Monday, December 4, 2017

Teringat Zaman Kanak-Kanak...

Macam biasa balik dari kerja TH akan melalui laluan kegemaran TH...laluan Tg. Rimau ke Gadek...semasa melalui kawasan perkampungan Alor Sebang sempat TH menjeling melihat telatah beberapa orang kanak-kanak sedang bermain lompat getah...dah lama tak tengok budak-budak bermain lompat getah nie...emmm...terkilan gak sebab tak sempat nak snap gambau tadi...nak cepat balik rumah ambil adam dirumah atuknya...macam biasalah...confirm teringat zaman kanak-kanak dulu...rasanya tak banyak lagi permainan kanak-kanak TH dahulu yang masih dapat dilihat masa kini...masih ingat lagi start umur enam tahun ke tujuh tahun TH dah mula bermain mainan tradisional ini bersama kawan-kawan...seronok memang seronok...sebab kami tiada gajet permainan eletronik macam kanak-kanak zaman sekarang. Kebanyakan permainan yang TH dan kawan-kawan lakukan adalah memerlukan kekuatan fizikal dan mental serta kebanyakannya permainan yang lasak...tetapi disitulah sebenarnya punca keseronokan kami pada masa itu...kerana permainan ini memerlukan kemahiran bersembunyi, berlari, menjejak, memburu, pemerhati dan penyamaran.


Beberapa permainan yang masih TH ingat dan pernah merasai keseronokan bermain bersama rakan-rakan ketika berusia seawal enam tahun ialah main Sorok-Sorok....sebab masa tu baru belajar mengira...so...kalau nak main sorok-sorok kena belajar menggira dari nombor 1 sehingga 10...nak main sorok-sorok punya pasalkan...kenalah belajar mengira dari kakak-kakak dan abang-abang sedara yang ada...hihi...


Paling best main Sorok-Sorok nie bila ada majlis kenduri kendara sebab ramai kawan-kawan yang ada...lagi best kalau main di waktu malam...sebab susah nak cari kalau menyorok ketika itu...tempat-tempat strategik untuk menyorok biasanya di bawah rumah yang ada kebuk padi...belakang tiang rumah, belakang tempayan, belakang pokok dan sebagainya asalkan boleh menyorok dan tak dapat dilihat oleh orang yang mencarinya...tapi tempat-tempat yang TH sebutkan ini bukanlah tempat-tempat yang extrem sebab masa tu baru berumur enak ke tujuh tahunkan...asalkan boleh sembunyi sudahlah...hihi...





Tetapi permainan ini pada zaman itu bahaya sedikit...bahaya...bahaya...tahu bahayanya apa...bahayanya semasa kita menyorok...kita juga boleh disorokkan...disorok oleh hantu...Hantu Kopek...hihihi...macam lucah je le pulak bunyinyakan...nenek TH pernah marah pada kami ketika itu sebabnya...takut kami disorokkan Hantu Kopek tu...hihihi...emmm...nak dengar cerita Hantu Kopek tak...nanti TH ceritakan ye...cerita budak kampung TH disorokkan hantu kopek yang diceritakan oleh Arwah Nenek masih ingat lagi dalam ingatan...Ins sha Allah nanti TH ceritakan ye...sebab TH ingat nak postkan cerita pasal main sorok-sorok nie dulu ye...

Cerita tentang permainan sorok-sorok masa zaman kanak-kanak dulu memang menyeronokkan...lebih-lebih lagi kalau si pencari tidak jumpa dimana tempat kita menyorok...had kawasan menyorok akan kami tetapkan dan biasanya tidak jauh dan mudah untuk dicari...bukannya apa...nanti tak pasal-pasal dari monyorok terus jadi hilang lak tak jumpa-jumpa...biasanya permainan ini lebih meriah kalau ramai pemainnya...lagi ramai pemain lagi mudah nak cari sebab lokasi tempat menyorok biasanya terhad...dan kalau dah lama sangat menyorok dan tak jumpa-jumpa...boleh le cari beramai-ramaikan...hihi...lagi lama kita menyorok dan tak dapat dicari oleh si pencari...lagi besar peluang untuk menang...sebebnya peraturan dalam permainan ini ialah siapa yang paling akhir dapat dijumpai maka dia akan diistiharkan sebagai pemenang dan barangsiapa yang paling awal dijumpai akan di denda menjadi sebagi pencari mengantikan si pencari yang mencarinya tadi....



Main sorok-sorok nie, walaupun nampak mudah tetapi tetap di katogerikan permainan yang lasak bagi TH yang masih berusia enam ke dua belas tahun ketika itu...lebih-lebih lagi kalau bersembunyi di belakang reban ayamkan...hihi dah le kena gigit nyamuk...berbintat satu badan...yang gatal-gatal di sebabkan oleh hama lagi parah...merah satu badan...hihi

Oklah...sampai disini dulu...nanti TH bercerita permainan lain pulak ye...


No comments:

Post a Comment

Protected by Copyscape Plagiarism Software