Wednesday, January 26, 2011

Definasi Arkeologi

~Rangka Orang Perak @ Perak man~

Hari ini TH nak berkongsi ilmulah dengan pembaca iaitu berkenaan dengan Arkeologi...kerana di artikal akan datang, TH akan bercerita sedikit berkenaan dengan tapak-tapak Arkeologi yang sempat TH lawati...so sebelum kita berbicara berkenaan dengan tapak-tapak Arkeologi, elok rasanya kita tahu definasi Arkeologi terlebih dahulu...



Apakah yang dimaksudkan dengan Arkeologi...



~Tapak Arkeologi Gua Niah~


Arkeologi adalah sebuah ilmu yang mempelajari kehidupan kebudayaan manusia dengan cara mempelajari penemuan bahan-bahan yang berasal dari zaman lampau seperti kebudayaan, binaan bangunan, peralatan masa lalu ataupun hasil kesenian lainnya.

Arkeologi, berasal dari perkataan Yunani, arkhailogia yang bermaksud discourse about ancient things iaitu perbincangan tentang benda purba atau silam .


~suasana semasa kerja-kerja ekskavasi di jalankan~


Umumnya, arkeologi merupakan satu bidang ilmiah yang mengkaji kebudayaan dan persekitaran masa lampau manusia berasaskan tinggalan budaya benda (material culture) dan eko-fak.

Selain itu, arkeologi juga berkait rapat dengan sejarah kebudayaan meterial. Arkeologi adalah ilmu yang mempelajari kebudayaan (manusia) masa lampau melalui kajian sistematis atas data bahan yang ditinggalkan.

Kajian sistematis meliputi penemuan, dokumentasi, analisis, dan interpretasi data artifak seperti seperti kapak batu dan bangunan candi dan ekofak iaitu benda lingkungan seperti batuan, rupa muka bumi, dan fosil ataupun fitur iaitu artefaktual yang tidak dapat dilepaskan dari tempatnya (situs arkeologi).

Teknik penelitian yang khas seperti teknik penggalian (ekskavasi) arkeologis ataupun survei memainkan peranan yang besar dalam bidang ini.

Sebelum melakukan penggalian, ahli arkeologi mestilah mendapatkan maklumat dan kajian awalan dari pelbagai sumber seperti perpustakaan, muzium dan sebagainya. Selepas perkara tersebut selesai barulah kerja-kerja ekskavasi boleh dijalankan di lokasi yang telah dikenalpasti.
Pada kebiasaannya kerja-kerja ekskavasi ini berjalan dalam tempoh yang agak lama.


~Tapak Pra-Sejarah Kota Tampan~


~Tapak ekskavasi Gua Niah~



Seorang ahli arkeologi perlu sentiasa bekerja dalam keadaan cermat, teliti dan sabar. Perkara ini penting bagi memelihara artifak yang baru dijumpai agar tidak rosak dan memudahkan sebarang bentuk kajian dan analisis dapat dilaksanakan kemudian.

Kajian arkeologi bukan sahaja ke atas tapak daratan untuk zaman prasejarah tetapi juga kepada kajian arkeologi bawah air iaitu yang lebih bersifat akuatik.

~Kerja-kerja ekskavasi di Tapak Arkeologi Bukit Tengkorak, Samporna, Sabah~


~Hasil kerja ekskavasi yang diperolehi di Tapak Arkeologi Bukit Tengkorak, Samporna , Sabah~


TH: Perkukuhkan jatidiri bangsa...

No comments:

Post a Comment