Friday, March 19, 2010

Lesen Mengilat Haruan Pertama Aku....


Alhamdulillah...akhirnya dapat gak lesen pertama ngilat haruan setelah sebulan mencuba kaedah pancingan ini. Sebelum ini aku tak pernah mencuba kaedah ngilat ni sebab sebelum ni aku hanya mengunakan kaedah pancingan dasar sahaja, tapi terus teruja setelah melawat blog-blog geng mancing yang kebanyakannya mengunakan kaedah casting terutamanya dari blog Dark Art Caster...The Malaysia Amateur Snakehead Hunter ...Thank you Bro Mizlan.

Nampak macam best je, so...mulalah aku beli set pancing ngilat dan merayau-rayau mencari spot haruan kat tempat aku tinggal ni. Banyak gak spot area yang aku cuba tapi nasib lom menyebelahi aku.

Memang best bila dapat rasa sambaran haruan ni...tapi malangnya aku selalu gagal untuk naikkan ikan ni ke darat. Susah gak nak lekat ye...sabar...satu hari nanti pasti dapat aku daratkan ko wahai haruan...

Dan akhirnya semalam, aku berjaya gak mendaratkan seekor haruan bersaiz remaja...walaubagaimana pun aku tetap bangga sebab inilah first time aku berjaya mendaratkan ikan haruan dengan kaedah mengilat. Diharap lepas ni adalah lagi sang haruan yang sudi menjamah umpan palsu aku dengan kaedah menipu ikan hehe...



~1~
Inilah haruan pertama yang berjaya didaratkan mengunakan kaedah mengilat...

~2~
Aksi ni aku tiru daripada gaya pemancing-pemancing dalam blog & majalah ngail ikan...aku tak tau kenapa gaya ni begitu popular tapi aksi gigit joran macam ni adalah acara wajib kalau berjaya daratkan ikan....betul ke...hehe

~3~
Haruan atau snakehead bersaiz remaja seberat 200g yang berjaya dinaikkan mengunakan sesudu jenis Bakau Terminator seberat 10g

~4~
Inilah spot area dimana haruan pertama ini dapat di daratkan.


~5~
Mancing sampai senja...cantik pemandangan ketika ini...


:::::::::::::::::::::::::::::


Gambar-gambar dibawah adalah spot area mancing yang pernah aku kunjungi sebelum dapat lesen casting haruan yang pertama pada setiap hujung minggu kebelakangan ini untuk memburu sang haruan...pernah dapat sambaran dan ragutan dari sang haruan ...tapi malangnya tak berjaya didaratkan...terlepas...kene belajor lagi dari mereka-mereka yang expert....


~6~
Kat sini spot area dimana seekor haruan tidak dapat dinaikkan...terlepaslah tu...apa lagi...

~7~
Ini satu spot area lagi terlepas gak 2 ekor...tenang je kat kawasan ni...


~8~
Kat area ni pulak senyap sunyi...tak de sambaran langsung... mogok ke ikan ni...


~9~
Haa...kat sini, haruan dah hampir ke tebing boleh terlepas lak...besar lak tu...tak de rezeki le tu...

~10~
Yang ini geng ngilat haruan aku...Jalil...pun baru berjinak-jinak dengan casting ni...tengah giatkan usaha untuk dapatkan lesen casting pertamanya hehe...ada sorang lagi...gambar kat bawah ni...Mamud


~11~




Nota:

Ikan Haruan merupakan ikan air tawar dari keluarga Channidae.
Nama saintifiknya ialah
Channa Striatus (bloch).
Nama glamornya yang biasa dipanggil diseluruh dunia ialah
snakehead.
Normal panjangnya yang boleh didapati ialah 40 cm dan boleh mencapai sehingga 60 cm. Haruan sering di dapati hidup meliar di kolam, tali air, paya, tasik dan sungai.
Haruan merupakan haiwan maging...pemburu...makanan paling digemari ialah katak...



1 comment:

  1. x kisah janji dapat. aku joran pn blom dapat lg ni. dok berkira hari.hehe

    ReplyDelete