Thursday, March 31, 2011

Jangan Lupakan Adat Melayu...



Untuk coretan kali ini TH nak sentuh tentang Adat Melayu...


Pernah dengar tak kata-kata ini...

Biar mati anak, jangan mati adat...begitulah betapa pentingnya adat dalam kehidupan orang melayu...Orang Melayu kaya dengan adat...Orang Melayu juga terkenal dengan sifat lemah lembutnya...


Semenjak dari dulu lagi orang melayu telah mengatur kehidupan mereka dengan adat. Pentingnya adat dalam kehidupan mereka adalah untuk memastikan keteraturan, kesejahteraan tercapai agar dapat hidup dalam suasana yang aman damai. Kebanyakan Adat adalah merupakan peraturan dalam kehidupan orang melayu.


Orang melayu telah mewujudkan hukum adat dalam kehidupan mereka semenjak dahulu lagi seperti adat beraja, adat bernegeri, adat memerintah, adat menghukum dan banyak lagi bagi melancarkan lagi kehidupan mereka.


Seperti yang kita sedia maklum hubungan sosial di dalam masyarakat melayu adalah berasaskan perasaan hormat-menghormati sesuai dengan kedudukan, gelaran dan pangkat dalam masyarakat juga dimana tua didahulukan dari yang muda.


Dalam perhubungan dalam masyarakat melayu ada terdapat adat berhubung, adat sambaan cakap dan adat berbahasa. Begitulah halusnya masyarakat orang melayu ini yang perlu di ketahui dan diwarisi oleh setiap generasinya.


Adat dalam kehidupan orang melayu adalah bertahap dimana bermula daripada mula dilahirkan sehinggalah di kapankan. Maka, tidak hairan lah jika orang kita ada mengamalkan adat orang bujang atau adat anak muda, adat orang berlaki bini, adat orang beranak dan sebagainya...


Terdapat beberapa adat orang melayu yang dapat TH coretkan dibawah untuk rujukan dan tatapan pembaca yang mungkin ada diantaranya telah tidak diamalkan lagi atau dilupakan oleh generasi baru masyarakat melayu moden kini.


1. Adat Perkahwinan

- Adat Merisik

- Adat Meminang

- Adat Berinai

- Adat Berandam (Menempah mak Andam)

- Adat Berbesan

- Adat Mandi Berhias

- Adat Bertandang

- Adat Menyalang

- Adat Menjemput/Berkampung


2. Adat Bersalin/Beranak

- Adat Melenggang Perut

- Adat Menempah Bidan

- Adat Mandi Sampat

- Adat Potong Pusat

- Adat Naik Buaian

- Adat Mencecah Tanah

- Adat Bercukur


3. Adat semasa di peringkat Kanak-Kanak

- Adat Bercukur

- Adat Berkhatan

- Adat menyerah Belajar/Mengaji

- Adat Berkhatam Al-Quran

- Adat Bertindik


4. Adat Aktiviti Ekonomi

- Adat Membuka Tanah

- Adat Bercucuk Tanam

- Adat Turun Perahu

- Adat Bersimah-berpuar, Puja Kampung, Bersih Kampung atau Berubat Kampung


5. Adat Perubatan/Bomoh/Dukun/Pawang

- Adat Berubat

- Adat Berkebas

- Adat memutus Ubat

- Adat Menilik (Bomoh)


6. Adat Bersilat

- Adat Membuka Gelanggang

- Adat Menggadap Guru (Sembah Guru)

- Adat Tamat Silat


7. Persembahan (Tarian dan lain-lain)

- Adat buka Panggung

- Adat Menari


8. Adat Makan/Jamuan

- Adat/Adap Makan dan Minum

-Adat berhidang - seperah, dulang, kepala lauk (menghidang)

- Adat Menjamu Ketua/Pegawai Adat - Pangkal Serambi

- Adat Bersirih - puan (sebelum makan)

