Saturday, May 22, 2010

Kepercayaan Perubatan Masyarakat Melayu...


Selepas buat entri tentang pokok senduduk, tiba-tiba datang lak idea nak buat entri-entri berdasarkan kepercayaan masyarakat orang melayu dulu-dulu. Best gak aku rasa bila menulis bab-bab macam ini. Aku rasa o.k kot sebab kepercayaan orang melayu juga boleh dikategorikan sebagai warisan. Warisan peninggalan nenek moyang kita.

Aku pun tak lah berapa arif pasal bab-bab ini tapi dalam simpanan adalah sikit-sikit untuk kegunaan sendiri. Emm...satu lagi rasanya kalau tak tahu elok kita bertanya kepada mereka yang lebih tahukan. Terutama kepada orang tua-tua. Rasa rugi juga kalau ilmu dan pengetahuan yang mereka miliki tidak dikongsikan bersama terutamanya kepada generasi-generasi baru.

Kalau tidak dibukukan ilmu dan pengetahuan yang berharga ini maka akan tertanamlah bersama-sama dengan jasad mereka nanti. Itulah hakikatnya, yang hidup pasti akan mati tetapi ilmu dan pengetahuan semestinya tidak akan dibiarkan mati bersama. Yang untung dan ruginya siapa?? kita juga kan...

Sepertimana yang korang semua sedia maklum, masyarakat melayu dulu-dulu percaya bahawa setiap penyakit adalah berpunca daripada perbuatan jahat yang dilakukan oleh syaitan dan makhluk halus. Mereka percaya makhluk-makhluk ini boleh meresapi tubuh badan manusia dan boleh mendatangkan kemudaratan terhadap tubuh badan seseorang.

Justeru itu bagi mengatasi masalah ini maka mereka sering mengunakan khidmat bomoh, pawang atau dukun. Bomoh atau dukun merupakan orang yang mempunyai satu kuasa luar biasa yang boleh mengusir makhluk halus tersebut dari mengganggu manusia.

Bomoh atau dukun ini menggunakan pelbagai kaedah dan rawatan bagi mengubati pesakit. Mereka menggunakan jampi, serampah dan mantera semasa merawat. jampi, serampah dan mantera ini dijadikan sebagai alat perhubungan antara manusia dengan makhluk halus.

Untuk pengetahuan korang juga dalam masyarakat dulu-dulu bidang perbomohan perubatan tradisional banyak dipengaruhi oleh beberapa unsur seperti animisme, Hindu dan Islam. Ini ada kaitannya dengan sejarah anutan agama masyarakat melayu.

Dalam membicarakan berkenaan perubatan Melayu ini kita tidak dapat menidakkan beberapa unsur atau elemennya seperti unsur-unsur ghaib, haiwan dan juga tumbuh-tumbuhan. Aku akan berkongsi lagi berkenaan 3 unsur ini untuk entri yang lain.

No comments:

Post a Comment

Protected by Copyscape Plagiarism Software