Friday, November 6, 2009

Amaran Gelombang Kedua H1N1


PUTRAJAYA: Pasukan pemantau Influenza A (H1N1) diwujudkan di setiap negeri bagi mencegah gelombang kedua wabak itu, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata pasukan berkenaan yang diterajui Bahagian Kawalan Penyakit akan memantau situasi setiap hari bagi mengesan jangkitan penyakit itu.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Hari Inovasi kementerian di sini semalam, Liow berkata jumlah kes H1N1 berkurangan dengan ketara daripada 400 hingga 500 kes sehari kepada 20 hingga 30 kes.

“Pada hari biasa kami juga akan menggerakkan sistem pemantauan ini. Maka dengan ini kita akan tahu jumlah kes selesema dan batuk yang perlu diberi perhatian serius. Kita mempunyai banyak jenis selesema. Semua ini memerlukan pemantauan, data, pengawasan. Jadi kami akan memantau perkara ini dengan teliti,” katanya. - Bernama 06Nov2009

:: Sila pastikan anda mengunakan topeng apabila berada di tempat awam ::

1 comment:

  1. de lg ke virus ni?
    doa la byk2 agr kite smua djauhkn dr pnykit ni
    insyaALLAH
    ~ameen~

    ReplyDelete