Tuesday, October 6, 2009

Ganyang Malaysia.....

Apa nak jadi dengan jiran kita ni…..apa yang tidak puas hati lagi ni….sampai nak ajak berperang pulak….tak tau pulak kita ada negara yang sanggup berperang demi budaya….budaya yang sama asal usulnya pulak tu….budaya awak budaya kita juga….bukan ke hampir semua daripada kita dari asal usul yang sama, sama nenek moyang….kalau tak macamana warna kulit kita sama…kami tahu bahasa kalian…kalian pun tahu bahasa kami…jangan sampai kalian menuntut hak pengunaan makan dengan tangan dan makan nasi....jangan suruh kami makan pakai tangan kiri pulak….jangan jadikan makanan ruji kami adalah daging panggang, spegetti dan humburger pulak...pelikkan kalian ini...apa dia, nak Ganyang Malaysia, Minta maaf laa..dengan buluh runcing tu rasanya kalianlah yang akan diganyang nanti. Ingat negara kalian dalam kesusahan sekarang. Kami tidak pernah berkira akan setiap bantuan yang dihulurkan. Kami juga tidak pernah meminta sebarang balasan, asal kalian sudi mengucapkan terima kasih kepada kami, atau cukup hanya sekadar sebuah senyuman ikhlas daripada kalian. Itu sudah cukup memadai. Kalian lupa saudara-saudara kalian disini, yang menumpang teduh dirumah-rumah kami....meminta sesuap nasi untuk mencari rezaki yang halal setiap hari dan memberi makan banyak mulut-mulut celupar kalian disana....adakah kami kisah...ya, memang kami kisah, sebab kalian adalah sebahagian daripada kami.

Wahai Saudaraku kembalilah kepada sejarah silam kamu, kisah tok kadok zaman dulu-dulu. Jangan cepat melatah saudaraku. Lupakah wahai saudaraku akan asal usul kita yang lahir dari rumpun yang sama. Kalau kalian tidak tahu…atau jahil…saudaramu disini boleh membantu. Saudaramu disini juga boleh menokok tambahkan mana-mana yang kurang berilmu dikalangan kalian…biar terbuka sikit mata dan minda….jangan asyik jadi bahan tungangan orang lain akibat kebodohan sendiri.

Tahukah kalian bahawa akan asal usul rumpun bangsa melayu?. Sejarah telah membuktikan bahawa rumpun melayu berasal dari kelompok Austronesia dimana berasal daripada kolompok manusia dari daerah Yunan di negara China yang kemudian dan berhijrah beramai-ramai dalam bebarapa kelompok dan kemudiannya bergerak menduduki dan menetap di wilayah-wilayah Asia Tenggara.

Pernahkah kalian tahu akan maknanya perkataan Melayu-Proto dan Melayu-Deutro ?. Penghijrahan Melayu-Proto ini berlaku kira-kira 2,500 tahun sebelum Masihi lagi. Kemudian kira-kira 1,500 tahun sebelum Masihi, belaku pula penghijrahan kedua iaitu penghijrahan Melayu-Deutro. Melayu-Deutro ini kalau kalian hendak tahu, mereka mendiami daerah-daerah yang subur di pinggir-pinggir pantai dan tanah lembah Asia Tenggara.

Penghijrahan Melayu-Deutro ini telah menyebabkan Melayu-Proto berpindah ke bahagian-bahagian pendalaman. Siapakah Melayu-Proto ini?. Melayu-Proto ialah masyarakat Jakun, Mahmeri, Jahut, Temuan, Biduanda dan beberapa kelompok kecil lagi. Tahukah anda jsiapakah pula Melayu-Deutro?. Mereka adalah nenek moyang masyarakat melayu yang ada pada masa ini.

Tahukah kalian asal usul Bahasa Melayu. Bahasa Melayu berasal dari rumpun bahasa Austronesia iaitu dari keluarga bahasa Austris. Selain itu dari rumpun bahasa Austro-Asia dan rumpun Tibet-China. Rumpun bahasa Austranesia ini terbahagi kepada beberapa kelompok kecil. Terdapat empat kelompok semuanya iaitu kelompok bahasa kepulauan melayu atau bahasa nusantara iaitu Melayu, Aceh, Jawa, Sunda, Dayak, Tagalog, Solo, Roto, Sika dan lain-lain. Kelompok bahasa Polynesia iaitu Hawaii, Tonga, Maori dan Haiti. Kelompok Malanesia pula ialah Kepulauan Fiji, Irian dan Caledonia. Manakala bahasa Micronesia pula ialah kepulauan Marianna, Marshall, Carolina dan Gilbert.

Jika kalian renung dari sejarah bangsa serumpun melayu ini kita dapati ia adalah saling kait mengait. Contoh yang paling dekat adalah penghijrahan semasa zaman kesultanan Melayu Melaka, sebelum disusuli zaman penjajahan sehingga ke era kemerdekaan negara kami ini yang telah menyebabkan penghijrahan belaku samada ke Indonesia, Malaysia atau Singapura.

Rentetan daripada peristiwa-peristiwa inilah sepatutnya kalian insaf akan betapa sebagai negara individu, setiap negara tidak akan mampu untuk menghadapi cabaran globalisasi yang semakin pantas . Oleh itu sama-samalah kita mencari jalan kearah penyatuan komuniti terutamanya dari negara-negara yang serumpun. Sebagai negara serumpun dan seagama pula kita sepatutnya boleh bersatu, maju dan kuat. Jika di himpunkan rumpun sebangsa seagama dari Malaysia, Indonesia dan Singapura memang tidak syak lagi musuh Islam diluar sana merasa gerun kerana bilangan muslim dan muslimin kita adalah antara yang terbesar di dunia. Tidak terfikirkah kalian bahawa dengan kekuatan ini boleh memonopoli pasaran ekonomi yang cukup besar dan mantap. Tidak terfikirkah kalian akan musuh-musuh islam yang cemburu akan kejayaan yang bakal dicapai kiranya kita bersatu.

Hilang akalkah kalian untuk kita berbunuhan sasama sendiri. Lupakah kalian kita ini serumpun dan seagama dari satu keturunan. Lupakah kalian asal usul Masyarakat Jawa di Johor, keturunan minangkabau, keturunan kerinci, keturunan Banjar, keturunan Boyan, keturunan Mandailing dan macam-macam keturunan dari pelbagai suku kaum rumpun kita yang berada di Malaysia sekarang semuanya berasal dari mana....fikir-fikirkanlah.....bersama-samalah kita muhasabah diri dan kembali kepada Al Quran dan Hadis yang menjadi pegangan kita selama ini.

Jangan disebabkan kisah tarian, kisah kain batik, kisah lagu rakyat, kisah nasi lemak dan nasi padang serta Bakso yang remeh temeh ini, telah menyebabkan kita bersengketaan sesama sendiri sehingga timbul rasa ketidakpuasan di hati dan rasa amarah yang teramat sangat, sehingga membakar diri kita semua. Fikirkanlah siapa yang akan untung dan siapa pula yang akan rugi dalam cerita kita yang serumpun dan seagama ini.


No comments:

Post a Comment

Protected by Copyscape Plagiarism Software