Monday, March 8, 2010

Martabatkan Filem Silat Melayu Di Mata Dunia....

Ya, inilah filem Silat yang aku nanti-nantikan selama ini dan aku yakin ramai yang bersependapat sama dengan aku. Bukan nak mempromosi filem ini, tetapi sengaja nak mewar-warkan kepada semua terutamanya kepada peminat filem aksi pertarungan beladiri. Aku nak beritahu semua, dah ada filem silat setanding filem Ong Bak & Tom Yam Gong dan dah ada pelakon filem silat setanding Tony Jaa dari rumpun bangsa kita. Kalau korang nak tahu cerita dari filem Merantau Warrior ni, bolehlah menonton sendiri dan lihat kehebatan hero filem silat ini beraksi di layar perak.

Pelakon silat yang aku maksudkan ialah Iko Uwais dari filem MERANTAU WARRIOR. Apa yang aku harapkan, akan lahir pesilat-pesilat Malayu Malaysia untuk berlakon filem aksi pertarungan seperti ini kerana aku yakin kita juga mempunyai ramai pesilat-pesilat yang hebat-hebat dan berbakat untuk berlakon filem aksi seperti ini. Cuma kita tidak diberi peluang dan mencari peluang dari kehebatan silat ini.

Semoga filem ini dapat menjadi sumber inspirasi karyawan perfileman dan orang silat kita untuk berkarya seperti mereka dan secara tidak langsung dapat mempromosikan perguruan-perguruan silat melayu kita serta meningkatkan martabat silat melayu ini dimata dunia. Filem Merantau Warrior ini berjaya menaikkan nama Perguruan Pencak Silat Harimau Minangkabau Indonesia Silet Tuo.

Satu lagi yang menarik tentang filem ini ialah pengarah dan penulisnya adalah bukan daripada kalangan rumpun kita. Beliau ialah Gereth Evans, orang barat pembikin filem dokumentari tentang perguruan-perguruan seni beladiri yang ada di dunia ini. Beliau tertarik dengan beberapa perguruan Pencak Silat di beberapa daerah di Indonesia dan berhasrat untuk memperkenalkannya dimata dunia melalui filem arahannya.

.....................................

Sekarang sudah tahun 2010. Masih belum lahir lagi Tony Jaa versi Malaysia. Tony Ja versi Indonesia sudah lahir. Sampai bila kita perlu tunggu dan terus menunggu. Kita selalu menyatakan silat kita hebat didalam majalah-majalah dan sebagainya. Kita selalu berdabik dada menyatakan perguruan silat kita hebat...tapi siapa yang dengar tepukan dada kita?. Kita selalu menyatakan silat kita tersohor dan terkenal tapi sejauh manakah sayup gemanya berhenti?.

Kita bangga melahirkan ramai pesilat tetapi berapa ramai yang tahu kemana destinasinya?. Kita selalu melahirkan juara-juara silat tetapi dimanakah tempat kita rantai dan berlenggu mereka?.

Sudah sampai rasanya Orang Silat mencari jalan untuk mempromosikan Silat dalam Filem. Sebagaimana bangsa lain menunjukkan kehebatan mereka melalui filem tempatan dan antarabangsa. Silat sudah dikenali dimata dunia. Rasanya tidak sukar untuk memperdagangkan filem sebegini. Asalkan jalan ceritanya menarik dan pelakonnya-pelakonnya hebat. Apa yang penting silat dapat dimartabatkan dimata dunia dan segera sampai ke destinasinya.

Adakah kita masih memegang tradisi diam-diam ubi berisi?. Salahkah kalau sekali-sekala kita tunjukkan isi ubi kita pada orang-orang luar tentang betapa enak dan lemaknya rasa ubi kita. Biar orang luar tahu yang ubi kita tidak kelat. Biar orang luar tahu yang ubi kita bukan sebarangan ubi. Biar orang luar tahu dari penanam ubi, pokok ubi, isi ubi, tanah untuk menanam ubi hinggalah ke tukang makan ubi semuanya hebat-hebat belaka. Biar orang luar tahu dan hormat kepada silat kita. Martabatkanlah Silat Melayu kita.

Percayalah suatu ketika dahulu kita hebat kerana Silat. Sejarah telah membuktikannya. Tapi kita harus bergerak melangkah dan bukannya selangkah demi selangkah dan dari dulu sampai sekarang belum sampai-sampai. Sama-samalah kita fikirkan cara untuk melangkah dizaman millenium ini agar setiap langkah kita bergaya, hebat, segak, dihormati dan digeruni.



"Nampak melayu nampaklah silat. Hebat silat hebatlah melayu. Dalam Silat Ada Melayu, Dalam Melayu Ada Silat.", Tengkolok Hitam...




Apa-apa hal pun sekalung tahniah buat semua yang terlibat dalam pembikinan filem MERANTAU WARRIOR ini dan diharap ada lagi filem-filem silat seperti ini pada masa hadapan.

Kalau korang nak menonton sedutan daripada filem MERANTAU WARRIOR sila klik gambar dibawah:-




~Sila klik gambar untuk melihat sedutan filem Merantau Warrior di YouTube~


~Disebalik Tabir pembikinan Merantau Warrior di YouTube~

3 comments:

  1. crita ni memang best. aku dah tengok, harap ada banyak lagi filem silat lepas ni..

    ReplyDelete
  2. Salam. Tak tengok lagi. Tapi member yang dah tengok cakap tak best. Tak tahu la. Kena tengok dulu. Baru tahu macam mana :)

    ReplyDelete

Protected by Copyscape Plagiarism Software