Saturday, December 28, 2013

Memori 2012 - Majlis Aqiqah dan Cukur Jambul Adam 25 Jun 2011

                         Muhammad Adam Darwish semasa umur 3 Bulan

                          Acara memilih dan membeli  kambing AQiQah

                                       Kita timbang dulu...

                                         timbang seekor lagi ye...

                                            Buai Adam ...simple jee...

                                Adam sedang nyenyak tidur..zzzzZZ

              Antara tetamu yang hadir...terima kasih kerana sudi hadir ye...

                                          Acara cukur jambul

                     Adam tidur lagi....tak sedar rambut kena gunting tu...

                          Gunting sorang sikit ye mak cik- mak cik...

                              Jangan sampai terkerat jari lak...hihi

                    TH, Isteri dan Adam posing lepas selesai cukur jambul...

            Bacaan doa...mudahan Adam berjaya di Dunia dan di Akhirat dan
                                     menjadi anak yang soleh...Aminnn

                                     Amin...Amin Ya Rabbal Alamin.....

      Selepas bacaan doa berakhir...acara seterusnya...acara makanlah apa lagi...

                                             Jemput makan...

Adam baru bangun dari tidur...ada satu acara lagilah Adam...acara apa tuuu...

                         Hahaha...acara botakkan rambut Adam...hihihi

                                Comey tak saya...lepas dibotakkan...


Pengertian Aqiqah 

Segi bahasa

Aqiqah menurut bahasa ertinya “rambut yang tumbuh di atas kepala bayi yang dibawanya waktu lahir.” Demikian pendapat ‘Ubaid, Ashmu’i dan Zamakhsyari.

Antara definisi lain

Aqiqah menurut bahasa ertinya `memotong’ . Pada asalnya ialah rambut yang terdapat pada kepala bayi ketika bayi tersebut keluar dari rahim ibunya, rambut itu dinamakan dengan aqiqah kerana ianya harus dipotong (dicukur).
Menurut Istilah pula aqiqah ialah Haiwan yang disembelih kerana bayi atau untuk bayi yang dilahirkan. Dinamakan sembelihan itu dengan aqiqah adalah kerana haiwan tersebut disembelih pada hari mencukur rambut kepala bayi itu.

Menurut istilah hukum syara’, aqiqah ialah “penyembelihan haiwan tertentu untuk kepentingan anak, disamping mencukur atau memotong rambutnya dan diberi nama untuk anak itu.”



Aqiqah dalam pengertian syara` ialah binatang ternakan yang berkaki empat (bahimatul an`am) yang disembelih ketika hendak mencukur rambut kepala anak yang baru dilahirkan, sama ada disembelih pada hari ketujuh atau selepasnya.
Dalam bahasa Arab, kata bahimatul an’aam (binatang ternakan) adalah termasuk unta, lembu, kerbau,biri-biri,kibas dan kambing, bukan yang lain. [Al Jabari, 1994]
 

Hukum Aqiqah
Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib. Anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi). Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)
 
Waktu Aqiqah
Aqiqah itu sunat dilakukan sebaik sahaja anak dilahirkan dan berterusan sehinggalah anak itu baligh. Ini adalah pendapat yang paling rajih. Apabila anak itu sudah baligh, gugurlah hukum sunat itu daripada walinya dan ketika itu hukum sunat berpindah ke atas anak itu sendiri dalam melakukan aqiqah untuk dirinya sendiri.
Walaupun waktu yang disunatkan untuk beraqiqah itu panjang, tetapi yang afdhal hendaklah dilakukan pada hari ketujuh daripada hari kelahirannya. Sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya maksudnya :
“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mengaqiqahkan Hasan dan Husain pada hari ketujuh, memberikan kedua-duanya nama dan Baginda menyuruh supaya menghilangkan daripada keduanya kesakitan kepala (mencukur rambut kepala).”
(Hadis riwayat al-Hakim)
 
Syarat sah aqiqah ialah:
  1. Berniat aqiqah ketika menyembelih.
  2. Binatang ternakan berkaki empat iaitu kambing, biri-biri, kibas, lembu, kerbau dan unta.
  3. Memenuhi syarat-syarat sembelihan.
  4. Tidak terdapat kecacatan pada binatang tersebut
  5. Disembelih pada waktunya iaitu hari ketujuh selepas kelahiran @ bila-bila masa sebelum anak tersebut baligh
  6. Binatang yang hendak disembelih sudah cukup umur.
Binatang yang sudah cukup umur untuk dijadikan Qurban adalah seperti berikut:
  1. Biri-biri ; 1 tahun atau lebih
  2. Kambing ; 2 tahun atau lebih
  3. Lembu/kerbau ; 2 tahun atau lebih
  4. Unta ; 5 tahun atau lebih
Sunat-sunat Aqiqah ialah:
  1. Dilakukan pada hari ke tujuh kelahiran
  2. Menyembelih ketika matahari sedang naik (pagi)
  3. Mencukur rambut bayi selepas penyembelihan
  4. Memberi nama yang baik kepada bayi
  5. Berdoa ketika hendak menyembelih
  6. Daging dimasak manis.
  7. Tidak mematahkan sendi tulang binatang tersebut ketika dimasak.
Hikmah Aqiqah
  1. Tanda kesyukuran diberikan kekuatan oleh Allah s.w.t. untuk menjalankan syariat Islam dan dianugerahkan anak
  2. Menggalakkan amalan sedekah.
  3. melepaskan penghalang pada bayi dalam memberi syafaat kepada orang tua mereka
  4. Sebagai mengikuti sunnah Rasulullah.
  5. Mengukuhkan semangat persaudaraan dalam masyarakat.
  6. Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak dalam diri.
  7. Memulakan kehidupan seorang bayi dengan amalan yang baik
  8. membiasakan berkorban bagi orang tua

No comments:

Post a Comment

Protected by Copyscape Plagiarism Software