Thursday, April 15, 2010

Misteri Rumah Atuk...2

~Gambar Hiasan~

Rupa-rupanya bukan aku sahaja yang alami peristiwa yang menyeramkan, emak pun telah alami peristiwa yang sama.

Ceritanya begini...

Seperti biasa mak, ayah, aku serta adik-beradik tidur di ruang tamu tingkat atas. Kami tidur berhampiran dengan dinding bilik. Lampu ruang tamu ditutup, nasib baik ada pelita bagi menerangi sedikit ruang tamu tersebut. Kalau tidak lemaslah aku dalam kegelapan. Menurut mak malam itu dia susah sedikit hendak lelapkan mata. Tak tahu kenapa...

Semua orang telah lena dibuai mimpi, cuma mak masih lagi terkebil-kebil susah hendak tidur. Pada malam itu mak rasa berlainan sedikit, suasananya di luar rumah sunyi sepi tidak kedengaran bunyi cengkerik atau burung malam. Hening dan tenang sahaja. Mak tidak ambil pusing akan suasana sebegini. Cuma rasa tak sedap hati sedikit, macam ada sesuatu yang tak kena. Hati rasa berdebar-debar sahaja. dalam terkebil-kebil ingin melelapkan mata, tiba-tiba pandangannya tertumpu pada tiang seri di tengah ruang tamu. Benar firasat mak, tepat sekali...

Dalam kesamaran cahaya pelita minyak tanah, emak ternampak satu lembaga putih keluar dari tiang seri bergerak menuju ke tiang seri yang lagi satu. Lembaga putih itu bergerak perlahan-lahan seolah-olah melayang. Apabila sampai sahaja di tiang seri yang satu lagi tiba-tiba makluk putih itu ghaib. Hilang secara tiba-tiba sepertimana ia muncul tadi.

Setelah makhluk itu ghaib barulah mak tersedar dari apa yang berlaku di depan mata. Apa lagi ditutupnya mata kosentrasi sambil mulut kumat-kamit baca ayat kursi bagi mengelakkan gangguan tersebut berulang kembali. Kira berani gak mak aku ni dalam menghadapi situasi begini. Kalau sesetengah orang dah lama menjerit histeria agaknya. Menurut kata mak aku, dia tak pasti apakah jenis makhluk halus ini, tetapi mungkinkah ini yang dikatakan Penjaga Rumah atuk. Wallahualam...



No comments:

Post a Comment

Protected by Copyscape Plagiarism Software