Friday, November 13, 2009

Kelas 5 Bistari...


Seorang Guru sedang bertanyakan kepada murid-murid tahun 5 Bistari mengenai cita-cita...


Cikgu Siti: Selamat pagi murid-murid, hari ini Cikgu hendak bertanya kepada murid-murid semua tentang apa cita-cita kamu apabila dewasa kelak?. Baiklah kita mulakan dengan Samad dahulu. O.K samad boleh beritahu Cikgu dan rakan-rakan apa cita-cita kamu.

Samad:Nak jadi Doktor Cikgu.

Cikgu Siti: Bagus, kenapa nak jadi Doktor Samad?.
Samad: Sebab boleh ubatkan orang sakit Cikgu.

Cikgu Siti: Bagus, awak pula Faizal?.

Faizal: Angkasawan Cikgu. Jawab Faizal dengan muka bangganya.

Cikgu Siti: Bagus Faizal, boleh Cikgu tahu kenapa nak jadi Angkasawan?.

Faizal: Sebab boleh bekerja sambil melancong ke angkasa lepas Cikgu.

Cikgu Siti: Bagus Faizal. O.K cita-cita awak apa pula Aini?.

Aini: Guru, Cikgu...macam Cikgu Siti. Boleh ajar orang jadik pandai...

Cikgu Siti: Em..bagus..bagus..balas Cikgu Siti dengan riaksi penuh bangga. Kamu pula Khalid?.
Khalid: Saya hendak jadi ahli perniagaan Cikgu. nak kumpul duit banyak-banyak..

Cikgu Siti: Oh..ye..ke..nak jadi macam ayah awak juga ye?. Balas Cikgu Siti kepada anak murid yang juga anak kepada seorang usahawan berjaya.

Cikgu Siti: Milah...apa cita-cita awak..nak jadi orang kaya juga ke... . Gurau Cikgu Siti kepada anak muridnya.

Milah: Ya.. Cikgu, saya nak jadi orang kaya juga Cikgu. Cita-cita saya nak kerja goyang kaki dapat duit Cikgu. Jawab Milah dengan penuh keyakinan tapi teragak-agak.

Cikgu Siti: Mana ada orang kerja goyang kaki dapat duit Milah. Jawab Cikgu siti dengan perasaan pelik.

Milah: Ada Cikgu, macam ibu saya...hari-hari goyang kaki dapat duit. Pantas sahaja jawab Milah dengan rasa bangga.

Cikgu Siti: Boleh ke macam tu Milah, Ibu awak kerja apa?. Berkerut dahi Cikgu Siti kerana cuba meneka pekerjaan Ibu Milah.

Milah: Tukang jahit Cikgu, saya hendak jadi tukang jahit pakaian bila besar nanti Cikgu.

Cikgu Siti: Milah..Milah..kecil-kecil dah pandai loyar buruk..dengan cikgu ye.. . Gomel Cikgu Siti dalam hati sambil tersenyum manis lantas menganggukkan kepala tanda setuju dengan cita-cita Milah.

No comments:

Post a Comment

Protected by Copyscape Plagiarism Software