Wednesday, June 8, 2011

Jom ke Istana Bandar Jugra...



Untuk artikel kali ini, TH nak bawa melawat ke Istana Bandar Jugra, Kuala Langat, Selangor. Apa yang menarik yang nak TH kongsikan tentang Istana Bandar ini ialah sejarah dan rekabentuknya.

~Pelan keratan rentas Istana Bandar~


Istana bandar ini siap dibina pada 1899 semasa zaman pemerintahan Almarhum Tuanku Sultan Sir Ala'eddin Suleiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Musa, Sultan Selangor V iaitu dari 1898 hingga 1938. Istana ini dibina di satu kawasan yang luas di Bandar, Jugra. Bandar, Jugra merupakan pusat pemerintahan Negeri Selangor ketika itu. Istana Bandar ini juga dikenali sebagai Istana Ala'eddin.


Istana 15 bilik ini merupakan istana bersemayam Sultan Ala'eddin bersama Permaisuri Hajjah Safiah. Baginda bersemayam selama kira-kira 35 tahun sehingga baginda mangkat pada 1938.


Istana Bandar ini telah direkabentuk sendiri oleh baginda Sultan Ala'eddin mengikut ciri-ciri Islam dari India dan Timur Tengah dan dibina dengan pembiyaan sendiri. Ciri-ciri senibina dari negara China juga dapat dilihat di Istana ini kerana semasa pembinaan Istana tersebut terdapat tukang-tukang yang berbangsa cina.




~Bahagian depan Istana Bandar atau dikenali sebagai Anjung Peribadi atau Kediaman Sultan~



~ Haa...yang ini dinamakan Pintu Kecelakaan. Pintu Kecelakaan ini merupakan laluan utama kepada pesalah yang akan dibicarakan dan menerima hukuman~




~Dari kiri ke kanan foto ialah kamar Beradu Puteri, Surau, Pejabat dan Balai Perbicaraan~



~Balairong Seri dilihat dari luar~

~Surau dan Pejabat di ruangan ini terdapat sebuah kolam, bumbung Istana Bandar juga menerapkan dan mengekalkan ragam hias dan karektor rumah tradisional Melayu yang merupakan gaya seni bina yang terkenal pada akhir kurun ke-19 dan awal abab ke-20~




~Hehe...nak posing sikit...kat belakang TH ialah Kamar Beradu Puteri~



~Rekabentuk Seni bina ciri hiasan Moorish yang menarik dan unik dimana lazimnya menghiasi istana-istana Raja di India Utara~



~Hiasan pada dinding atas pintu tingkat atas Kediaman Sultan ~




~Unik...rekebentuk pengaruh dari India~


~Seni ukiran kayu dibahagian Balairong Seri~

~Unsur keunikan dari India ~

~Inilah bahagian dapur...yang sedang posing tu bukan tukang masak ye...~




~Yang berbentuk segi empat itu bukan kolam kecil tetapi sebuah perigi...perigi ini unik sedikit sebab kegunaannya bukanlah untuk mandi, membasuh atau sebagainya seperti kebiasaan kegunaan bagi perigi tetapi untuk mengetahui pasang surut air laut dimana apabila paras air di dalam perigi rendah maka pada ketika itu air laut sedang surut...jika paras air tinggi maka ketika itu air laut sedang pasang, walaubagaimanapun perigi ini telah tidak berfungsi seperti tujuan asalnya lagi...~



~Bentuk papan cantik yang unik~

~Keunikan ukiran pada kepala tiang~



~Keunikan pada tiang istana~


~Rekabentuk tingkap yang menarik~



~Ruangan dalam Balairong Seri~


~Salah satu rekabentuk pintu Istana Bandar~



~Pintu Istana dibahagian Kediaman Sultan~

2 comments:

  1. salam,
    saya berminat nak bawa anak2 melawat istana ni.dulu byk kali pergi tapi masih renovation.dh siap lah yer renovationnya?istana ni boleh masuk aja ke atau kena minta permission Jabatan mana2 ke?thanks.

    ReplyDelete

Protected by Copyscape Plagiarism Software