Monday, April 26, 2010

Majlis Makan Malam Keluarga Pok Noh...

Yang berkopiah putih tulah jiran sebelah rumah aku Pok Noh (Muhammad Nor) bersama isterinya...katanya Allah ada beri lebih rezeki sikit bulan ni...tu yang belanja jiran-jiran makan.
~1~


Inilah jiran-jiran aku...semuanya baik-baik belaka...Pok Noh menjemput kesemua jiran-jirannya...hehe...semua jiran-jiran???...ala...kat area rumah aku ni cuma ada 4 keluarga melayu jee termasuk keluarga Pok Poh nii...yang lain semuanya keluarga dari keturunan tionghua...
~2~

Yang berbaju coklat tu keluarga Abang Adnan bersama isteri Kak Liza. Disebelah kanan pula keluarga Abang Zul dan isterinya juga sama namanya, Kak Liza.
~3~

Emm...sambil makan sambil bersembang-sembang...merapatkan lagi kemesraan dan perhubungan silatulrahim sesama jiran...
~4~

Orang gumah bergambar kenangan bersama Kak Lini dan anak perempuannya...
~5~

Kak Ros, isteri Pok Noh sibuk melayan karenah si Nurul...
~6~

Keluarga bahagia...Kak Lini dan suami, Cikgu Zaki...
~7~

Terima kasih banyak-banyak kami ucapkan kepada keluarga Pok Noh kerana sudi menjemput kami ke Majlis Makan Malam di Restauran Bangkok, Kemaman...Semoga Allah melimpahkan ruahkan rezeki lagi kepada keluarga Pok Noh...Amin
~8~

Saturday, April 24, 2010

Gelama Pantai Puteri...

~1~
Petang-petang macam ni kalau memancing di Pantai Puteri memang best...kalau nak rasa gelama Tanjong meh le datang sini...kalau bernasib baik boleh rasa parinya sekali...

~2~
Aktiviti riadah seperti ini memang sesuai dilakukan bersama ahli keluarga...


~3~
Cuba lihat aksi Si Wali ni...kecik-kecik dah tunjukkan minat memancing...Steady jee...tak berat ke joran tu Wali...
Tengok kat jari dia tu...peace hehe...kira best lah tu...
Emm..umur berapa...??? 2.5 tahun...

~4~
Ini partner aku kalau mancing kat kampung...Abang Lang (Azhar)

~5~
Umpan gelama yang biasa digunakan di sini ialah umpun-umpun. Umpun-umpun kat sini ada beberapa jenis. Ada umpun-umpun sarung, umpun-umpun pasir dan umpun-umpun merah (nipah).
Gambar diatas...Pak Mentua aku (Mohd Yassin) sedang menunjukkan skill mengeluarkan umpun-umpun sarung dari sarungnya...kat sini harga sebungkus (beg plastik kuning) umpun-umpun sarung ialah RM5...adalah dalam 10 ekor...

~6~
Tangkapan pertama pembuka tirai oleh Pak Mentua Aku...Tapak Sulaiman...

~7~
Abang Lang dengan tangkapan gelama pertamanya...ikan dah telan mata kail ke...susah nau nak kuaukan...hehe

~8~
Rezeki...bila hari dah mula gelap...

~9~
Haa...barulah gelama datang menjelma ye pak...

~10~
Inilah yang dikatakan gelama makan malam...hehe

~11~
Sekor lagi...

~12~
Pemandangan waktu senja di Pantai Puteri

~13~
Kat sana nun...pelabuhan Petronas...


Misteri Rumah Atuk...3


Sambungan dari MRA...2

Aku masih ingat lagi peristiwa adik aku, Yanti dirasuk penunggu pokok besar berhampiran rumah atuk...ketika itu aku dalam darjah 2.

Ceritanya begini...

Pada suatu petang, kami sekeluarga telah menziarahi rumah moyang (arwah) yang berada tidak jauh dari rumah atuk. Seronok benar kami di rumah moyang sehingga tidak sedar senja mengamit tiba. Ayah memutuskan untuk pulang dengan melalui jalan pintas sahaja kerana jika berjalan kaki mengikut jalan raya jauh sedikit. Untuk melalui jalan pintas ini kami terpaksa melalui anak sungai tempat selalu aku mandi dan menangkap anak-anak ikan. Kemudian kami akan melalui denai bersebelahan sebatang pokok besar yang aku tidak diketahui jenis pokoknya. Aku pernah dilarang oleh nenek untuk melalui denai bersebelahan pokok besar tersebut ketika waktu senja dan malam. Katanya tempat tersebut tak elok. Tak elok macamana tak tahu pula aku.

