Saturday, October 31, 2009

Nak Tengok Jalan Cantik?





Nak Tengok Buaya Gergasi tak...

Nampak tak boye tu...tak berkelip mata dia tengok pompuan...

nih kalau buat kenduri 40 hari 40 malam pun tak abis...

Putih gigi boye ni...boleh buat iklan ubat gigi...

Aksi terbang...

Haa..kalau berani meh laa berenang sama2 kat luar niih...

KAMI, MEREKA DAN RUMAH ITU........


Dah dua tahun peristiwa ini berlaku...tapi masih segar dalam ingatan...


Semuanya bermula apabila aku dan isteri berpindah ke Kuantan kerana mendapat tawaran kerja di Projek Lebuh Raya Pantai Timur. Kerja dengan syarikat pembinaan macam aku ni memang tak boleh lari dari berpindah randah.

Pejabat tapak berada di Cheneh, Kemaman Terengganu tetapi aku memutuskan untuk menyewa di Kuantan kerana aku ramai kenalan yang menetap disitu. Lagi pun taklah jauh sangat untuk aku berulang alik dari tempat kerja ke rumah yang memakan masa hanya 30 minit sahaja.

Kisah misteri ini mula terjadi apabila aku menyewa sebuah rumah teres setingkat di sebuah taman perumahan berdekatan dengan Bukit Goh. Pada pendapat aku rumah ini amat strategik kerana berhampiran dengan surau, taman kanak-kanak dan Tabika. Bagi aku taklah sunyi sangat bila isteri aku tinggal berseorangan semasa aku berkerja.

Peristiwa pertama yang berlaku....

Semasa keluarga iparku datang kerumah, anak buah aku Faiz yang berusia setahun kerap menangis apabila berada di dalam rumah. Kesian aku tengok budak tu, nangis sampai demam-demam. Lagi kuat nangis apabila menjelang tengah malam hingga ke awal pagi...tapi yang peliknya bila keluar rumah dia o.k pulak..tak demam pun.

Peristiwa kedua.....

Aku dan isteri kerap mendengar bunyi guli bergolek seolah-olah ada orang sedang bermain dengan guli tersebut. Semasa aku berjaga hingga lewat malam untuk menyiapkan kerja pejabat dirumah, aku juga kerap mendengar bunyi orang memasak didapur, siap dengan bunyi kuali dan sudip berlaga. Kadang-kadang dengar bunyi orang mandi dalam bilik mandi dibahagian dapur. Jelas sangat bunyi itu, tetapi apabila aku pergi menjenguk tidak pula kelihatan dan kedengaran apa-apa. Sedangkan aku yakin sangat bunyi itu datang dari bahagian dapur rumah. Bila aku buka cermin tingkap dapur, kelihatannya gelap gelita...tiada aktiviti dari rumah jiran-jiran. kadang-kadang bila mengadap komputer sorang-sorang hingga lewat malam, seringkali aku rasa seperti aku sedang diperhatikan.

Peristiwa ketiga.....

Isteri aku pernah memberitahu suatu petang, selepas keluar daripada bilik mandi, dia terlihat kelibat hitam sedang duduk di sofa ruang tamu yang kelihatan seperti Beruk hitam yang besar. waktu itu aku belum pulang dari kerja. Walaubagaimanapun aku memujuknya agar tidak fikir yang bukan-bukan..mungkin hanya mainan perasaannya saja....

Peristiwa keempat....

Aku dan isteri juga kerap mendengar suara tangisan bayi datangnya dari arah dapur dan bilik air di bilik tidur utama. suara bayi amat jelas. Yang peliknya jiran-jiran sekitar yang berhampiran memang tiada bayi kecil. Juga tiada orang yang baru bersalin.

Peristiwa kelima....

Semasa mengandung, isteriku sering bermimpi didatangi oleh kanak-kanak hitam telanjang yang memanjat serta menekan-nekan perut. Sakitnya sukar digambarkan, sehingga isteriku terjerit-jerit . Walaupun sebelum tidur isteriku sudah membaca ayat kursi, ayat 4 kul dan al fatihah 21x sebagai pendinding diri namun mimpi tersebut kerap muncul dan berulang-ulang.

Peristiwa keenam....

Selepas peristiwa tersebut, isteri aku keguguran. Selepas peristiwa keguguran, isteri aku didatangi mimpi sekali lagi. Kali ini muncul lembaga putih yang berambut panjang memberitahu bahawa dia telah mengambil bayi tersebut dan diakhiri dengan hilaian yang amat menakutkan.

Peristiwa ketujuh....

Aku membawa isteriku pulang ke kampung untuk berpantang dan berehat. Aku dan bapa mertua pergi berubat kaedah tradisional kampung dengan tujuan untuk memulihkan semangat namun cerita lain pula yang timbul. Menurut pengamal perubatan tersebut rumah yang aku duduki sebenarnya dihuni oleh 3 keluarga makhluk halus...dan setiap keluarga menduduki setiap bilik rumah tersebut dan setiap keluarga terdiri daripada ibu bapa serta anak-anak. Ini bermakna tanpa disedari, aku telah berkongsi rumah rupanya. Menurut pengamal perubatan itu, makhluk yang tinggal bersama aku adalah dari jenis jin islam atau dikenali sebagai bunian. Emm...patutlah aku baca ayat pendinding pun tak jalan...Surau pun kat depan rumah aku je...hari-hari azan dan orang mengaji...rupanya mereka ikut sama sembahyang dan mengaji...

Peristiwa kelapan....

Aku bersama bapa mertua dan dua orang ipar aku Nazrin dan Mat Nor telah bergerak kembali ke kuantan. Ada misi masa tu....misi kami ialah membuat pendinding ghaib untuk rumah tersebut. Kami bertolak awal pagi kerana kami perlu pulang sebelum senja menjelma. menurut pengamal perubatan tersebut sekiranya kami tidak dapat menyelesaikan tugasan ini maka makhluk halus tersebut akan dapat masuk kembali kedalam rumah. Nak tahu bahan-bahan yang digunakan untuk membuat pagar ghaib ini?. Antaranya ialah paku, garam, bertih padi, batang kelo, surah Yassin dan sedikit amalan ayat Quran dan doa-doa tertentu yang telah diajarkan. Ketika hendak pulang, kami terlihat kesan cakaran jari budak dicermin kereta wira aku yang dah lama tak guna dan berdebu. Yelah asyik pakai kereta projek je...sempat gak aku ambil gambar kesan cakaran itu.

Peristiwa kesembilan...


Seminggu kemudian aku pulang ke Kuantan bersama adikku Saiful kerana cuti ku telah habis dan kebetulan Saiful ingin mencari kerja di Kuantan pula. Isteriku pula masih tinggal di kampung buat sementara waktu. Kira-kira jam 12.30 malam aku masuk tidur kerana mengantuk dan keletihan. Saiful pula tidur di atas sofa diruang tamu. Tiba-tiba dalam jam 2 pagi aku terjaga dari tidur kerana terdengar satu dentuman yang kuat diikuti oleh bunyi gegaran dan goncangan pintu besi di bahagian dapur. Lama juga bunyi itu kedengaran...aku buat tak tahu sahaja...sebab aku tahu benda tu mesti marah sebab tak dapat masuk dalam rumah.

Peristiwa kesepuluh...


Malam esoknya...tiba-tiba aku tersedar lagi dari tidur apabila terdengar lagi bunyi yang sama tapi kali ini lebih awal sedikit kira-kira dalam pukul 1 lebih. Meremang gak bulu roma aku, tapi bila difikirkan benda tu kat luar...ahhh lantaklahh pergi main jauh-jauh SETANN...


Peristiwa kesebelas...

Beberapa bulan telah berlalu... Aktiviti kehidupan kami dirumah itu berjalan seperti biasa. Tiada apa2 yang pelik lagi berlaku. Sehinggalah pada suatu subuh apabila saiful yang bangun awal pagi untuk ketempat kerja telah melihat "aku" duduk disofa dalam gelap dengan memakai jubah putih. Apabila ditegur "aku" bangun lalu berjalan dan hilang menembusi dinding bilik. Emm...bila pulak aku belajar ilmu tembus dinding agaknya ye...

Peristiwa kedua belas...

Aku dan isteri pulang ke kampung untuk bercuti. Saiful tidak ikut bersama kerana berkerja. Saiful menceritakan...malam, semasa tinggal keseorangan dia sering mendengar dengan jelas bunyi orang mandi di dalam bilik air dapur yang bersebelahan dengan biliknya. Bila di jenggah bunyi itu hilang dan bilik air kelihatan seperti biasa dan kering. Pernah satu malam di terjaga dari tidur kerana terdengar bunyi bising suara budak-budak bermain. Walaubagaimanapun apabila dia keluar, keadaan senyap sunyi dan gelap gelita.

