Wednesday, December 2, 2009

Lemang Raya Korban

Alhamdulillah...raya korban kali ni dapat gak aku beraya kat kampung...dah 3 kali raya , aku beraya di tempat orang (Pahang dan Terengganu)....anak perantaulah katakan...

..........................................

Petang sehari sebelum raya, aku mulakan aktiviti carik lemang kat Pantai Puteri. Aku carik lemang kat pantai puteri sebab ayahanda aku suka sangat makan lemang pantai puteri ni. Katanya lemang ni sedap dan asli. Sambil-sambil cari lemang, leh gak tengok pemandangan indah kat pantai Puteri yang dulunya dikenali sebagai Pantai Kundur.

Pantai Puteri ni terletak di daerah Melaka Tengah, Mukim Tanjong Kling. Kat Pantai puteri ni terdapat kawasan perkelahan, rekreasi, tapak perkhemahan, gerai makanan, pasar barangan basah dan perkampungan nelayan. Kat sini selalu jugalah diadakan pertandingan memancing GP Joran. Kira kaki-kaki pancing bolehlah mencuba nasib kat sini. Kalau bernasib baik, boleh gak merasa sentapan pari atau sembilang kat sini.


~Singgah le be..beli lemang~

~Proses memasukan beras pulut kedalam buluh lemang~

~Proses membakar lemang~

...........................................

Dulu masa aku kecik-kecik, susah nak carik lemang kat area kampung aku sebab orang kat daerah aku ni tak pandai makan lemang lagi. Tetapi semenjak tranformasi dan penghijrahan orang luar kebanyakan daripada Negeri Sembilan dan Alor Gajah maka bermulalah kepopularitian lemang makin meningkat kat daerah Melaka Tengah ni. Setiap kali musim raya tak kira raya puasa atau raya haji, pasti gerai-gerai lemang sementara tumbuh ditepi-tepi jalan raya macam cendawan tumbuh lepas hujan dan ini pastinya telah menambahkan lagi suasana kemeriahan raya.

Kebetulan ayahanda aku berasal daripada Ulu Langat, Selangor, tempat dimana lemang menjadi hidangan utama selain ketupat. Oleh sebab itulah lemang ini telah menjadi kegemarannya. Dulu kalau beraya di Ulu Langat biasanya ayahanda aku akan bakar sendiri lemang ni bersama saudara mara. Meriah gak kalau masak lemang beramai-ramai. Tapi itu cerita dulu-dulu masa ayahanda aku masih muda belia lagi, sekarang dah tak larat lagi kudrat orang tua tu. Harapkan aku sekarang ni..nak bezakan buluh lemang dengan buluh betong pun aku tak tahu yang mana satu...hehe...

...........................................

Perasan tak, kalau jumpa gerai-gerai jual lemang kat tepi-tepi jalan yang ada tertera iklan LEMANG ASLI...kadang-kadang aku pelik gak...kenapa perlu maklumkan perkataan lemang asli pulak ye?. Lemang ini ada yang asli dan tak asli ke?. Macam beli CD cetak rompak pulak...beli yang ORI ye...hehe...Bila aku selidik-selidik dan tanya-tanya orang, rupanya ada gak penjual lemang yang mencari jalan mudah untuk berniaga lemang ni...bagaimana caranya?...kata orang, ada penjual lemang yang masak beras pulut dahulu dan kemudian setelah masak dimasukkan beras pulut tadi kedalam buluh lemang yang telah sedia dengan daun pisang didalamnya...lepas tu letak berhampiran bara api untuk dipanaskan seolah-olah lemang dimasak dengan kaedah sebenar.

Senangkan...tak perlu tunggu lama untuk masak lemang...tak perlu masukkan santan dan ketuk-ketuk buluh lemang untuk mampatkan beras pulut didalamnya. Sekiranya penjual lemang tidak memasak lemang dengan kaedah sebenar maka ia dikatakan lemang tidak asli.

Kata ayah aku pula, kalau nak tahu lemang tu asli atau tidak cuba tengok kat bahagian atas lemang ... ada kepala atau tidak...kalau ada, maka lemang itu dikatakan asli. Kepala lemang bermaksud lebihan santan yang mengering dibahagian atas sekali beras pulut yang telah masak.
Wallahualam..

.......................................................

Haa..nak tahu bagaimana cara lemang dimasak?.

Lemang dimasak dengan cara memasukkan beras pulut kedalam kelongsong buluh dimana didalam buluh tersebut telah dilapiskan dengan daun pisang bagi memisahkan dinding dalam buluh dengan beras pulut.

Kemudian dipanaskan berhampiran dengan pembakaran api yang terkawal. Sebelum itu sila pastikan :-

1. Dalam buluh dibersihkan daripada sebarang kotoran dan habuk.

2. Masukkan pula daun pisang muda kedalam rongga buluh.

3. Basuh beras pulut dan rendam beberapa jam sehingga beras menjadi sedikit lembut. kemudian ditapis sebelum dimasukkan kedalam buluh sehingga 2 inci daripada permukaan buluh.

4. Masukkan santan dan sedikit garam kedalam buluh lebih seinci daripada ketinggian beras. apabila ramuan mendidih..beras akan mengembang...sehingga di gigi permukaan buluh. ketuk-ketukkan permukaan bawah buluh dengan lantai untuk mampatkan beras puluh yang sedang masak tadi. Satu kilogram beras memerlukan 8 cawan santan kelapa.

5. Jaga api supaya lemang tidak hangus...kalau tidak makan kerak sajalah...

6. Sebanyak lebih kurang 10 hingga 15 batang lemang diperlukan untuk hidangan satu keluarga.

7. Sebelum dihidang, buluh lemang perlu dikopek terlebih dahulu. Keluarkan lemang bersalut daun pisang. Kemudian dipotong kecil-kecil dalam 1 inci.


8. Buangkan kulit pisang yang menyaluti tubuh lemang dan apa lagi buka mulut...makan je laa..bersama rendang peehh...macam-macam jenis rendang....ada rendang ayam, rendang lembu, rendang kerbau....rendang itik pun ada... sodap...


~Lemang dan rendang~

9. Bagaimana petua untuk masak lemang agar rasanya sedap, lemak dan tidak berkerak?...itu kena tanya sendirilah kepada yang pakar...

10. Perhatian...Lemang hanya mampu bertahan selama 2 hari sahaja kerana santan yang digunakan untuk memasak menjadikannya cepat basi atau rosak dan yang lebih penting yang perlu anda tahu ialah lemang mempunyai kandungan kolestrol yang tinggi...

11. Satu lagi...kalau rasa-rasa susah sangat nak masak lemang...haa...buat jee.. macam aku pergi kat gerai-gerai lemang yang banyak kat tepi-tepi jalan masa musim raya ni...tunjuk jee pastu hulurkanlah ringgitnya...kalau tak, kena pelangkong dengan buluh lemang le jawapnya...sebatang lemang harganya dari RM5 hingga RM8 bergantung kepada saiz buluh lemang tersebut...

~Pilih je yang mana satu berkenan~

5 comments: