Saturday, December 5, 2009

Ibadat Korban...

Raya korban baru-baru ni, sekali lagi aku dapat menyaksikan ibadat korban dijalankan. Hampir setiap tahun aku telah berpeluang menyertai majlis korban sebegini, tetapi kali ini aku nak berkongsi pengalaman bersama-sama dengan korang pulak.

Majlis korban ini di adakan di Surau An-Nur, Taman Seri Krubong, Krubong, Melaka. Sebanyak 4 ekor lembu telah dikorbankan. So apa lagi...jomlah kita saksikan upacara korban ini dijalankan.


Amaran 18sx:- Sesiapa yang lemah semangat dinasihatkan jangan ikut artikel ini.



............................................................


Lembu terakhir yang akan dikorbankan. Lembu ni sedang mengamuk, habis dilanggar dan diterajangnya dinding lori. Macam tahu-tahu je nak disembelih.

Selepas diturunkan dari lori , lembu tersebut direbahkan ke atas tanah dan diikat kakinya kemas-kemas supaya tidak terungkai semasa disembelih nanti. Kemudian lembu tersebut ditarik ke lubang yang telah digali untuk disembelih. Sebelum lembu tersebut disembelih, kelihatan Imam menjirus air terlebih dahulu ke badan lembu. Air apa, aku tak pasti...mungkin air yang telah didoakan untuk lembu menjadi tenang kot...hehe..

~Dengan lafaz bismillah...dan disertai dengan takbir beramai-ramai lembu ini di sembelih~


~Allahuakbar 3x...lailahailallah huwallahuakbar...~

~Allahuakbar 3x...lailahailallah huwallahuakbar...~

~Allahuakbar 3x...lailahailallah huwallahuakbar...~

~Alhamdulillah...~

~Lubang yang digali untuk menadah darah lembu dan kemudiannya dikambus semula~

~Lembu dibawa ke tempat yang bersih untuk dilapah~

~Begini cara untuk memulakan proses melapah daging lembu~

~Keadaan lembu yang sedang dilapah~

~Nampak tak perut lembu tu...cuba klik kat gambar...berapa banyak huruf tulisan arab yang korang jumpa...hehe...kebetulan jee..~

~Selepas lembu dilapah, dagingnya dibawa ke surau untuk dipotong kecil-kecil~

~Gotong-royong memotong daging~

~Potong jangan tak potong~

~Berkat~

~Timbang dulu sebelum diagih-agih kepada penduduk islam setempat~




Info dari:


Ibadat k
orban telah disyariatkan pada tahun kedua hijrah. Ia dilakukan selepas Sembahyang Sunat Aidiladha pada 10 haribulan hingga 13 haribulan Zulhijjah yang juga dinamakan sebagai hari-hari Tasyrik. Menurut ilmu feqah, ibadat korban terbahagi kepada dua iaitu:-

Pertama : Korban wajib seperti korban nazar dan korban wasiat.
Kedua : Korban sunat.


Perlu diketahui bahawa ibadat korban banyak mempunyai hikmat, di antaranya kita dapat memperingati sejarah atau peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim Alaihissalam yang telah diperintahkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala untuk menyembelih anak baginda Nabi Ismail Alaihissalam, dan ia merupakan suatu pengorbanan yang benar-benar menguji keimanan dan kesabaran mereka. Perintah yang amat berat ini telah dilaksanakan di atas dasar iman dan taqwa dengan mengenapikan perasaan cinta dan dilakukan tanpa ragu-ragu atau was-was yang cuba dipengaruhi oleh iblis laknatullah. Atas dasar ketaatan dan ketulusan kedua anak beranak tersebut, Allah Subhanahu Wata'ala telah memerintahkan agar Nabi Ismail Alaihissalam digantikan dengan seekor kibas yang dibawa Malaikat Jibril Alaihissalam dari syurga.

Sesungguhnya ibadat korban merupakan di antara ibadat yang amat disukai oleh Allah Subhanahu Wata'ala dan bagi setiap orang yang berkorban itu dijanjikan dengan ganjaran yang banyak, di antaranya akan dapat menambah amal kebajikan orang yang berkorban, sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya :

"Berkata Abu Isa : Dan diriwayatkan dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Orang yang berkorban itu akan dikurniakan bagi setiap bulu binatang korbannya dengan satu kebajikan". (Hadis riwayat Al-Imam At-Tarmidzi).

No comments:

Post a Comment