Peristiwa ketiga belas...

Dua bulan selepas peristiwa kedua belas itu, isteri aku mula tidak dapat tidur malam. Selama tiga hari berturut-turut dia tidak boleh lelapkan mata. Setiap kali hendak lelapkan mata dia akan melihat budak-budak dalam 5 orang menarik tangan untuk ajak bermain di taman. Kadang-kadang kelihatan di kelilingi oleh lelaki berkopiah putih yang berdiri berhampiran katil. atas nasihat kawan aku Mat Kassim aku pergi berjumpa seorang pengamal perubatan Tradisional tempatan berhampiran rumah aku. Menurut Pak Cik tersebut pagar ghaib yang dibuat dulu telah boleh dimasuki semula oleh Makhluk itu. Jadi Pak Cik tu mencadangkan untuk membuat pagar Ghaib mengantikan pagar ghaib yang lama. Emm...macam tak nak percaya pun tak boleh juga...ikut aja lah mana yang terbaikkan...tapi tak sempat nak buat pun aku dah angkat barang pindah dari rumah tu...selamat tinggal housemate...

Peristiwa keempatbelas...

Aku bersama isteri ke Balok untuk berjumpa dengan tuan rumah bagi menyerahkan kunci. Emm...peliknya tuan punya rumah sendiri menyewa rumah orang...dan mereka meninggalkan satu soalan yang penuh mengandungi makna yang tersurat...."RUMAH TU O.K TAK ?. TAK BERLAKU APA-APA KE..?." Aku malas nak jawap dan cerita panjang cukuplah dengan apa yang telah berlaku dan aku rasa mereka tahu akan jawapannya. Aku percaya hanya Allah yang Maha Mengetahui atas setiap kejadian yang berlaku.....

Wallahualam....

:: Kenangan bersama keluarga semasa baru berpindah ke kuantan dan berlatar belakangkan Rumah Misteri ::

............................

Sekian

Thursday, October 29, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU...

Adik & kakak Ipar yang sebaya :)

Adik & Bonda....

Bersama sebahagian daripada family....

Manizah dan Suami bersanding dipelamin di lengkapi
pakaian Tradisi Orang Melaka - Sanggul Lintang

Kahwin serentak ni...Jimat sikit belanja...
meriah pun meriah...tak percaya cuba tengok muka pengantin tu...senyum je...

Selamat Pengantin Baru buat dua orang adikku, Saifulanuar & Latifah, Maniza & Fairuz yang berlangsung pada 11.10.2009 di Melaka. Semoga perkahwinan mereka berkekalan hingga akhir hayat..

Selamat Hari Raya dari Keluarga Yang Berbahagia En. Mohamad Yasin


Ini adalah sebahagian daripada keluarga Mertua aku semasa hari raya yang lalu..gambar ini diambil di rumah Mertua aku, semasa kita orang tengah tunggu adik beradik yang lain...belum sampai-sampai...ada yang belum balik dari melawat kubur...maklum le hari rayakan...selepas ini kita orang nak pergi jalan raya...Nak ikut tak...

Tuesday, October 13, 2009

Keluarga Yang Berbahagia En. Sulaiman Bin Hj Omar


Ini adalah sebahagian daripada keluarga Yang Berbahagia En. Sulaiman Bin Hj Omar yang diambil pada Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini. Yang tiada dalam gambar ini ialah tukang ambil gambar ini dan yang sedang beraya kat rumah Mak Mertua...Oppss lupa lak ada sorang lagi kat dalam kereta sedang nyenyak tidur...

Gambar Perkahwinan Aku...



Ini adalah gambar perkahwinan aku yang berlangsung pada 26 Disember 2003.

Orang Minyak??

Aku masih ingat lagi waktu di tingkatan dua, kira-kira dalam tahun 1987 dulu...waktu itu hebohlah cerita orang menceroboh masuk rumah untuk mencuri wang atau barang-barang kemas. Hampir setiap minggu ada sahaja cerita orang menceroboh masuk rumah orang, sama ada dari kampung-kampung sebelah ataupun dari kampung sendiri.

