Sunday, May 23, 2010

Unsur-unsur Ghaib dalam Perubatan Melayu...

Entri aku sebelum ini ada membicarakan kepercayaan masyarakat melayu dulu-dulu. Masyarakat melayu tidak boleh dipisahkan dengan unsur-unsur ghaib. Sebelum kedatangan agama islam lagi mereka telah mempercayai kewujudan unsur-unsur ghaib ini.

Mereka amat menghormati dan takut dengan semangat-semangat ghaib. Aku masih ingat lagi masa kecil-kecil dulu, orang tua-tua selalu ingatkan, kalau hendak buang air kecil mesti kena minta izin kat tok nenek kalau tak nanti besar le anunya. Dialognya begini..." Tabik tok nenek anak cucu tumpang kencing"...gitu le kalau tak silap dialongnya.

Masa kecil dulu aku tak tahu pula siapalah tok nenek tu. Yang aku faham kata orang tok nenek tu penjaga kawasan yang kita tidak boleh lihat atau dengan lain kata ialah makhluk halus. Keizinan perlu diminta agar kawasan jagaannya tidak diperlakukan sesuka hati oleh sesiapa. Amalan ini dan lain-lain amalan ada yang masih kekal diamalkan oleh sesetengah orang melayu sekarang.

Amat sukar untuk mengikis kepercayaan ini kerana sesetengahnya telah menjadi amalan turun temurun tanpa disedari semenjak dari abad ke 15 lagi. Mereka menganggap semangat, penunggu dan puaka dapat memberikan kesan terhadap seseorang.

Mereka amat mempercayai wujudnya hantu, jembalang, pelesit, toyol, polong dan sebagainya. Kewujudan makhluk-makhluk halus ini dapat dibuktikan oleh mereka ketika itu kerana ada segelintir daripada mereka dikatakan telah melihat dan membelanya. Itulah permainan iblis dan syaitan untuk memesongkan akidah manusia terhadap Allah.

Untuk pengetahuan korang jampi dan serampah bermula apabila orang-orang melayu mula mengunakannya untuk perlindungan dan mengubati sesuatu penyakit yang berkaitan dengan unsur-unsur ghaib. Pengunaan jampi dan serampah adalah pengaruh daripada anutan agama hindu yang pada asalnya bercorakkan amalan animisme. Unsur-unsur dewa, bentara guru dan lain -lain adalah antara yang terdapat skrip jampi dan serampah tersebut.

Maha suci Allah, dengan kedatangan Agama Islam berlakulah satu perubahan besar terhadap kepercayaan unsur-unsur ghaib ini. Penerimaan ajaran islam telah merubah corak jampi dan serampah. Jampi dan serampah orang melayu mula bertukar kepada pengunaan ayat-ayat lazim dari Al Quran dan amalan zikirullah. Kaedah pengubatannya telah berteraskan kepada Al Quran dan Hadis. Orang-orang melayu mula bertawakal terhadap sesuatu perkara dan sentiasa berdoa kepada Allah untuk memohon perlindungan dan penyembuhan daripada pada sebarang penyakit.

TH: Thank you Allah...

No comments:

Post a Comment

Protected by Copyscape Plagiarism Software