Friday, May 21, 2010

Pokok Senduduk


Dari entry sebelum ini aku ada menceritakan tentang pot mancing kat area belakang rumah mak ayah aku di kampung. Masa balik dari mancing sempat gak aku snap gambar pokok senduduk. Saja je aku snap gambar pokok ni...just nak kongsi pengalaman berkenaan pokok ini.

Pokok senduduk ini banyak khasiatnya. Pokok ini dikategorikan dalam tumbuhan rumpai. Pokok ini banyak terdapat di kawasan-kawasan tanah terbiar dan belukar. Biasanya pokok ini akan ditebang begitu sahaja oleh pekebun-pekebun kerana apabila ia membesar kebun-kebun cepat menjadi semak dan belukar.

Pokok senduduk ini ada dua jenis iaitu senduduk putih dan senduduk unggu. Jenis senduduk bergantung kepada warna bunganya. Kat kawasan sekitar kampung aku banyak terdapat jenis senduduk unggu. Senduduk unggu adalah sejenis senduduk yang hidup terbiar dan meliar.

Masa aku kecil-kecil dulu, aku selalu gunakan daun senduduk ni untuk penawar menahan darah ketika terluka. Maklumlah masa kecil-kecil dulu nakal, so setakat luka-luka kat tangan dan kaki tu biasalah. Apa nak dirisaukan daun sendudukkan ada. Caranya senang aje. Ambil beberapa helai daun senduduk lepas tu aku hancurkan dengan cara menumbuk lubat daun tu. Bila dah lumat tepekkan kat tempat luka dan balut dengan kain. Untuk luka yang kecil biasanya darah yang keluar akan cepat kering.

Terdapat lagi beberapa khasiat daun senduduk yang aku tahu antaranya:-

1) Sekiranya korang sakit gigi, cuba rebuskan daun, batang dan akar senduduk. Apabila airnya telah suam gunakan untuk berkumur. Insyallah sakit gigi korang akan reda.

2) Sekiranya korang mengalami lenguh-lenguh tulang, urat dan sendi. Cubalah rebuskan akar senduduk. Manakala batang dan daunnya dibuat mandian. Lepas mandi badan korang akan terasa lebih segar. Lenguh pada sendi tulang dan angin dalam badan akan segera hilang.

3) Bagi yang ada buasir pula cuba rebuskan akar daun dan batang senduduk dan minum airnya. Untuk makluman korang senduduk boleh dijadikan penawar buasir.

4) Pucuk senduduk pula boleh dijadikan penawar kepada cirit birit. Caranya ambil pucuknya yang masih muda dan makan seperti ulam.

5) Jika terdapat masalah keputihan bagi wanita bolehlah cuba ambil daun senduduk. Keringkan dan kemudian direbus bersama halia, sedikit gula dan bonglai. Setelah air rebusan suam barulah diminum.

6) Sekiranya terkena cacar pula, parut-parut yang tinggal boleh dihilangkan dengan senduduk. Caranya dengan mengambil akar senduduk dan giling bersama daun. Setelah hancur ditampalkan kepada parut cacar. InsyaAllah parutnya akan beransur-ansur hilang.

Semua apa yang dituliskan diatas adalah petua peninggalan orang dulu-dulu yang boleh dijadikan sebagai alternatif penawar kepada pelbagai penyakit. Mungkin sesetengah daripada kita tidak perasan dimana sekeliling kita terdapat banyak penawar kepada pelbagai jenis penyakit. Alangkah beruntungnya sekiranya kita mengetahui keistimewaan penawar-penawar tersebut lebih-lebih lagi ketika disaat-saat kecemasan.


~1~

~2~

~3~

~4~

No comments:

Post a Comment

Protected by Copyscape Plagiarism Software