Jadi orang-orang kampung telah mengambil kata sepakat untuk bersama-sama mewujudkan kumpulan peronda pada waktu malam dengan kerja sama pihak polis. Aku di fahamkan kampung-kampung sebelah pun dah ada pasukan peronda malam masing-masing...dah macam zaman darurat pula aku rasa pada masa itu. Aku sudah tentulah ikut meronda sekali. Kumpulan aku ketika itu terdiri daripada empat orang. seronokjuga rasanya meronda malam-malam ni...suasananya tenang je...tak rasa takut pun ...ye lah bukannya meronda seorang diri. Rasa seronok sahaja, rasa macam hero pulak hehe...sepanjang masa aku meronda tiada pula apa-apa yang berlaku.

Cerita misterinya bermula ketika aku tidak meronda malam. Sedang asyik dibuai mimpi, tiba-tiba aku terjaga apabila terganggu oleh bunyi suara riuh rendah di kawasan bendang yang tidak jauh dihadapan rumah. Aku buka cermin tingkap bilik untuk melihat apa yang sedang berlaku. Dari jauh aku lihat ramai orang kelihatannya seperti sedang mengepung sesuatu dalam satu bentuk bulatan. Kemudian bergerak dalam bulatan yang besar ke satu bulatan yang kecil. Aku dengar salakan anjing dan kelihatan lampu kereta peronda polis. Juga kelihatan beberapa kereta membuka lampu spot light untuk menyuluh kearah sawah tersebut. Suasana amat riuh sekali.

Ada yang berteriak "kepung-kepung", ada yang berteriak "kat sana tu", "jangan kasi lepas, cari sampai dapat" dan macam-macam suara orang-orang kampung yang menjerit memberi arahan.

Rasa mengantuk yang amat sangat membuat aku memutuskan untuk tidak keluar dari rumah dan hanya melihat dari jauh sahaja. sedang aku leka melihat suasana diluar rumah yang hiruk pikok itu, tibe-tiba kelihatan kelibat hitam seseorang berjalan dihadapan rumah aku yang datangnya dari arah dapur menuju ke hadapan bilik aku. Aku hanya melihat sahaja kalibat hitam itu berjalan sehingga melintas betul-betul dihadapan aku yang sedang berada disebalik tingkap kaca. Apa yang aku perasan, kelibat hitam ini memang berwarna hitam pekat. Wajahnya aku tidak nampak dengan jelas kerana gelap. Bentuk badannya sama dengan manusia biasa. Aku yakin makhluk itu memang manusia. Cuma berbadan hitam dan kelihatannya seperti berminyak. Satu lagi yang aku perasan ketika itu ialah makhluk itu memakai seluar dalam sahaja tanpa baju. Dengan selamba sahaja berjalan terus kearah rumah jiran sebelah dan hilang disebalik kegelapan malam, tanpa menyedari aku yang sedang memerhatikannya dari dalam bilik yang gelap disebalik cermin tingkap.

Sehingga ke hari ini aku masih tidak mengetahui makhluk apakah itu.
Makhluk yang dikepung oleh orang kampung lari bersembunyi ke dalam bendang.
Makhluk yang tidak dapat dikesan oleh anjing pengesan Polis.
Makhluk yang boleh terlepas dengan mudah dari kepungan orang kampung dan pihak polis.
Makhluk yang bertubuh seperti manusia, yang kelihatan hitam seperti berminyak seluruh badan dan hanya berseluar dalam.

Sehingga kini aku tidak pernah bertanya atau menceritakan kepada orang kampung tentang makhluk hitam tersebut?. Rasanya orang-orang kampung aku tidak mengetahui tentang kewujudan makhluk hitam tersebut adalah makhluk yang paling dikehendaki ketika itu.

Adakah makhluk inilah yang heboh diperkatakan oleh orang kampung selama ini. Manusia yang boleh menceroboh masuk rumah orang kampung dengan mudah dengan hanya sekadar melalui satu lubang angin sahaja.

Mungkinkah Makhluk ini dari spesis Orang minyak tetapi tidak memperkosa gadis-gadis seperti dalam filem Allahyarham Seniman Agong kita, P. Ramli dalam Filem Sumpah Orang Minyak. Orang minyak ini hanya menceroboh masuk rumah orang untuk mencuri wang dan barang-barang kemas orang kampung sahaja. Mungkin sumpahan orang minyak zaman moden ini berlandaskan material pula agaknya. Perlu kumpul barang kemas atau duit sebanyak 40 dulang bagi memenuhi syarat menuntut ilmu Orang Minyak atau Orang Minyak banyak hutang...hehe
Wallahualam....