Ketika melalui denai, keadaan sekeliling telah semakin gelap. Kami lalui denai itu dengan penuh hati-hati takut tersandung akar dan mungkin boleh menyebabkan terjatuh ke dalam kolam ikan yang berada betul-betul bersebelahan dengan denai. Takut gak ketika itu, kalau aku disuruh berjalan seorang diri...mampus aku tak mahu...nasib baiklah ada mak dan ayah. Adik aku, Yanti ketika itu baru berusia 5 tahun telah didukung oleh ayah. Bunyi katak kuang bersahut-sahutan dari celah-celah rumput ditepi kolam. Kuat bunyi katak kuang tadi tiba-tiba terhenti apabila kami melalui betul-betul bersebelahan dengan pokok besar. Sunyi...terasa tiba-tiba...aku lihat mak dan ayah melajukan langkah perjalanan. Aku yang dipimpin oleh emak terpaksa memanjangkan langkah.

Ketika sampai di rumah atuk, suasana sekitar telah gelap. Lega hati aku bila telah berada di depan rumah atuk. Setelah memberi salam kami masuk ke dalam rumah. Aku dengar suara nenek menegur ayah di dapur kerana membawa kami balik melalui denai pada waktu maghrib . Aku ke dapur mencari air...dahaga. Tiba-tiba aku terdengar suara ibu menjerit memangil ayah dan nenek dari ruang tamu. Kelam-kabut ayah dan nenek menuju ke ruang tamu. Aku juga turut berlari ke sana untuk mengetahui apa yang telah berlaku.

Setelah tiba diruang tamu aku lihat adik aku, Yanti sedang mengerang dan mengeliat. Mata hitamnya naik keatas yang kelihatan hanya mata putih sahaja. Mulutnya berbuih-buih. Seram sejuk apabila melihat keadaan adik aku ketika itu. Kelam-kabut nenek ambil gelas berisi air dan mulutnya kumat-kamit membaca sesuatu. Kemudian disapunya ke muka adik. Tetapi keadaan adik tetap tidak berubah malah makin kuat dia meracau. Suaranya garau tapi tak jelas butir percakapannya. Aku dengar nenek menyuruh ayah pergi memanggil atuk yang ketika itu sedang berjemaah di Masjid. Setelah ayah dan atuk sampai, tidak berlengah lagi atuk cepat-cepat berusaha mengubatkan adik. Bagaimana atuk ubatkan adik, tidak aku ketahui kerana ketika itu aku sedang duduk jauh di sudut ruang tamu bersama emak. Beberapa minit kemudian suara erangan adik aku,Yanti tidak kedengaran lagi. "Biarkan dia tidur..." kedengaran suara atuk memecah kesunyian. "Itulah, aku dah kata jangan lalu kat pokok besar tu...senja-senja...kan dah kena...", kedengaran suara nenek memarahi ayah.

Aku bertanya kepada emak, apa yang telah belaku pada adik. " Adik mungkin kena sampuk penunggu pokok besar tadi...", ringkas sahaja jawapan emak kepada aku. Sejauh mana kebenarannya...Wallahualam...

Dataran 1 Malaysia, Klebang, Melaka

~1~
Mercu Tanda Dataran 1 Malaysia di Pantai Klebang Baru...

~2~

~3~
Pantai Klebang Baru...selepas siap di tambak...Amaran!!!...kat sini tak boleh mandi ye...lautnya dalam...


~4~
Masih belum terdapat sebarang bangunan
di atas kawasan laut yang ditambak...nama baru tempat ini aku tak pasti...

~5~
Inilah sempadan pantai lama klebang...sebelah kiri lokasi pantai lama dan yang di sebelah kanan adalah lokasi pantai baru klebang setelah kerja tambak laut selesai...




~6~
Papan tanda pantai Klebang dalam kenangan....

Mekah Kini...















































































Saturday, April 17, 2010

Pari Burung Perairan Pantai Hailam, Tg. Kling



Pemancing: Iwan

Lokasi: Perairan Pantai Hailam, Tanjong Kling

Kaedah Pancingan: Dasar dengan mengunakan perahu

Umpan:Ikan Peda/Kembung

Masa:Petang


TH: Senyum jee..Pari tukan...

Design Motor+Car=Motorcar

~1~

~2~


~3~

~4~

~5~

~6~

TH: Agak-agak berapa harga motor+car nie ye...
Protected by Copyscape Plagiarism Software