan orang melayu yang telah ditonjolkan oleh nenek moyang kita sejak zaman dahulu lagi yang perlu dipertahankan jatidirinya...


Kini, kalau bukan untuk tujuan melangkapkan sut pakaian pengantin...ia boleh dijadikan sebagai satu sumber pendapatan sampingan dengan menjadikan ia sebagai barangan kraf sekurang-kurangnya kesenian pembuatan tengkolok yang berbagai rupa dari cara pengikatannya ini dapat dikekalkan terus untuk tatapan generasi akan datang...



TH: Tengkolok cantik berwarna-warni bagaimana pula dengan tengkolok hitam...

Congkak...


Dah lama tak buat artikal permainan tradisi...so...hari ini kita bercerita berkenaan permainan CONGKAK...

Masa kecil-kecil dulu TH memang suka main congkak...korang macam mana...tapi dulu kitaorang main congkak mudah je...peralatan congkak kitaorang dulu tak boleh beralih-alih tempat seperti sekarang...maklumlah congkak dibuat daripada tanah sahaja...senang aje nak buatnya...bila teragak nak main...korek je lubang bulat-bulat kat atas tanah, lepas tu carik biji getah ke atau batu sungai yang bulat-bulat...simpel jekan...ala masa tu masih budak-budak lagi...umur baru 8 ke 11 tahun...mandi sungai pun bogel lagi...kahkahkah




~dulu masa kecil-kecil pakai biji getah jee untuk main congkak nie~

~sekarang guna guli...beli jelah kat kedai...tak payah nak terbongkok-bongkok lagi untuk kutip biji getahkan...hehe~

********


Nak tahu tentang congkak...



Emm...Congkak ini merupakan sebuah permainan yang melibatkan dua pemain. Peralatan yang digunakan ialah papan yang mempunyai sekampung (sederetan) lima, tujuh, lapan atau sembilan rumah anak (lubang) yang disusun didalam dua deretan bersebelahan rumah ibu dikiri dan kanan papan.



Bagaimana cara nak bermain...


Caranya mudah sahaja iaitu dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak. Bermula dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu didalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan seterusnya ke kampung lawan.


Teruskan gerakan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan didalam kampung yang kosong di kawasan sendiri atau lawan. Pemain hendaklah berhenti bermain sekiranya buah itu jatuh atau habis di kampung sendiri dan pemain boleh mengambil buah-buah di kampung sebelah lawan yang bersetentangan dengannya sebagai balasan.


Kemenangan dikira apabila buah di kampungnya masih berbaki berbanding buah di kampung lawan atau turut dihitung buah yang berada di rumahnya (lubang pengumpul buah)



Peraturan Permainan (Tatacara) dalam Pertandingan Congkak



1.0 Tata


1.1 Dua orang orang peserta berhadapan.

1.2 Setiap rumah anak diisi dengan 7 butir cakak (guli).

1.3 Kedua-dua peserta jalan/menapak serentak untuk papan pertama.


1.4 Apabila tiba di rumah ibu sendiri hendaklah dimasukkan juga 1 butir cakak tetapi tidak di rumah ibu lawan.

1.5 Cakak yang terakhir masuk ke rumah isi mestilah dilepaskan genggam dahulu sebelum mengambil cakak dan kembali menapak.

1.6 Peserta mati giliran jalan/menapak ialah apabila cakak akhir masuk ke mana-mana rumah kosong. Peserta lawan pula akan mendapat giliran untuk menapak.


1.7 Tikam hanya apabila telah melalui pusingan di kampung lawan.


1.8 Setiap sentuhan cakak mestilah jalan. Hanya 5 saat sahaja masa yang diberikan.



2.0 Cara



2.1 Mulakan permainan dengan mengambil semua cakak dari mana-mana rumah anak di kampung sendiri.

2.2 Menapak dari kampung sendiri.


2.3 Masukkan cakak satu demi satu butir kedalam tiap rumah dengan mengelilingi kampung rumah papan congkak dalam keadaan tangan gengam tergadah ke atas.


2.4 Ikut giliran jalan/menapak.




3.0 Pertegahan dan Kesalahan

3.1 Tidak masukkan cakak ke dalam rumah ibu atau rumah anak.

3.2 Sentuhan cakak yang tidak berjalan/menapak.


3.3 Dikira berfikir selama 5 saat.


3.4 Cakak akhir digenggam tidak dilepaskan sebelum mengambil bawa cakak yang baru.


3.5 Masukkan cakak dimana-mana rumah anak dan ibu lebih dari 1 butir.




4.0 Penentuan Kemenangan


4.1 Pemenang dapat ditentukan apabila salah seorang pemain dapat mengumpulkan cakak terbanyak.





O.k...dah fahamkan...emm...dulu masa zaman kanak-kanak TH selalu menang permainan ini, sebabnya...hehe...kalau kita kerap bermain dengan permainan ini maka kita akan berjumpa dengan triknya...nak tahu apa triknya...hehe...kenalah lawan congkak dengan TH dulu...hehe...see TH at the next post...bye



TH: Hidupkan permainan tradisi kita...
Protected by Copyscape Plagiarism Software