Tuesday, October 6, 2009

Selamat Hari Jadi Wali.....



Selamat Hari Jadi untuk Wali yang ke 2 tahun, jangan nakal-nakal.....

Selamat Pengantin Baru......

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada adik sepupuku Zaimah binti Mahmud dan Suami yang berlangsung pada 26 September 2009. Semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke anak cucu....

Ganyang Malaysia.....

Apa nak jadi dengan jiran kita ni…..apa yang tidak puas hati lagi ni….sampai nak ajak berperang pulak….tak tau pulak kita ada negara yang sanggup berperang demi budaya….budaya yang sama asal usulnya pulak tu….budaya awak budaya kita juga….bukan ke hampir semua daripada kita dari asal usul yang sama, sama nenek moyang….kalau tak macamana warna kulit kita sama…kami tahu bahasa kalian…kalian pun tahu bahasa kami…jangan sampai kalian menuntut hak pengunaan makan dengan tangan dan makan nasi....jangan suruh kami makan pakai tangan kiri pulak….jangan jadikan makanan ruji kami adalah daging panggang, spegetti dan humburger pulak...pelikkan kalian ini...apa dia, nak Ganyang Malaysia, Minta maaf laa..dengan buluh runcing tu rasanya kalianlah yang akan diganyang nanti. Ingat negara kalian dalam kesusahan sekarang. Kami tidak pernah berkira akan setiap bantuan yang dihulurkan. Kami juga tidak pernah meminta sebarang balasan, asal kalian sudi mengucapkan terima kasih kepada kami, atau cukup hanya sekadar sebuah senyuman ikhlas daripada kalian. Itu sudah cukup memadai. Kalian lupa saudara-saudara kalian disini, yang menumpang teduh dirumah-rumah kami....meminta sesuap nasi untuk mencari rezaki yang halal setiap hari dan memberi makan banyak mulut-mulut celupar kalian disana....adakah kami kisah...ya, memang kami kisah, sebab kalian adalah sebahagian daripada kami.

Wahai Saudaraku kembalilah kepada sejarah silam kamu, kisah tok kadok zaman dulu-dulu. Jangan cepat melatah saudaraku. Lupakah wahai saudaraku akan asal usul kita yang lahir dari rumpun yang sama. Kalau kalian tidak tahu…atau jahil…saudaramu disini boleh membantu. Saudaramu disini juga boleh menokok tambahkan mana-mana yang kurang berilmu dikalangan kalian…biar terbuka sikit mata dan minda….jangan asyik jadi bahan tungangan orang lain akibat kebodohan sendiri.

Tahukah kalian bahawa akan asal usul rumpun bangsa melayu?. Sejarah telah membuktikan bahawa rumpun melayu berasal dari kelompok Austronesia dimana berasal daripada kolompok manusia dari daerah Yunan di negara China yang kemudian dan berhijrah beramai-ramai dalam bebarapa kelompok dan kemudiannya bergerak menduduki dan menetap di wilayah-wilayah Asia Tenggara.

Pernahkah kalian tahu akan maknanya perkataan Melayu-Proto dan Melayu-Deutro ?. Penghijrahan Melayu-Proto ini berlaku kira-kira 2,500 tahun sebelum Masihi lagi. Kemudian kira-kira 1,500 tahun sebelum Masihi, belaku pula penghijrahan kedua iaitu penghijrahan Melayu-Deutro. Melayu-Deutro ini kalau kalian hendak tahu, mereka mendiami daerah-daerah yang subur di pinggir-pinggir pantai dan tanah lembah Asia Tenggara.

Penghijrahan Melayu-Deutro ini telah menyebabkan Melayu-Proto berpindah ke bahagian-bahagian pendalaman. Siapakah Melayu-Proto ini?. Melayu-Proto ialah masyarakat Jakun, Mahmeri, Jahut, Temuan, Biduanda dan beberapa kelompok kecil lagi. Tahukah anda jsiapakah pula Melayu-Deutro?. Mereka adalah nenek moyang masyarakat melayu yang ada pada masa ini.

