Monday, June 20, 2011

Berbudi dan Berbahasa dalam Adat Melayu jangan dilupakan...




Kesempurnaan hidup seseorang insan di muka bumi ini ialah budaya budi bahasanya. Tidak dinafikan bahawa orang Melayulah antara satu bangsa yang amat kaya dengan budi bahasanya di dunia ini. Masyarakat Antarabangsa mengenali bangsa Melayu dengan melalui ketinggian budi bahasanya.

Sebelum kita pergi lebih jauh, TH nak terangkan dahulu makna BUDI BAHASA ini.

Budi dikatakan berasal dari bahasa Sanskrit iaitu Buddhi yang bermaksud bijak, pekerti baik dan mulia. Dari segi bahasa (Kamus Dewan) pula, budi boleh membawa maksud akal. kebijaksanaan, perangai, pekerti, akhlak, tingkah laku, sifat baik, kelakuan, watak, kebajikan, sifat baik, perbuatan baik, bicara dan daya upaya. Secara amnya budi adalah sifat yang menggambarkan keperibadian insan ke arah kebaikan.

Budi Bahasa menggambarkan keperibadian dan indentiti seseorang samada bermaruah dan bernilainya disisi masyarakat. Setinggi mana pun darjat seseorang, Budi Bahasa jugalah yang menjadi sandaran kepada penilaian seseorang didalam masyarakat. Walaupun seseorang itu tidak berharta tetapi sekiranya Budi Bahasanya tinggi maka masyarakat menilai harga dirinya juga setinggi Budi Bahasa tersebut dan dihormati masyarakat. Bagi yang tiada budi bahasa akan dipandang hina dan kurang harga diri di mata masyarakat .

Bahasa pula adalah merupakan sistem lambang-lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam satu kelompok manusia dan percakapan baik. Bahsa juga merupakan suatu media untuk manusia berkomunikasi bagi menyatakan buah fikiran dan perasaan. Bahasa terbahagi kepada dua kategori iaitu Bahasa Pertuturan dan Bahasa Isyarat.

Oleh itu sekiranya digabungkan untuk dijadikan satu frasa bahasa ia menjadi Budi Bahasa yang lebih memberi maksud kepada tutur kata, kelakuan , tingkah laku, sikap, perangai, akhlak, sopan santun, tertib dan cara hidup manusia seharian baik dalam kontek individu, keluarga maupun masyarakat.

Budi bahasa merupakan identiti kepada masyarakat melayu. Budi bahasa dalam masyarakat melayu adalah berdasarkan kehidupan yang diterima umum. Masyarakat melayu meletakan Budi Bahasa di tempat yang paling tinggi dan mulia dan ia menjadi matlamat kepada satu kehidupan yang baik dari segi moral dan budaya.

Dalam Islam, Budi bahasa lebih menjurus sebagai akhlak yang bermaksud tingkah laku yang mulia dan terpuji untuk dihayati, dilaksanakan dan diamalkan oleh manusia sehingga menjadi adat kebiasaan. Akhlak yang terpuji adalah akhlak Nabi Muhammad S.A.W. Berbudi dan Berbahasa dalam Islam adalah merupakan satu sedekah. Dalam Islam mana-mana orang yang mempunyai sifat bakhil dan tidak mahu berbudi ini di kutuk oleh Allah S.W.T sepertimana di dalam Surah Al-Imran Ayat 180.
"Sebenarnya kebakhilan itu buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di Hari Kiamat" (Surah Al-Imra: Ayat 180)



Terdapat beberapa perkara yang terkandung di dalam Adat Budi Bahasa orang Melayu iaitu:

                                                          1) Didalam Pertuturan



- Ragam Bahasa


- Bahasa Teguran
- Bahasa Sindiran
- Bahasa merajuk
- Bahasa Panggilan untuk Gelaran Keluarga
- Bahasa Panggilan untuk Gelaran Masyarakat
- Bahasa Sapaan


                                                           2) Perlakuan



                                                          3) Budi Pekerti


                                                         4) Budi Bicara

Untuk Artikel kali ini TH hanya mencoretkan perkara pokok tentang BUDI BAHASA ini, insyaAllah Th akan perincikan artikal agar dapat sama-sama kita fahami apakah sebenarnya amalan BUDI BAHASA yang telah menjadikan orang melayu nampak hebat di mata dunia.


No comments:

Post a Comment

Protected by Copyscape Plagiarism Software