Saturday, November 21, 2009

Banjir Oh Banjir ...(21/11/2009)

Dah 3 hari hujan turun tak berhenti-henti kat Daerah Kemaman ni...sekejap lebat sekejap renyai...dah 3 hari suasana disini mendung sahaja dan dah 3 hari jugalah tak nampak matahari. Baju kat jemuran pun dah bau semacam je..

Hujan di musim tengkujuh kat area pantai timur ni lain sikit. Walaupun hujannya lebat tapi jarang disertai ribut atau angin kuat, cuma rasa macam air dipancut mencurah-curah turun dari langit.

Semalam kat depan rumah aku paras air dah naik hampir sekaki. Nasib baik hujan lebat bertukar menjadi renyai so air surut kembali. Dalam hujan semalam sempat juga aku, orang rumah dan jiran sebelah rumah, Zul telah pergi ronda-ronda lihat kawasan sekitar sehingga ke kawasan projek LPT2 di Pasir Gajah, Kemaman. Paras air masih belum naik lagi dari kawasan Binjai hingga ke Pasir Gajah. Lega rasa hati buat sementara waktu...tak perlu buat report banjir untuk Bos lagi. Tapi untuk hari ini sahaja, esok belum tentu lagi.

Lepas hantar jiran aku, aku terus menuju ke bandar Kemaman untuk beli barang keperluan dapur. Dalam perjalanan kelihatan banyak kereta parking di tepi-tepi jalan. Ingatkan ada kemalangan tetapi ramalan aku meleset rupanya ramai orang sedang turun dari kereta untuk membeli ubi kayu yang dijual digerai-gerai kecil tepi jalan. Ubi kayu kat kawasan ni memang popular terutama di musim tengkujuh. Robus pun sodap...kena lak dengan kopi O panas..pehh..

Masuk sahaja ke kawasan Bukit Mentok dah kelihatan air kat merata-rata tempat. Rupa-rupanya air naik di kawasan ini pula. Banyak rumah di kawasan tersebut telah dinaiki air. Kebanyakan kereta-kereta dari kawasan dalam kampung dah parking di kawasan-kawasan tinggi dan di tepi-tepi jalan. Rasanya kawasan ini cepat dinaiki air kerana kebanyakan rumah berada di kawasan rendah dan sistem perparitan yang kurang berfungsi. Kawasan tersebut juga berhampiran dengan Sungai Kemaman, jika air laut pasang, air Sungai Kemaman tidak dapat mundik ke hilir dan berpatah balik ke hulu. Kesannya air daripada parit dan longkang-longkang terhalang dan tak dapat mengalir terus ke sungai.

Hujan masih turun hingga ke malam. Belum ada tanda-tanda ingin berhenti. Baru pukul 6 lebih petang suasana sekitar dah gelap. Seperkara lagi yang aku risaukan selain dari banjir ialah
....Astro tak dapat bila hujan lebat turun...hehe, tak dapat la nak nonton TV.. bak kata orang "Bila hujan, astro pun... macam- macam x de"..


1 comment:

Protected by Copyscape Plagiarism Software