Tahukah kalian asal usul Bahasa Melayu. Bahasa Melayu berasal dari rumpun bahasa Austronesia iaitu dari keluarga bahasa Austris. Selain itu dari rumpun bahasa Austro-Asia dan rumpun Tibet-China. Rumpun bahasa Austranesia ini terbahagi kepada beberapa kelompok kecil. Terdapat empat kelompok semuanya iaitu kelompok bahasa kepulauan melayu atau bahasa nusantara iaitu Melayu, Aceh, Jawa, Sunda, Dayak, Tagalog, Solo, Roto, Sika dan lain-lain. Kelompok bahasa Polynesia iaitu Hawaii, Tonga, Maori dan Haiti. Kelompok Malanesia pula ialah Kepulauan Fiji, Irian dan Caledonia. Manakala bahasa Micronesia pula ialah kepulauan Marianna, Marshall, Carolina dan Gilbert.

Jika kalian renung dari sejarah bangsa serumpun melayu ini kita dapati ia adalah saling kait mengait. Contoh yang paling dekat adalah penghijrahan semasa zaman kesultanan Melayu Melaka, sebelum disusuli zaman penjajahan sehingga ke era kemerdekaan negara kami ini yang telah menyebabkan penghijrahan belaku samada ke Indonesia, Malaysia atau Singapura.

Rentetan daripada peristiwa-peristiwa inilah sepatutnya kalian insaf akan betapa sebagai negara individu, setiap negara tidak akan mampu untuk menghadapi cabaran globalisasi yang semakin pantas . Oleh itu sama-samalah kita mencari jalan kearah penyatuan komuniti terutamanya dari negara-negara yang serumpun. Sebagai negara serumpun dan seagama pula kita sepatutnya boleh bersatu, maju dan kuat. Jika di himpunkan rumpun sebangsa seagama dari Malaysia, Indonesia dan Singapura memang tidak syak lagi musuh Islam diluar sana merasa gerun kerana bilangan muslim dan muslimin kita adalah antara yang terbesar di dunia. Tidak terfikirkah kalian bahawa dengan kekuatan ini boleh memonopoli pasaran ekonomi yang cukup besar dan mantap. Tidak terfikirkah kalian akan musuh-musuh islam yang cemburu akan kejayaan yang bakal dicapai kiranya kita bersatu.

Hilang akalkah kalian untuk kita berbunuhan sasama sendiri. Lupakah kalian kita ini serumpun dan seagama dari satu keturunan. Lupakah kalian asal usul Masyarakat Jawa di Johor, keturunan minangkabau, keturunan kerinci, keturunan Banjar, keturunan Boyan, keturunan Mandailing dan macam-macam keturunan dari pelbagai suku kaum rumpun kita yang berada di Malaysia sekarang semuanya berasal dari mana....fikir-fikirkanlah.....bersama-samalah kita muhasabah diri dan kembali kepada Al Quran dan Hadis yang menjadi pegangan kita selama ini.

Jangan disebabkan kisah tarian, kisah kain batik, kisah lagu rakyat, kisah nasi lemak dan nasi padang serta Bakso yang remeh temeh ini, telah menyebabkan kita bersengketaan sesama sendiri sehingga timbul rasa ketidakpuasan di hati dan rasa amarah yang teramat sangat, sehingga membakar diri kita semua. Fikirkanlah siapa yang akan untung dan siapa pula yang akan rugi dalam cerita kita yang serumpun dan seagama ini.


Monday, October 5, 2009

Jangan Sedih- Sedih di Pagi Raya....

Jangan sedih-sedih di pagi raya....hiburkan hati dari duka dan lara.....mari berkunjung ke rumah sanak saudara....bermaaf-maafan amalan kita.....silalah menjamu juadah yang ada.....ketupat rendang sudah tersedia....setelah kenyang menjamu selera...apa kata kita tonton UPIN DAN IPIN pula....agar terubat jiwa yang lara....hehe... terima kasih kepada penerbit & krew upin dan ipin ....SELAMAT HARI RAYA UNTUK ANDA SEMUA......

Ketupat Lembu....

Haa...korang pernah tengok tak ketupat lembu...raya baru-baru ni aku dah jumpa dengan ketupat lembu....cuba korang tengok gambar kat bawah ni.....haa...ini laa ketupat lembu...sebijik macam lembukan...ketupat lembu ni dibuat oleh ibu kepada kakak ipar aku...nak belajar tak macamana nak buat ketupat lembu ni....emm...biar aku belajar buat ketupat lembu ni dulu ....nanti boleh le korang belajar buat ketupat ni gan aku pulak...free jee...tak bayar pengeras pun hehe...apa-apa pun inilah warisan yang kita patut ambil dan belajar untuk generasi akan datang agar tidak pupus dek zaman....
Protected by Copyscape Plagiarism Software