Wednesday, January 19, 2011

Congkak...


Dah lama tak buat artikal permainan tradisi...so...hari ini kita bercerita berkenaan permainan CONGKAK...

Masa kecil-kecil dulu TH memang suka main congkak...korang macam mana...tapi dulu kitaorang main congkak mudah je...peralatan congkak kitaorang dulu tak boleh beralih-alih tempat seperti sekarang...maklumlah congkak dibuat daripada tanah sahaja...senang aje nak buatnya...bila teragak nak main...korek je lubang bulat-bulat kat atas tanah, lepas tu carik biji getah ke atau batu sungai yang bulat-bulat...simpel jekan...ala masa tu masih budak-budak lagi...umur baru 8 ke 11 tahun...mandi sungai pun bogel lagi...kahkahkah




~dulu masa kecil-kecil pakai biji getah jee untuk main congkak nie~

~sekarang guna guli...beli jelah kat kedai...tak payah nak terbongkok-bongkok lagi untuk kutip biji getahkan...hehe~

********


Nak tahu tentang congkak...



Emm...Congkak ini merupakan sebuah permainan yang melibatkan dua pemain. Peralatan yang digunakan ialah papan yang mempunyai sekampung (sederetan) lima, tujuh, lapan atau sembilan rumah anak (lubang) yang disusun didalam dua deretan bersebelahan rumah ibu dikiri dan kanan papan.



Bagaimana cara nak bermain...


Caranya mudah sahaja iaitu dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak. Bermula dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu didalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan seterusnya ke kampung lawan.


Teruskan gerakan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan didalam kampung yang kosong di kawasan sendiri atau lawan. Pemain hendaklah berhenti bermain sekiranya buah itu jatuh atau habis di kampung sendiri dan pemain boleh mengambil buah-buah di kampung sebelah lawan yang bersetentangan dengannya sebagai balasan.


Kemenangan dikira apabila buah di kampungnya masih berbaki berbanding buah di kampung lawan atau turut dihitung buah yang berada di rumahnya (lubang pengumpul buah)



Peraturan Permainan (Tatacara) dalam Pertandingan Congkak



1.0 Tata


1.1 Dua orang orang peserta berhadapan.

1.2 Setiap rumah anak diisi dengan 7 butir cakak (guli).

1.3 Kedua-dua peserta jalan/menapak serentak untuk papan pertama.


1.4 Apabila tiba di rumah ibu sendiri hendaklah dimasukkan juga 1 butir cakak tetapi tidak di rumah ibu lawan.

1.5 Cakak yang terakhir masuk ke rumah isi mestilah dilepaskan genggam dahulu sebelum mengambil cakak dan kembali menapak.

1.6 Peserta mati giliran jalan/menapak ialah apabila cakak akhir masuk ke mana-mana rumah kosong. Peserta lawan pula akan mendapat giliran untuk menapak.


1.7 Tikam hanya apabila telah melalui pusingan di kampung lawan.


1.8 Setiap sentuhan cakak mestilah jalan. Hanya 5 saat sahaja masa yang diberikan.



2.0 Cara



2.1 Mulakan permainan dengan mengambil semua cakak dari mana-mana rumah anak di kampung sendiri.

2.2 Menapak dari kampung sendiri.


2.3 Masukkan cakak satu demi satu butir kedalam tiap rumah dengan mengelilingi kampung rumah papan congkak dalam keadaan tangan gengam tergadah ke atas.


2.4 Ikut giliran jalan/menapak.




3.0 Pertegahan dan Kesalahan

3.1 Tidak masukkan cakak ke dalam rumah ibu atau rumah anak.

3.2 Sentuhan cakak yang tidak berjalan/menapak.


3.3 Dikira berfikir selama 5 saat.


3.4 Cakak akhir digenggam tidak dilepaskan sebelum mengambil bawa cakak yang baru.


3.5 Masukkan cakak dimana-mana rumah anak dan ibu lebih dari 1 butir.




4.0 Penentuan Kemenangan


4.1 Pemenang dapat ditentukan apabila salah seorang pemain dapat mengumpulkan cakak terbanyak.





O.k...dah fahamkan...emm...dulu masa zaman kanak-kanak TH selalu menang permainan ini, sebabnya...hehe...kalau kita kerap bermain dengan permainan ini maka kita akan berjumpa dengan triknya...nak tahu apa triknya...hehe...kenalah lawan congkak dengan TH dulu...hehe...see TH at the next post...bye



TH: Hidupkan permainan tradisi kita...

1 comment:

  1. ajar la camne trick dia.. esok ada lawan congkak nie.. berbelas tahun adanya ni x main congkak

    ReplyDelete