- Adat Berkenduri


9. Adat Kematian


10. Adat Perlantikan pegawai Adat seperti Demang, Penghulu, Tok Sidang, Buapak dll.


11. Adat Budi Bahasa

-Adat Bercakap

-Adat Bersapa atau Sambaan Cakap


12. Adat istiadat berdasarkan Takwim Islam

- Menyambut Awal Muharram

- Hari Asyura - 10 Muharram

- Safar (Rabu Terakhir)

- Maulidur Rasul - Bulan Maulud

- Kenduri Arwah - Bulan Syaaban

- Puasa - Bulan Ramadan

- Hari Raya Puasa - Bulan Syawal (30 hari)


Inilah antaranya adat-adat yang diamalkan oleh orang melayu terdahulu. ada diantara adat-adat diatas yang masih kekal diamalkan oleh masyarakat melayu sekarang dan ada yang tidak diamalkan lagi kerana bercanggah dengan agama Islam.


Pada dasarnya adat-adat ini sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran masa dan keperluan anggota masyarakat atau anggota adat itu sendiri. contohnya hari safar tidak disambut lagi di Melaka kerana bertentangan dengan Agama Islam. Majlis Perkahwinan disambut dengan upacara yang semakin ringkas kerana faktor masa dan kewangan. Majlis Berkhatan hanya dibuat di klinik sahaja. Pawang dan Tok Imam tidak lagi digunakan untuk menepung tawar tiang seri untuk rumah-rumah orang melayu yang baru dibina.


Dalam kehidupan masyarakat melayu moden kini banyak adat-adat lama yang telah dilupakan kerana faktor masa dan wang.


Masyarakat melayu moden juga kini lebih gemar melebelkan penggunaan adat melayu dahulu dalam kehidupan kini adalah kuno dan ketinggalan zaman serta melecehkan. Lantas tidak hairanlah jika cara hidup ala kebaratan yang tidak beradat itu lebih menjadi pilihan.


Terfikir juga TH bilakah masa agaknya ke semua adat-adat ini akan terus dilupakan oleh generasi Melayu pada masa akan datang. Rasanya segala bergantung atas kepentingan kita terhadap tahap kepenggunaan dan pengamalannya kini. Semakin cepat kita menolak kepengunaan adat maka semakin cepatlah ia lupus dalam ingatan dan seterusnya semakin tidak sempatlah untuk di wariskan kepada generasi akan datang.


Adat Melayu telah menjadikan kita unik dan istimewa di mata bangsa lain di dunia ini. Adat melayu telah membuktikan bahawa Bangsa Melayu suatu bangsa yang bertamadun yang penuh dengan sifat-sifat kemanusiaan.


Dengan adatlah orang kenal siapa Melayu...Adat menyerlahkan ciri-ciri orang melayu...dengan adat membuktikan seseorang itu berbangsa Melayu...dan dengan Adat jugalah menjadi nadi penerus Jati diri Orang Melayu...TH




Jom sama-sama kita Lupakan Adat Resam Nenek Moyong ini....

atau....

Jom sama-sama kita Wariskan Adat Resam tersebut...Tepuk Dada Tanya Selera...


Insyaallah...TH akan memperincikan adat-adat yang yang telah disebutkan diatas tadi untuk coretan yang akan datang...

4 comments:

  1. Assalam.. lama tak singgah sini.. tak tau kenapa setiap N3 blog ni tak updated kat bloglist saya.. terpaksa klik kat N3 lama2..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum . saya berminat dengan adat melenggang perut . selain faktor masa dan kewangan ada tak faktor lain yg menyebabkan adat melayu tidak diamalkan terutamanya adat melenggang perut ?
    sekian , terima kasih

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum . saya berminat dengan adat melenggang perut . selain faktor masa dan kewangan ada tak faktor lain yg menyebabkan adat melayu tidak diamalkan terutamanya adat melenggang perut ?
    sekian , terima kasih

    ReplyDelete

Protected by Copyscape Plagiarism Software